OBJEKTIF ISMS

Objektif ISMS keseluruhannya adalah untuk mengurus dan melindungi keselamatan maklumat selaras dengan keperluan organisasi. Ia menekankan kepada konsep atau prinsip keselamatan maklumat iaitu pemeliharaan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan.

Memastikan kelancaran operasi PPUM dan meminimumkan kerosakan atau kemusnahan
Mencegah salah guna atau kecurian aset PPUM
Memperkemaskan pengurusan risiko
Melindungi aset ICT daripada penyelewengan oleh staf, pengguna dan pembekal
Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat dari kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, tidak boleh disangkal, kebolehsediaan dan kesahihan (CIA)