Lembah Pantai, Kuala Lumpur
03-79493215

ORCHID RUN AND RIDE 2018

 

 

Orchid Run and Ride 2018 telah diadakan pada 23 September 2018 bertempat di KLCC. Ini adalah merupakan acara tahunan anjuran PETRONITA. Melalui larian ini, pihak PETRONITA telah menyumbangkan dana sejumlah RM120,000.00 dimana dana tersebut akan disalurkan kepada Home Equipment Loan Programme (HELP)  bagi meneruskan bantuan serta sokongan peralatan respitori kepada pesakit-pesakit yang mengalami masalah respiratori.
Majlis Penyampaian Cek telah berlansung pada  4 Oktober 2018 di mana cek sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Petronita, YBhg Puan Sri Dr Azura Ahmad Tajuddin kepada Timbalan Pengarah Ikhtisas, PPUM yang juga merupakan Pengerusi Tabung PPUMCare iaitu Puan Che Zuriani binti Sulaiman.