Lembah Pantai, Kuala Lumpur
03-79493215

FAQ

1. Apakah tujuan PPUMCare ditubuhkan ?

PPUMCare ditubuhkan bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan untuk menampung rawatan mereka di PPUM.

2. Apakah kriteria ?

      i) Warganegara Malaysia

      ii) Pesakit yang menjalani rawatan di PPUM

    iii) Pesakit mestilah dirujuk oleh Pegawai Perubatan ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan, PPUM

3. Apakah jenis-jenis bantuanPPUMCare ?

PPUMCare membantu mereka yang berkelayakkan untuk menampung kos alat perubatan/ ubat khas/ perbelanjaan rawatan/ penyelengaraan alat/ pemakanan enteral.

4. Apakah sumber PPUMCare ?

Sumbangan dari perseorangan, badan kerajaan dan korporat.

5. Sekiranya saya telah membuat permohonan berapa lama tempoh untuk kelulusan?

Sekiranya Pegawai Pembangunan Masyarakat berpuas hati dengan penilaian sosioekonomi dan dokumen sokongan yang diberikan, maka urusan permohonan akan dilakukan kepada tabung PPUMCare.

Tempoh masa permohonan setelah dokumen sokongan lengkap diperolehi adalah selama 14 hari.

6. Saya berminat untuk memberi sumbangan. Apa yang saya perlu lakukan?

Mereka yang berminat untuk memberi sumbangan boleh hadir ke PPUM atau membuat sumbangan berbentuk debit tunai atau cek atau melakukannya secara online(MEPS-FPX). Resit akan dipos melalui pos berdaftar.

7. Saya telah membuat pembayaransendiri untuk mendapatkan alat perubatan/ ubat khas/ perbelanjaanrawatan/ penyelengaraan alat/ pemakanan enteral. Adakah saya boleh membuattuntutan semula pembayaran yang saya buat ?

Tidak. Tiada tuntutan semula pembayaran dipertimbangkan.

8. Adakah bantuan yang diterima ini mempunyai had ?

Ya, bantuan yang diberikan mempunyai had dan hanya bersifat sementara sahaja bagi membolehkan lebih ramai pesakit mendapat faedah.

9. Adakah saya perlu menampung sebahagian kos alat perubatan/ ubat khas/ perbelanjaan rawatan/ penyelengaraan alat/ pemakanan enteral yang dimohon ?

Ya, anda digalakkan menampung sebahagian kos tersebut dengan mempertimbangkan pengunaan sumber yang ada pada anda.

10. Selain PPUMCare, adakah terdapat sumber dan agensi lain yang boleh membantu memenuhi keperluan alat perubatan/ ubat khas/ perbelanjaan rawatan/ penyelengaraan alat/ pemakanan enteral ?

Ya, anda perlu berbincang dengan Pegawai Pembangunan Masyarakat dan ia bergantung pada keperluan.

11. Adakah saya boleh memohon semula bantuan kepadaPPUMCare jika pernah menerima bantuan melaluinya sebelum ini ?

Ya, jika belum mencapai had bantuan dan terdapat keperluan susulan.

12.  Sekiranya saya tidak lagi menjalani rawatandi PPUM, adakah saya layak memohon bantuan dari tabung PPUMCare.

Tidak, hanya pesakit yang menjalani rawatan di PPUM sahaja layak memohon.