Arkib Berita



Jun   2018


  
PROJEK BUAT BAIK RAMADHAN (PBB 2018)
 Dikemaskini Pada: 6/20/2018
 Pada 10 Jun 2018, Kelab Generasi Dinamik dengan kerjasama Hariety Empire telah sudi mengadakan program amal di PPUM. Program amal ini dikenali sebagai ''Projek Buat Baik Ramadhan'' (PBB 2018) dan aktiviti yang diadakan adalah pengagihan 200 pek makanan seperti biskut, kuih raya, puding buah, kurma dan air mineral untuk pesakit-pesakit di wad-wad PPUM yang terpilih.

Semoga program murni seperti ini akan berterusan di masa-masa akan datang....

  
JOM KACAU BUBUR LAMBUK - YAYASAN SALAM
 Dikemaskini Pada: 6/20/2018
 Bagi mengimarahkan bulan Ramadhan, Yayasan Salam telah mengadakan program Jom Kacau Bubur Lambuk dan mereka turut berbesar hati mengedarkan 100 bekas bubur lambuk kepada staf yang bertugas di Jabatan Perubatan Kecemasan pada 9 Jun 2018.

Terima kasih Yayasan Salam di atas sumbangan tersebut....

  
AGIHAN BEKALAN BERSAHUR (PITP PICNICINTHEPARK)
 Dikemaskini Pada: 6/20/2018
 Islam menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah dalam bulan Ramadhan. Sehubungan itu, NGO yang dikenali dengan nama PITP PicnicInThePark telah bermurah hati memberi sumbangan yang berupa 980 pek makanan untuk bersahur yang telah diagih-agihkan kepada semua staf, pesakit, waris pesakit yang dibenarkan menjaga pesakit yang berada di wad dan Perubatan Kecemasan bersahur pada 9 dan 10 Jun 2018. Sesi pengagihan telah bermula pada jam 12.00 tengah malam sehingga 2 pagi.

Terima kasih Daun Keladi PITP PICNIC IN THE PARK....

  
MAJLIS PENGAGIHAN ZAKAT MAIWP 2018
 Dikemaskini Pada: 6/7/2018
 Majlis Pengagihan Zakat MAIWP Peringkat PPUM Bagi Tahun 2018 telah diadakan pada 6 Jun 2018 (Rabu) di Dewan Sekapur Sirih, Bangunan Trauma dan Kecemasan, PPUM. Bantuan zakat ini telah disampaikan oleh Encik Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) PPUM.

Turut hadir adalah Prof. Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan), Prof. Madya Dr. Azura bt Mansor, Timbalan Pengarah Klinikal (Surgeri) dan Puan Che Zuraini binti Sulaiman, Timbalan Pengarah (Ikhtisas). Pada majlis ini, penerima zakat adalah seramai 77 orang dimana mereka ini telah dipilih dan berkelayakan berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh MAIWP.

Implikasi kewangan bagi pengagihan zakat MAIWP ini adalah sebanyak RM 43,100.00. Pemilihan penerima ini telah dibuat oleh Jawatankuasa Ad Hoc Pengagihan Wang Zakat MAIWP PPUM yang terdiri daripada Jawatankuasa Pemangkin PPUM, Unit Pengurusan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kejururawatan dengan Jabatan Sumber Manusia sebagai sekretariat.

...

  
MAJLIS SUMBANGAN BUBUR LAMBUK
 Dikemaskini Pada: 6/7/2018
 Syarikat Takaful Ikhlas Berhad dan pembekal rempah terkemuka ADABI telah mengadakan aktiviti memasak dan mengagihkan bubur lambuk pada 6 Jun 2018 di Surau Ad Deeniah, PPUM. Sejumlah lebih kurang 1500 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada staf-staf yang bertugas dan pesakit-pesakit di wad-wad PPUM.

Majlis turut dihadiri oleh En. Nazrul Hisham Abdul Hamid, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Operasi Perniagaan, Keluarga Takaful Ikhlas dan mewakili pihak Pengurusan PPUM adalah En. Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan PPUM. Terima kasih daun keladi Takaful Ikhlas Berhad semoga aktiviti tanggungjawab korporat ini akan berterusan dimasa-masa akan datang.

...

  
PROGRAM ORIENTASI PEGAWAI PERUBATAN SARJANA SESI 2018/2019
 Dikemaskini Pada: 6/7/2018
 Pada 06 Jun 2018, Majlis Perasmian Program Orientasi Pegawai Perubatan Sarjana Sesi 2018/2019 telah diadakan di Auditorium Menara Selatan, Tingkat 13, Bangunan Menara Selatan. Dianggarkan seramai 327 Pegawai Perubatan Sarjana dari 19 program klinikal telah menghadiri majlis tersebut.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Nazirah bt Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan). Turut hadir adalah Prof. Madya Azura binti Mansor, Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal). Program orientasi ini akan diadakan selama 3 hari iaitu dari 6 Jun 2018 sehingga 8 Jun 2018. Tahniah dan selamat datang kepada semua Pegawai Perubatan Sarjana Sesi 2018/2019.

...

  
FORUM PERDANA DAN IHYA RAMADAN BERSAMA ANAK-ANAK YATIM
 Dikemaskini Pada: 6/5/2018
 Sempena Sambutan Jubli Emas PPUM 2018, PPUM telah mengadakan majlis Forum dan Iftar bersama anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim At-Taqwa, Puchong pada 2 Jun 2018 di Surau Ad Deeniah, PPUM.

Seramai 61 anak-anak yatim telah diraikan di dalam majlis tersebut dan aktiviti telah dmulai dengan Forum Perdana oleh dua orang penceramah jemputan dan diikuti dengan penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim serta sumbangan dari staf PPUM untuk pengurusan Rumah Anak-Anak Yatim At-Taqwa.

Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran YM. Prof. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah, PPUM, Timbalan-Timbalan Pengarah PPUM, En. Amran bin Khalid, Pengerusi Runah Anak-Anak Yatim At-Taqwa dan En. Rozman, Pengarah Urusan, Enzo.

Semoga usaha seperti ini mampu mengukir senyuman dan kenangan terindah buat anak-anak yatim yang dikasihi serta dapat menambahkan lagi keberkatan kita semua di dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

...

  
MAJLIS DIALOG DI ANTARA PENGURUSAN DAN STAF PPUM SESI 1/2018
 Dikemaskini Pada: 6/5/2018
 Pada 4 Jun 2018, PPUM telah menganjurkan Majlis Dialog di antara Pengurusan dan Staf PPUM Sesi 1/2018 di Dewan Sekapur Sirih, PPUM. Pelbagai pandangan, cadangan dan soalan telah diutarakan oleh staf terutamanya staf yang hadir bagi mendapatkan informasi yang terkini mengenai PPUM.

Barisan Pengurusan PPUM telah diketuai oleh YM Tunku Kamarul Zaman bin Zainal Abidin, Pengarah PPUM dan turut dihadiri olehTimbalan-Timbalan Pengarah PPUM serta Ketua-Ketua Jabatan. Perkongsian idea, cadangan, persoalan dan aduan akan diberi perhatian serius serta Pengarah PPUM turut menitipkan kata-kata nasihat agar staf PPUM lebih komited, dedikasi dan bertanggungjawab di dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan serta menjaga nama baik PPUM.

Majlis turut disertai oleh Datuk Ir. (Dr.) Adbul Rahim Hashim, Naib Canselor UM yang secara kebetulan berada di PPUM. Terima kasih kepada Datuk Naib Canselor yang turut memberikan pandangan dan kata nasihat kepada warga PPUM....

  
PROGRAM ZIARAH DAKWAH SEMPENA BULAN RAMADAN
 Dikemaskini Pada: 6/5/2018
 Pada 4 Jun 2018, seramai 20 staf dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui unit kebajikan Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan program ziarah dakwah sempena bulan Ramadan yang mulia ini di PPUM.

Tujuan program adalah untuk membantu dan menyantuni pesakit-pesakit PPUM yang sedang menghadapi ujian kesihatan. Pihak JAWI telah diketuai olehTuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI manakala En. Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan), PPUM turut hadir menyambut pelawat bagi mewakili pihak Pengurusan PPUM.

Sebanyak 60 beg yang mengandungi ma telah diagih-agihkan kepada pesakit-pesakit di dua wad iaitu wad 12U dan 11U. Diharap sumbangan ini dapat menggembirakan pesakit-pesakit di wad-wad berkenaan terutamanya di dalam suasana untuk menyambut Hari Lebaran yang bakal menjelang....

  
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN HOSPITAL WILAYAH
 Dikemaskini Pada: 6/1/2018
 Penyampaian sumbangan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada 13 hospital terpilih di Wilayah Persekutuan untuk mengisi Tabung-Tabung Kebajikan Hospital bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan telah diadakan pada 31 Jun 2018 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Turut hadir di majlis tersebut adalah YBhg. Ir. (Dr.) Abdul Rahim bin Hashim, Naib Canselor Universiti Malaya dan YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pada majlis ini juga, pihak MAIWP turut menyampaikan sumbangan saguhati kepada 490 pesakit di wad dewasa dan 150 hamper kepada pesakit di wad kanak-kanak. Diharap sumbangan ini dapat menceriakan pesakit-pesakit di PPUM terutamanya menjelang hari lebaran yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi....

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my