Pembekal

Tender List

Tahun : 2022

Bulan : 9

Bil Tajuk Sebutharga Syarat Utama Tarikh
TAWARAN BAGI MEMBEKAL BEKALAN GUNAHABIS OPTIFLOW, SENSOR ADHESIVE FOR NEONATE DAN INTRACRANIAL PRESSURE CATHETER (ICP)SET

No Rujukan: T/1121/9/2022/2024(4)

Maklumat Tambahan:
 
Bidang  : 050301 
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 250.00
Kategori : Bekalan
Buka: 08-09-2022
Tutup: 29-09-2022 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN SEWAAN RUANG NIAGA PERALATAN PEMULIHAN DI LOT RETAIL 5, ARAS BAWAH, BANGUNAN PLAZA, PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA UNTUK TEMPOH TIGA (3) TAHUN

No Rujukan: T/1503/8/2022/2025(1)

Maklumat Tambahan: 1. Taklimat dan lawatan tapak (Diwajibkan) akan diadakan Khamis, 25 Ogos 2022, jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Pulasari, Tingkat 2, Bangunan RUKA, PPUM. Sebarang pertanyaan berhubung lawatan tapak, sila hubungi pegawai yang berikut:

a) Puan Dahlia binti Suhaimi di alamat e-mel: dahlia@ummc.edu.my (03-7949 2352); atau
b) Puan Norhafiza binti Md Daud di alamat e-mel: norhafiza@ummc.edu.my (03 7949 4001)

2. Dokumen tawaran akan dijual selepas sesi lawatan tapak mulai hari Khamis, 25 Ogos 2022 berakhir sehingga 4.30 petang. Manakala bagi hari berikutnya, dokumen tawaran akan dijual mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang di Jabatan Perolehan dengan harga seperti dinyatakan dalam bentuk Kiriman Wang / Bank Draf / Wang Pos / Kad Kredit / Kad Debit / eWallet (QRPay, GrabPay, Touch & Go Dan Lain-Lain) atas nama Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tidak akan dikembalikan.

3. Petender diwajibkan membawa USB Flash Drive semasa membeli dokumen tawaran.

4. Petender DIWAJIBKAN untuk mengemukakan Sijil Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum membeli dokumen tawaran.

5. Dokumen tawaran WAJIB dilengkapkan dan dihantar secara serahan tangan sebelum atau pada hari Khamis, 15 September 2022 sebelum jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Jabatan Perolehan. Dokumen yang lewat dihantar tidak akan dipertimbangkan.



 
Bidang  :
Taraf : TERBUKA ATAU SSM
Harga : RM 100.00
Kategori : Perkhidmatan
Buka: 18-08-2022
Tutup: 15-09-2022 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI MEMBEKAL BEKALAN PELBAGAI DRESSING

No Rujukan: T/1120/9/2022/2025(3)

Maklumat Tambahan: NOTIS RALAT TAWARAN

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pindaan pada syarat utama bagi Tawaran Bagi Membekal Bekalan Pelbagai Dressing ; Rujukan Tawaran: T/1120/9/2022/2025(3) yang telah diiklankan pada 8 September 2022 melalui Akhbar Berita harian iaitu:-

Harga Dokumen :

RM150.00 (WANG POS/KIRIMAN WANG/BANK DRAF/KAD KREDIT/ KAD DEBIT/EWALLET (QR PAY, GRAB PAY, TOUCH & GO DAN LAIN-LAIN)).

 
Bidang  : 050301 
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 150.00
Kategori : Bekalan
Buka: 08-09-2022
Tutup: 29-09-2022 
Masa: 12.00pm
          
TAWARAN BAGI PERKHIDMATAN PEMBEKALAN DAN PENCUCIAN LINEN DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA UNTUK TEMPOH LIMA (5) TAHUN

No Rujukan: T/1503/8/2022/2027(2)

Maklumat Tambahan: Kod Bidang: 222302


LAWATAN TAPAK DIWAJIBKAN

Butiran Lawatan Tapak adalah seperti berikut:

Tarikh: 30 Ogos 2022 (Selasa)
Masa: 10.30 pagi
Lokasi: Bilik Muzakarah, Jabatan Perolehan, PPUM.

Hanya PENAMA di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja boleh menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak. Dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa lawatan tapak:

i) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dan kod bidang berkaitan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (masih sah tempoh laku/berkuat kuasa)
ii) Kad Pengenalan
iii) Cop Syarikat



 
Bidang  : 222302 
Taraf : TERBUKA
Harga : RM 1,050.00
Kategori : Perkhidmatan
Buka: 18-08-2022
Tutup: 20-09-2022 
Masa: 12.00pm
          


SYARAT-SYARAT UMUM YANG PERLU DIPATUHI:

1. Syarikat yang hendak menyertai sebut harga/tender ini DIWAJIBKAN untuk mendaftar buat kali pertama di dalam sistem iPerolehan PPUM terlebih dahulu dengan nilai pendaftaran sebanyak RM20.00 dengan menggunakan kaedah bayaran sama ada, Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draft atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA yang tidak akan dikembalikan. Sila ke kaunter Jabatan Perolehan bagi urusan tersebut.

2. Dokumen sebut harga/tender yang telah dibeli akan dihantar melalui e-mel syarikat yang telah didaftarkan di dalam sistem iPerolehan PPUM.

3. Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk mengemukakan sijil -sijil berikut (sekiranya berkaitan) yang masih sah tempohnya dan telah dimuatnaik di dalam sistem iPerolehan (https://iperolehan.ummc.edu.my) untuk semakan sebelum membeli dokumen sebut harga/tender:

i) Kementerian Kewangan Malaysia (MoF):
  a) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
  b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera

ii) Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB):
  a) Sijil Perakuan Pendaftaran (PPK)
  b) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

iii) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK):
  a) Sijil Taraf Bumiputera Kontraktor Kerja


4. Dokumen sebut harga/tender dijual mulai dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang mengikut tarikh yang ditetapkan dengan harga seperti dinyatakan menggunakan kaedah bayaran sama ada, Kad Debit / Kad Kredit / eWallet / Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draft atas nama PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA.

5. Dokumen sebut harga/tender WAJIB dilengkapkan secara dalam talian (Online) dan perlu dihantar dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada tarikh dan masa tutup iklan yang dinyatakan.

6. Sampel bagi sebut harga/tender yang berkaitan (jika ada) hendaklah diserahkan di kaunter Jabatan Perolehan dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada tarikh tutup iklan yang dinyatakan dan pada jam 12.00 tengah hari mengikut jam di Jabatan Perolehan.

7. Kegagalan mematuhi arahan di atas akan menyebabkan penyertaan sebut harga/tender tidak akan dipertimbangkan.





ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my