ISO/IEC27001:2013 ?

ISO/IEC 27001 : 2013

  • ISO/IEC 27001 : Merupakan piawaian antarabangsa yang diiktiraf di peringkat global untuk menguruskan risiko kepada KESELAMATAN MAKLUMAT ORGANISASI
  • 2013: Merupakan VERSI yang dipilih oleh PPUM untuk peringkat pensijilan di mana ia menyediakan satu set keperluan standard bagi Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)

ISMS bermula pada awal 1990-an lagi di mana Department of Trade Industry, UK meminta agar British Institution Standard membangunkan standard yang boleh meningkatkan kesedaran tentang isu-isu keselamatan dan mencadangkan kawalan-kawalan bagi melindungi maklumat. ISMS dimulai dengan pengwujudan Code of Practice pada tahun 1993, kemudian wujudlah British Standard (BS 7799-1) pada tahun 1995. Manakala ISO/IEC 27001:2005 telah dijadikan standard Malaysia pada tahun 2007 iaitu MS ISO/IEC 27001.