Jabatan Perubatan Fizik



Fizik Perubatan adalah suatu bidang yang merangkumi pelbagai disiplin dengan julat perkhidmatannya yang meluas dan berkait rapat dengan teknologi dalam perubatan. Dengan adanya penggunaan teknologi perubatan yang semakin meningkat selari dengan peningkatan terhadap komponen penyelidikan akademik dalam kedua-dua kontrak mahupun projek pelajar, perkhidmatan fizik perubatan menjadi semakin diperlukan. Di negara-negara lain, Unit Fizik perubatan merupakan sebuah unit yang memainkan peranan yang utama dalam sesebuah hospital.


Unit Fizik Perubatan adalah sebuah unit yang aktif dalam banyak bidang di mana fizik dan kejuruteraan adalah digunapakai dalam perubatan mahupun penyelidikan. Unit ini akan menyediakan kualiti perkhidmatan perubatan yang terbaik terutamanya dalam penjagaan pesakit. Segala aktiviti yang dilaksanakan adalah berdasarkan pada kod dan praktis mengikut peraturan dan panduan yang telah ditetapkan oleh badan-badan berlesen dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.


Unit Fizik Perubatan adalah sebuah unit yang tidak asing lagi dalam perkhidmatan perubatan terutamanya kepada bidang teknikal. Unit ini juga dikatakan memberi sokongan kepada semua perkhidmatan perubatan terutamanya dalam bidang pengimejan diagnostik, perubatan nuklear, pengimejan sinaran tidak mengion, instrumentasi, penyelidikan perubatan, fizik sinaran, elektronik dan pengkomputeran.  Penglibatan unit ini dalam bidang-bidang tersebut adalah hasil dari penganalisaan serta kajisemula profesion bagi membentuk suatu tindakan dan praktis untuk membolehkan suatu teknik diimplimentasi sepenuhnya.


Unit Fizik Perubatan adalah melibatkan kerjasama dari semua ahli fizik (pegawai sains (fizik)) di PPUM secara langsung dan pensyarah fizik perubatan di Universiti Malaya secara tidak langsung. Unit ini telah dipersetujui oleh Lembaga Pengurus PPUM untuk diletakkan di bawah naungan Pentadbiran Klinikal PPUM iaitu bertanggungjawab terus kepada Timbalan Pengarah (Ikhtisas).

Luas skop perkhidmatan adalah menjurus kepada PTj/Jabatan/Unit yang majoriti memerlukan perkhidmatan fizik perubatan:

  1. Pengimejan diagnostik menggunakan radas penyinaran - PTJ Radiologi, Unit Perubatan Nuklear, PTJ Onkologi Klinikal, Unit Kardiorespitori, Unit Endoskopi (ERCP) Dewan Bedah , Unit Urologi dan Jabatan Ortopedik Surgeri.
  2. Pengimejan diagnostik menggunakan bahan radioaktif - Unit Perubatan Nuklear.
  3. Rawatan terapi menggunakan bahan radioaktif - Unit Perubatan Nuklear dan PTJ Onkologi Klinikal.
  4. Rawatan menggunakan sinaran mengion - PTJ Onkologi Klinikal, Unit Transfusi Perubatan.
  5. Penyelidikan perubatan - Jabatan Biokimia, Jabatan Farmakologi, Jabatan Fisiologi, Jabatan Farmasi, Jabatan Mikrobiologi Perubatan dan Makmal Diagnostik Klinikal .
  6. Pemeriksaan perubatan menggunakan sinaran tidak mengion - PTJ Radiologi, Unit Perubatan Nuklear, Dewan Bedah, Jabatan Ortopedik Surgeri, Jabatan Otorinolaringologi, Jabatan Oftalmologi dan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.

Unit Fizik Perubatan adalah bertanggungjawab :

  1. menyediakan perkhidmatan kepakaran saintifik kepada semua PTj di PPUM (jika perlu) .
  2. memastikan pembelian peralatan perubatan di semua PTj yang berada dalam skop perkhidmatan adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  3. menyediakan laporan penilaian teknikal pra-pemeriksaan ke atas semua peralatan baru sebagai sebahagian daripada laporan lengkap mana-mana PTj untuk mendapatkan sijil pentauliahan peralatan.
  4. memastikan jadual penyenggaraan disediakan bagi instrumentasi/peralatan yang perlukan kalibrasi.
  5. melaksanakan ujian kawalan mutu ke atas setiap peralatan tertentu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh prosidur, selaras dengan keperluan ISO.
  6. memantau kerosakan dan keperluan peralatan di setiap PTj yang berada di bawah tanggungjawab unit ini.
  7. memastikan adanya “continuous technical in-house training” bagi semua kakitangan yang terlibat dalam operasi pengendalian peralatan bagi tujuan perubatan.
  8. membantu pakar perubatan menyediakan teknik pendekatan yang sesuai untuk digunakan dalam pemeriksaan perubatan.
  9. membantu dalam penyediaan prosidur kerja bagi penggunaan peralatan di PPUM mengikut pendekatan fizik.
  10. bertindak sebagai penasihat teknikal bagi kerja-kerja pemasangan peralatan pengimejan dan bukan pengimejan di PTj yang menggunakan sumber radiasi.
  11. bertindak sebagai sebuah unit yang bertanggungjawab terhadap program perlindungan sinaran di PPUM.

Tambahan bagi servis yang ada

  1. Pentauliahan Radas Penyinaran Baru
  2. Pemeriksaan berkala pada PPE (Personal Protective Equipment)
  3. Penyelaras bagi pengurusan keselamatan & keselamatan untuk sumber radioaktif
  4. Pengukuran radiasi bagi pegawai perubatan dan staf lain yang terlibat di dalam prosedur suntikan radiofarmaseutikal (Tc-99m Sulfur Colloid) kepada pesakit yang akan menjalani prosedur Sentinel Lymph Node Biopsy (SLNB)
  5. Memberi rawatan Radioiodin-131 Terapi Berdos Tinggi Dan Berdos Rendah
  6. Perkhidmatan pengukuran radiasi dalam prosedur rawatan Yttrium-90 Sirtex  microspheres
  7. Membuat pelan perancangan dengan menggunakan perisian-perisian seperti iPlan® dan Eclipse  dan mengira dos berdasarkan pelan perancangan seperti yang telah ditetapkan oleh pakar-pakar perubatan bagi rawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Onkologi Klinikal iaitu :
    1. Stereotaktik/ stereotaktik radiosurgeri (SRS/SRT) 
    2. Intensity Modulated Radiotherapy (IMRT)
    3. CT-Aided Image Guided Intracavitary Brachytherapy (IGBT)



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my