Lembah Pantai, Kuala Lumpur
03-79493215

SUMBANGAN MAIWP 2022

Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memberikan sumbangan berjumlah RM100,000.00 kepada Tabung PPUMCare. Majlis penyerahan mock cek telah diadakan pada 8 April 2022 bertempat di Hospital Putrajaya. Sumbangan mock cek telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Sumbangan ini adalah merupakan sumbangan tahunan yang diberikan oleh pihak MAIWP khusus untuk pesakit-pesakit Muslim menerima rawatan di PPUM.