Lembah Pantai, Kuala Lumpur
03-79493215

JENIS – JENIS BANTUAN PPUMCARE

Bantuan Peralatan Perubatan

Bantuan pembelian peralatan perubatan ini merangkumi bantuan pembelian implan atau peranti yang perlu digunakan semasa rawatan atau pembedahan pesakit. 

 

Bantuan Pembelian Ubat-ubatan

Merangkumi pembelian ubat-ubatan formulasi khas (special formulary) yang disyorkan oleh Pegawai atau Pakar Perubatan.

 

Bantuan Pemakanan Enteral

Meliputi bantuan pembelian susu khas yang diperlukan pesakit bagi tujuan perawatan.

 

Bantuan Penyelenggaraan Peralatan Perubatan

Meliputi penyelenggaraan peralatan perubatan yang dipinjamkan kepada pesakit di bawah Home Oxygen Loan Programme (HELP). Peralatan terdiri daripada alat-alat respiratori seperti Home Oxygen Concentrator, CPAP Machine dan sebagainya.