BIDANG A.14 PEROLEHAN, PEMBANGUNAN DAN PENYELENGARAAN SISTEM

 

A.14.1 KEPERLUAN KESELAMATAN SISTEM MAKLUMAT

Objektif:
Memastikan keselamatan maklumat adalah merupakan sebahagian daripada proses pembangunan sistem. Ini merangkumi keperluan keselamatan maklumat apabila menggunakan rangkaian luar.

A.14.1.1 Analisis Keperluan dan Spesifikasi Keselamatan Maklumat

Keperluan keselamatan maklumat bagi pembangunan sistem baru dan penambahbaikan sistem hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:

  • a) Semua sistem yang dibangunkan sama ada secara dalaman atau sebaliknya hendaklah dikaji kesesuaiannya mengikut keperluan pengguna dan selaras dengan Polisi Keselamatan Siber, PPUM;
  • b) Penyediaan rekabentuk, pengaturcaraan dan pengujian sistem hendaklah mematuhi kawalan keselamatan yang telah ditetapkan; dan
  • c) Ujian keselamatan hendaklah dilakukan semasa pembangunan sistem bagi memastikan kesahihan dan integriti data.

 

A.14.1.2 Keselamatan Perkhidmatan Aplikasi di Rangkaian Umum

Maklumat aplikasi yang melalui rangkaian umum (public networks) hendaklah dilindungi daripada aktiviti penipuan dan pendedahan maklumat yang tidak dibenarkan. Perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut:

A.14.1.3 Melindungi Perkhidmatan Transaksi Aplikasi

Maklumat yang terlibat dalam perkhidmatan transaksi hendaklah dilindungi daripada penghantaran yang tidak lengkap, mis-routing, pengubahan mesej yang tidak dibenarkan, pendedahan yang tidak dibenarkan dan duplikasi mesej.

A.14.2 KESELAMATAN DALAM PEMBANGUNAN SISTEM DAN PERKHIDMATAN SOKONGAN

Objektif:
Memastikan sistem yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri keselamatan ICT yang bersesuaian bagi menghalang kesilapan, kehilangan, pindaan yang tidak sah dan penyalahgunaan maklumat dalam aplikasi.

A.14.2.1 Dasar Keselamatan Dalam Pembangunan Sistem

Peraturan untuk pembangunan sistem hendaklah diwujudkan dan digunakan dalam aktiviti pembangunan sistem dan mematuhi elemen yang terkandung di dalam NIST Cybersecurity Framework. Perkara yang perlu dipertimbangkan adalah seperti berikut:

A.14.2.2 Prosedur Kawalan Perubahan Sistem

Penambahbaikan rekabentuk, pengaturcaraan dan pengujian sistem hendaklah mematuhi kawalan keselamatan yang telah ditetapkan, serta kawalan perubahan prosedur mengikut Software Development Life Cycle (SDLC).

A.14.2.3 Kajian Teknikal Selepas Permohonan Perubahan Platform

Sebarang perubahan platform termasuk sistem pengoperasian dan pangkalan data atau versi aplikasi yang disebabkan oleh perubahan teknologi semasa, perlu dikaji dan diuji sebelum dilaksanakan bagi memastikan operasi tidak terjejas.

A.14.2.4 Sekatan Perubahan Pakej Perisian

Perubahan pakej perisian adalah tidak digalakkan kecuali terdapat perubahan terhadap teknologi di mana perubahan ini sangat diperlukan. Namun demikian, semua perubahan hendaklah dikawal.

A.14.2.5 Prinsip Kejuruteraan Keselamatan Sistem

Prinsip-prinsip kejuruteraan keselamatan sistem telah diwujudkan, didokumentasi, di selenggara dan digunapakai dalam pelaksanaan sistem. Ia dibangunkan mengikut garis panduan elemen yang terkandung di dalam NIST Cybersecurity Framework. Ciri keselamatan perlu diambilkira dalam semua peringkat pembangunan sistem.
Aplikasi perlu diimbas menggunakan tool Web Vulnerability Scanner bagi mengesan kelemahan dan mengenalpasti tahap keterdedahan sebelum ia dilaksanakan.

A.14.2.6 Keselamatan Persekitaran Pembangunan Sistem

Persekitaran pembangunan sistem hendaklah selamat dan mematuhi Software Development Life Cycle (SDLC) dan garis panduan elemen yang terkandung di dalam NIST Cybersecurity Framework.

A.14.2.7 Pembangunan Sistem Secara Outsource

Pembangunan perisian aplikasi secara outsource perlu dipantau.

 

A.14.2.8 Pengujian Keselamatan Sistem

 

A.14.2.9 Penerimaan Pengujian Sistem

Penerimaan pengujian semua sistem baru dan penambahbaikan sistem hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum sistem digunapakai.

A.14.3 DATA UJIAN

Objektif:
Untuk memastikan perlindungan ke atas data yang digunakan untuk pengujian.

 

A.14.3.1 Perlindungan Data Ujian