Jabatan Perubatan Kecemasan



Jabatan Perubatan Kecemasan memberikan perkhidmatan kecemasan kepada pesakit, berdasarkan kriteria penyaringan dengan pendekatan komprehensif serta pelbagai disiplin 24 jam sehari dengan menitikberatkan kerja kumpulan di dalam pengurusan pesakit kecemasan.


  • Perkhidmatan Pra-Hospital
Perkhidmatan rawatan kecemasan yang diberikan kepada pesakit di luar PPUM oleh satu pasukanperubatan yang terdiri daripada seorang Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu menggunakan ambulans. Manakala bagi kes bersalin, pasukan perubatan akan turut disertai oleh seorang Pegawai Perubatan. 
  • Perkhidmatan Rawatan Kecemasan
Perkhidmatan rawatan kecemasan merangkumi beberapa proses dan kawasan rawatan iaitu:
  1. Proses penyaringan (triage) di mana pesakit disaring terlebih dahulu keadaan penyakit yang dihidapi dan diberikan rawatan mengikut keutamaan. Proses penyaringan terbahagi kepada Penyaringan Primer dan Penyaringan Sekunder.
  2. Dewan Resusitasi merupakan kawasan di mana semua pesakit kritikal (Triage 1) ditempatkan bagi membolehkan tindakan resusitasi dilakukan dan pesakit distabilkan.
  3. Dewan Rawatan Akut merupakan kawasan di mana pesakit separa kritikal seperti pesakit asma dan pesakit troli diberikan rawatan.
  4. Dewan Konsultasi merupakan kawasan rawatan untuk kes kecemasan.
  5. Kecemasan Pediatrik merupakan kawasan rawatan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  6. Wad Trauma dan Kecemasan berfungsi sebagai sebuah wad pemerhatian, rawatan lanjutan dan penyiasatan selama 24 jam sebelum pesakit dimasukkan ke wad biasa atau dibenarkan balik.
  • Dewan Bedah Trauma
Merupakan kawasan pembedahan kecemasan dan endoskopi kecemasan. Dewan Bedah Trauma beroperasi 24 jam sehari.
  • Pusat Khidmat Bersepadu
Pusat ini mengkoordinasikan antara jabatan atau agensi lain bagi pengurusan kes rogol, penderaan kanak-kanak serta keganasan rumah tangga.



ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my