Butiran Berita


  
SAMBUTAN HARI KESEDARAN KEMURUNGAN 2016
 Dikemaskini Pada: 3/23/2016
 23 MAC 2016

Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya buat julung kalinya menganjurkan Sambutan Hari Kesedaran Kemurungan 2016 peringkat kebangsaan di Konkos, Menara Utama, PPUM. Dengan tema, "Kemurungan, Kesedaran, Kebangkitan", program ini bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kesan langsung kemurungan terhadap tahap kesihatan mental seseorang.

Acara yang dirasmikan oleh Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman, Pengarah PPUM ini turut dihadiri oleh, Prof. Dr. Zuraida, Pengerusi Persatuan Psikiatri Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Hatim, Ketua Jabatan Perubatan Psikologi PPUM dan Timbalan-timbalan Pengarah PPUM.

Penganjuran program kali ini diketuai oleh Yang Berusaha, Dr. Abd Rasyid dengan pelbagai pengisian menarik sepanjang hari, antaranya, seminar terbuka mengenai kesedaran kemurungan, pameran dan cabutan bertuah.

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini!

https://www.facebook.com/UMMCKL/posts/10153495382326463

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my