Vendor

Tender List

Bil Tajuk Sebutharga Syarat Utama Tarikh
TAWARAN BAGI KERJA-KERJA MENAIK TARAF SISTEM PENGURUSAN BANGUNAN (BMS) DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

No Rujukan: T/1803/5/2024(10)

Maklumat Tambahan: KOD BIDANG
CIDB Gred G4 ATAU G5 ATAU G6, Kategori ME, Pengkhususan M04


SYARAT-SYARAT TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK
Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN.

Lawatan Tapak adalah seperti berikut:-

Tarikh: 07 Mei 2024 (Selasa)
Masa: 09.00 Pagi
Tempat: Bilik Muzakarah, Jabatan Perolehan, Pusat Perubatan Universiti Malaya

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa lawatan tapak:-

1) Sijil SSM
2) Kad Pengenalan
3) Cap Syarikat
4) Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) yang masih sah laku tempoh
5) Salinan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh CIDB yang masih sah laku tempoh

Hanya PENAMA yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di dalam PPK/SPKK sahaja boleh menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak. Sebarang pengukuran di tapak dibenarkan semasa lawatan tapak sahaja. Permohonan lawatan tapak semula TIDAK akan dipertimbangkan.

Penjualan dokumen tender hanya akan bermula selepas sesi taklimat/lawatan tapak.
 
Bidang  :
G4-ME-M04 (Sistem automasi bangunan) Atau
G5-ME-M04 (Sistem automasi bangunan) Atau
G6-ME-M04 (Sistem automasi bangunan)
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 100.00
Kategori : Kerja-Kerja
Buka: 02-05-2024
Tutup: 28-05-2024 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI MEMBEKAL BEKALAN PELBAGAI RAWATAN DIALISIS 2

No Rujukan: T/102/4/2024/2027(2)

Maklumat Tambahan:
 
Bidang  : 050201 Atau
050301 
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 100.00
Kategori : Bekalan
Buka: 23-04-2024
Tutup: 14-05-2024 
Masa: 12.00pm
          


SYARAT-SYARAT UMUM YANG PERLU DIPATUHI:

1. Syarikat yang pertama kali berminat ingin menyertai sebut harga / tender di PPUM DIWAJIBKAN untuk mendaftar di Kaunter Jabatan Perolehan, PPUM bagi mendapatkan akses Sistem iPerolehan PPUM dengan nilai pendaftaran sebanyak RM20.00.

- Sila muat turun dan lengkap borang [BORANG PENDAFTARAN] dan dibawa bersama sewaktu pendaftaran di Kaunter Jabatan Perolehan, PPUM

2. Pembelian dokumen sebut harga / tender perlu dibuat di Kaunter Jabatan Perolehan sahaja kecuali sekiranya lawatan tapak diwajibkan. Pembelian dokumen akan dibenarkan setelah lawatan tapak selesai.

3. Pendaftaran syarikat dan pembelian dokumen sebut harga / tender DIWAJIBKAN untuk mengemukakan sijil-sijil berikut (sekiranya berkaitan) yang masih sah tempohnya dan telah dimuatnaik di dalam Sistem iPerolehan https://iperolehan.ummc.edu.my sebelum dibenarkan membeli dokumen sebut harga / tender:

i) Kementerian Kewangan Malaysia (MoF):
a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera

ii) Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB):
a) Sijil Perakuan Pendaftaran (PPK)
b) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

iii) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK):
a) Sijil Taraf Bumiputera Kontraktor Kerja


4. Kaedah pembayaran pendaftaran syarikat dan pembelian dokumen sebut harga / tender adalah secara Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draft atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA dan tidak akan dikembalikan.

5. Dokumen yang telah dibeli akan dihantar melalui e-mel syarikat yang telah didaftarkan di dalam sistem iPerolehan PPUM.

6. Dokumen sebut harga / tender WAJIB dilengkapkan secara dalam talian (Online) dan penyerahan sampel berkaitan (sekiranya ada) perlu dihantar sebelum atau pada tarikh dan masa yang dinyatakan di dalam iklan.

7. Iklan akan DITUTUP pada tarikh tutup iklan yang dinyatakan pada jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Jabatan Perolehan.

8. Penghantaran dokumen (manual) dan penerimaan sampel (sekiranya ada) di kaunter Jabatan Perolehan TIDAK akan diterima selepas tarikh tutup iklan.

9. Kegagalan mematuhi arahan di atas akan menyebabkan penyertaan tender / sebut harga tidak akan dipertimbangkan.

10. Waktu perkhidmatan di Jabatan Perolehan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang pada waktu pejabat.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my