Objektif Tabung PPUMCare
Tujuan utama penubuhan tabung ini ialah untuk
membantu pesakit-pesakit PPUM yang
menghadapi kekangan kewangan semasa
mendapatkan rawatan tanpa mengira bangsa,
agama dan latarbelakang dari kalangan warganegara Malaysia.
Kriteria Penerima Bantuan
Penerima bantuan mestilah pesakit yang bertaraf warganegara Malaysia dan menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pesakit mestilah dirujuk oleh Pegawai Perubatan ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

Sepanjang tahun 2015 hingga 2022, seramai 8,682 orang pesakit telah memperoleh manfaat daripada Tabung PPUMCare…
Jenis-jenis Bantuan
Antara bantuan yang diberikan oleh Tabung PPUMCare adalah bantuan pembelian peralatan perubatan, bantuan ubat khas, bantuan pembelanjaan rawatan serta bantuan kos sewaan dan penyelenggaraan peralatan perubatan
Peralatan Perubatan
Peralatan perubatan adalah termasuk semua implan atau peranti yang digunakan semasa rawatan dan pembedahan pesakit.
Kos Sewaan & Penyelenggaraan Peralatan
Sumbangan anda juga membantu menampung kos penyelenggaraan peralatan yang didermakan untuk kegunaan pesakit.
Ubat-ubatan Khas
Merangkumi pelbagai jenis ubat-ubatan khas (special formulary).
Perbelanjaan Rawatan
Keutamaan diberikah khususnya kepada pesakit kurang berkemampuan untuk menampung bil perubatan mereka.
Bagaimana untuk menyumbang
Cek
Sumbangan melalui cek dibuat atas nama PPUMCare.
Sila nyatakan nama, nombor kad pengenalan/ nombor pendaftaran perniagaan, alamat surat- menyurat serta rujukan “PPUMCare” dibelakang cek.
Resit sumbangan boleh dipohon melalui
e-mel: ppumcare@ummc.edu.my untuk mendapatkan pengecualian cukai
Sumbangan tunai
Sumbangan boleh didebitkan ke
Bank Islam 1417-1010-0033-78 (PPUMCare)
Sila e-melkan bukti sumbangan anda
beserta nama, nombor kad pengenalan/ nombor pendaftaran perniagaan serta alamat surat-menyurat ke ppumcare@ummc.edu.my untuk mendapatkan pengecualian cukai
Setiap sumbangan tunai yang diberikan akan mendapat potongan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967
Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.2373Tarikh Kuatkuasa : 13 November 1978
Sebarang pertanyaan sila hubungi :
Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Tingkat 5, Menara Timur,
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Talian : 03-79492021 @ 03-79493125
Email : ppumcare@ummc.edu.my