Vendor

Tender List

Year : 2021

Month : 12

Bil Tajuk Sebutharga Syarat Utama Tarikh
TAWARAN HARGA BAGI SEWAAN RUANG NIAGA PERALATAN PEMULIHAN DI LOT RETAIL 5, BANGUNAN PLAZA, PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN

No Rujukan: T/1503/12/2021/2024(18)

Maklumat Tambahan: SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI:

1. Petender yang hendak menyertai tawaran ini DIWAJIBKAN untuk mendaftar buat kali pertama dalam sistem iPerolehan PPUM terlebih dahulu dengan nilai pendaftaran sebanyak RM20.00 dalam bentuk Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf / Kad Kredit / Kad Debit/ eWallet (QRPay, GrabPay, Touch & Go dan Lain-Lain) atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA. Sila ke kaunter Jabatan Perolehan bagi urusan tersebut.

2. Petender diwajibkan membawa USB Flash Drive semasa membeli dokumen tawaran.

3. Petender DIWAJIBKAN untuk mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum membeli dokumen tawaran.

3.1 Sijil Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat (SSM)
3.2 Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dan kod bidang berkaitan dengan Kementerian Kewangan Malaysia

4. Dokumen tawaran akan dijual mulai hari Selasa, 07 Disember 2021 dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Jabatan Perolehan dengan harga seperti dinyatakan dalam bentuk Kiriman Wang / Bank Draf / Wang Pos / Kad Kredit / Kad Debit / eWallet (QRPay, GrabPay, Touch & Go Dan Lain-Lain) atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA yang tidak akan dikembalikan.

5. Dokumen tawaran yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Jabatan Perolehan sebelum atau pada Selasa, 28 Disember 2021 jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Jabatan Perolehan. Dokumen yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan.

6. Taklimat dan lawatan tapak akan diadakan pada 23 Disember 2021 (Khamis), jam 10.00 sehingga 12.00 tengah hari bertempat di Dewan Sekapur Sirih, Tingkat 1, Bangunan Trauma & Kecemasan, PPUM. Petender yang menghadiri sesi lawatan tapak dikehendaki mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Nota: Lawatan tapak adalah Tidak Diwajibkan, namun petender dinasihatkan untuk menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak sebelum mengemukakan dokumen tender.

7. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Dahlia binti Suhaimi di alamat e-mel: dahlia@ummc.edu.my atau di talian 03 7949 2352.


 
Bidang  :
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 100.00
Kategori : Perkhidmatan
Buka: 07-12-2021
Tutup: 28-12-2021 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN DAN SOKONGAN BAGI SISTEM INFORMASI MAKMAL (LIS) BAGI KEGUNAAN DI BAHAGIAN PERUBATAN MAKMAL DAN MAKMAL MIKROBIOLOGI, PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA UNTUK TEMPOH SATU (1) TAHUN

No Rujukan: T/1053/12/2021(20)

Maklumat Tambahan:
 
Bidang  : 210103
210104
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 100.00
Kategori : Perkhidmatan
Buka: 24-12-2021
Tutup: 17-01-2022 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI PERKHIDMATAN PENGURUSAN, PENYELENGGARAAN DAN OPERASI SISTEM ELEKTRIK 33KV DAN 11KV TERMASUK VOLTAN RENDAH DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA UNTUK TEMPOH TIGA (3) TAHUN

No Rujukan: T/1503/12/2021/2024(19)

Maklumat Tambahan: 1. Lawatan tapak adalah diwajibkan. Maklumat lawatan tapak adalah seperti yang berikut:

Tarikh: 6 Januari 2022 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi
Lokasi: Bilik Muzakarah, Jabatan Perolehan, PPUM.

2. Sebarang pertanyaan berhubung lawatan tapak, sila hubungi pegawai yang berikut:-

2.1 Puan Mariah binti Salli, e-mel: mariahs@ummc.edu.my di talian 03 7949 3729; atau

2.3 Puan Norhayati binti Bahari, e-mel: norhayatibahari@ummc.edu.my di talian 03-7949 2208.

3. Sila bawa bersama-sama:

i. Kad Pengenalan.
ii. Cop Syarikat.
iii. Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
iv. Sijil Pendaftaran sebagai Kontraktor Elektrik oleh Suruhanjaya Tenaga
(Satu salinan bagi setiap sijil tersebut perlu dikemukakan dan tidak dikembalikan)

4. Dokumen tawaran hanya akan dijual kepada kontraktor yang menghadiri lawatan tapak sahaja

 
Bidang  : 220503
G4 (Elektrikal)-ME-E05 (Pemasangan voltan tinggi)
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 200.00
Kategori : Perkhidmatan
Buka: 24-12-2021
Tutup: 17-01-2022 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI MEMBEKAL BEKALAN REAGEN DAN PERALATAN SECARA SEWAAN UNTUK UJIAN PROTEIN KHAS DAN UJIAN KIMIA KHAS

No Rujukan: T/1123/12/2021/2024(4)

Maklumat Tambahan:
 
Bidang  : 221508
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 200.00
Kategori : Bekalan
Buka: 07-12-2021
Tutup: 28-12-2021 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN SATU (1) UNIT MAMMOGRAPHY SYSTEM JENAMA HOLOGIC DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

No Rujukan: T/1703/12/2021/2024(17)

Maklumat Tambahan:
 
Bidang  : 220601
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 200.00
Kategori : Perkhidmatan
Buka: 07-12-2021
Tutup: 28-12-2021 
Masa: 12.00pm
          



SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI :

  1. Petender yang hendak menyertai tawaran ini DIWAJIBKAN untuk mendaftar buat kali pertama di dalam sistem iPerolehan PPUM terlebih dahulu dengan nilai pendaftaran sebanyak RM20.00 dalam bentuk Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tidak akan dikembalikan. Sila ke kaunter Jabatan Perolehan bagi urusan tersebut.
  2. Tawaran dokumen sebut harga yang telah dibeli akan dihantar melalui emel petender yang telah didaftarkan di dalam sistem iPerolehan PPUM.
  3. Petender DIWAJIBKAN mengemukakan NOMBOR PENDAFTARAN dengan Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempoh lakunya semasa membeli dokumen sebut harga / tender.
  4. Petender adalah DIWAJIBKAN untuk mengemukakan nombor pendaftaran dengan Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih sah tempoh laku / berkuatkuasa.
  5. Dokumen sebut harga WAJIB dilengkapkan secara atas talian (Online) dan dihantar sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari pada tarikh tutup tawaran. Tawaran yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan.
  6. Tawaran yang telah lengkap diisi, Wajib dicetak (1 salinan sahaja) dan dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang berlakri dan dihantar secara serahan tangan ke dalam peti Sebutharga / Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari pada tarikh tutup tawaran. Sila tuliskan rujukan tawaran di bahagian kiri sampul tawaran. (Jika tender / sebut harga secara manual).
  7. Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Perolehan Ditalian 03-7949 2010

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my