Lembah Pantai, Kuala Lumpur
03-79493215

TENTANG KAMI

Tabung PPUMCare merupakan sebuah tabung yang dahulunya dikenali sebagai Tabung Kebajikan Pesakit. Tabung ini  telah ditubuhkan di Hospital Universiti  dengan kelulusan Lembaga Pengurus pada 20 Jun 1978.

Kini ianya dikenali sebagai PPUMCare dan telah banyak membantu para pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

Tabung PPUMCare ini ditubuhkan dengan menggunakan sumbangan dan derma daripada agensi kerajaan, badan korporat serta orang perseorangan.