Sekalung penghargaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di atas sumbangan yang diberikan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk tahun 2021. Sejumlah RM200,000.00 telah disumbangkan kepada Tabung PPUMCare untuk kegunaan pesakit-pesakit Muslim yang bermastautin di negeri Selangor dan menjalankan rawatan di PPUM.
