Maklumat Lanjut & Laluan Alternatif Bagi Projek Penggantian Lif Menara Timur

Melestarikan perkhidmatan demi kebaikan bersama

 

Apa yang anda perlu tahu?

Tarikh Mula : 1 Jun 2025
Waktu Kerja : 8.00 pagi – 7.00 petang (setiap hari)
Laluan Alternatif : Pengguna digalakkan untuk menggunakan tangga kecemasan yang berhampiran

Penggunaan lif terhad kepada pesakit yang memerlukan

 

Bagaimana anda boleh membantu?

 

Panduan penggunaan tangga

 

Notis : Penggantian Lif

Maklumat Kerja :

 

Makluman kepada Pesakit dan Pelawat :

  1. Pergerakan pengguna semasa projek dilaksanakan
    • Lif masih beroperasi dalam jumlah yang terhad, oleh itu keutamaan penggunaan lif akan diberikan kepada pesakit dan mereka yang lebih memerlukan (contohnya: pesakit berkerusi roda, warga emas, ibu mengandung, orang kurang upaya, katil pesakit)
  2. Kemudahan Alternatif
    • Pengguna digalakkan untuk menggunakan tangga kecemasan berhampiran lokasi yang hendak dituju. Sila ikut panduan papan tanda dan penunjuk arah yang telah disediakan untuk ke tangga kecemasan yang telah ditetapkan
  3. Kelewatan Masa Menunggu Lif
    • Sepanjang tempoh kerja-kerja dilaksanakan, dijangka akan berlaku kesesakan penggunaan lif sekaligus akan menyebabkan giliran menunggu untuk menggunakan lif menjadi lebih panjang
  4. Waktu kerja-kerja dilaksanakan :
    • Kerja-kerja akan dilaksanakan setiap hari mulai 8.00 pagi hingga 7.00 malam

 

Mengenai kerja-kerja penggantian :

PPUM komited untuk menambahbaik pengalaman anda bersama kami. Oleh itu, kerja-kerja penggantian lif ini merupakan sebahagian inisiatif pihak kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk semua pesakit dan pelanggan kami di masa hadapan. Terima kasih atas keprihatinan, kerjasama dan kesabaran anda sepanjang tempoh ini.

 

Makluman tambahan :

Semasa kerja-kerja penggantian lif dilaksanakan, dijangka akan berlaku gangguan bunyi bising dan gangguan bekalan terputus-putus (intermitance) kepada operasi lif yang sedia ada. PPUM akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan meminimakan gangguan semasa kerja-kerja dilaksanakan.

Kami amat menghargai segala kerjasama yang diberikan dan mengharapkan kesabaran daripada semua pihak yang terkesan dengan kerja-kerja ini. Segala kesulitan yang berlaku ketika ini amat dikesali dan kerja-kerja ini perlu dilaksanakan demi keselesaan bersama di masa hadapan.

Terima kasih kerana memahami hasrat kami dan memberi ruang untuk kami menambahbaik kemudahan infrastruktur di PPUM.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-79492097 (Jabatan Perhubungan Korporat)

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my