Vendor

Tender List

Year : 2023

Month : 9

Bil Tajuk Sebutharga Syarat Utama Tarikh
TAWARAN BAGI KERJA-KERJA PENGGANTIAN SISTEM PEMBUMIAN DAN GEGANTI PERLINDUNGAN DI KESELURUHAN PENCAWANG ELEKTRIK DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

No Rujukan: T/1803/8/2023(12)

Maklumat Tambahan: MAKLUMAN HARGA INDIKATIF
1/ Harga Indikatif Jabatan bagi tender ini adalah Ringgit Malaysia: Satu Juta Sahaja (RM1,000,000.00).

2/ Harga Indikatif Jabatan ini merupakan suatu anggaran sahaja dan amaun tersebut tidak mengikat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) atau mana-mana pihak lain juga bagi maksud mengelakkan kekeliruan yang mungkin berbangkit.

3/ Pihak PPUM tidak menjamin bahawa syarikat akan dipilih atau boleh menyiapkan kerja dengan bersandarkan Harga Indikatif Jabatan.


KOD BIDANG
CIDB Gred G3 ATAU KE ATAS, Kategori ME, Pengkhususan E11


SYARAT-SYARAT TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK
Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN.

Lawatan Tapak adalah seperti berikut:-

Tarikh: 30 Ogos 2023 (Rabu)
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Bilik Muzakarah, Jabatan Perolehan, Pusat Perubatan Universiti Malaya

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa lawatan tapak:-

1) Sijil SSM
2) Kad Pengenalan
3) Cap Syarikat
4) Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang masih sah laku tempoh
5) Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB yang masih sah laku tempoh

Hanya PENAMA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di dalam PPK/SPKK sahaja boleh menghadiri sesi taklimat/lawatan tapak.

Penjualan dokumen tender hanya akan bermula selepas sesi taklimat/lawatan tapak.
 
Bidang  :
G3 (Elektrikal)-ME-E11 (Kerja am elektrik) Atau
G4 (Elektrikal)-ME-E11 (Kerja am elektrik) Atau
G5 (Elektrikal)-ME-E11 (Kerja am elektrik) Atau
G6 (Elektrikal)-ME-E11 (Kerja am elektrik) Atau
G7 (Elektrikal)-ME-E11 (Kerja am elektrik)
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 50.00
Kategori : Kerja-Kerja
Buka: 28-08-2023
Tutup: 20-09-2023 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI PENYELENGGARAAN (BUKAN KOMPREHENSIF) SISTEM BEKALAN ELEKTRIK VOLTAN TINGGI (HT) DI PENCAWANG ELEKTRIK, PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

No Rujukan: T/1703/8/2023/2025(8)

Maklumat Tambahan: KOD BIDANG CIDB GRED G3 ATAU G4, KATEGORI ME, PENGKHUSUSAN E05.
 
Bidang  :
G3 (Elektrikal)-ME-E05 (Pemasangan voltan tinggi) Atau
G4 (Elektrikal)-ME-E05 (Pemasangan voltan tinggi)
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 50.00
Kategori : Perkhidmatan
Buka: 17-08-2023
Tutup: 07-09-2023 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI MEMBEKAL BEKALAN LIGATING CLIP

No Rujukan: T/1121/8/2023/2026(6)

Maklumat Tambahan:
 
Bidang  : 050301 
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 100.00
Kategori : Bekalan
Buka: 17-08-2023
Tutup: 07-09-2023 
Masa: 12.00pm
          


SYARAT-SYARAT UMUM YANG PERLU DIPATUHI:

1. Syarikat yang hendak menyertai sebut harga/tender ini DIWAJIBKAN untuk mendaftar buat kali pertama di dalam sistem iPerolehan PPUM terlebih dahulu dengan nilai pendaftaran sebanyak RM20.00 dengan menggunakan kaedah bayaran sama ada, Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draft atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA yang tidak akan dikembalikan. Sila ke kaunter Jabatan Perolehan bagi urusan tersebut.

2. Dokumen sebut harga/tender yang telah dibeli akan dihantar melalui e-mel syarikat yang telah didaftarkan di dalam sistem iPerolehan PPUM.

3. Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk mengemukakan sijil -sijil berikut (sekiranya berkaitan) yang masih sah tempohnya dan telah dimuatnaik di dalam sistem iPerolehan (https://iperolehan.ummc.edu.my) untuk semakan sebelum membeli dokumen sebut harga/tender:

i) Kementerian Kewangan Malaysia (MoF):
  a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
  b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera

ii) Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB):
  a) Sijil Perakuan Pendaftaran (PPK)
  b) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

iii) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK):
  a) Sijil Taraf Bumiputera Kontraktor Kerja


4. Dokumen sebut harga/tender dijual mulai dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang mengikut tarikh yang ditetapkan dengan harga seperti dinyatakan menggunakan kaedah bayaran sama ada, Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draft atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.

5. Dokumen sebut harga/tender WAJIB dilengkapkan secara dalam talian (Online) dan perlu dihantar dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada tarikh dan masa tutup iklan yang dinyatakan.

6. Sampel bagi sebut harga/tender yang berkaitan (jika ada) hendaklah diserahkan di kaunter Jabatan Perolehan dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada tarikh tutup iklan yang dinyatakan dan pada jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Jabatan Perolehan.

7. Kegagalan mematuhi arahan di atas akan menyebabkan penyertaan sebut harga/tender tidak akan dipertimbangkan.





ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my