ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
OBJEKTIF
Untuk menyediakan perkhidmatan rawatan bagi pasangan yang menghadapi masalah kesuburan dan membantu memenuhi impian mereka memperolehi zuriat.
APA ITU KETIDAKSUBURAN
Pasangan yang telah berkahwin untuk tempoh satu tahun dan ke atas, menjalani hubungan kelamin secara normal tanpa perlindungan sekurang-kurangnya dua kali seminggu serta tiada masalah ginekologi namun masih belum mempunyai zuriat. Pasangan ini digalakkan untuk mendapatkan nasihat dari khidmat pakar dan rawatan susulan sekiranya perlu.
KAEDAH RAWATAN
Pengumpulan telur adalah proses pengambilan telur atau ovum dari organ persenyewaan wanita. Ini adalah prosedur ringkas yang dijalankan di dewan bedah kecil oleh seorang doktor dengan dos anestetik rendah.
Sperma yang dibasuh di makmal dipindahkan ke dalam rahim semasa ovulasi (tempoh subur).
Dikenali sebagai rawatan bayi tabung uji. Oosit disenyawakan oleh sperma di makmal kultur dan diinkubasi untuk menjadi embrio.
Sperma tunggal disuntik ke dalam oosit untuk persenyawaan.
Pemeriksaan secara terperinci untuk menganalisa air mani, bilangan sperma, kualiti, motiliti dan morfologi.
Sperma disimpan dalam cecair nitrogen (LN2) untuk kegunaan pada masa akan datang.
Oosit/Embrio disimpan dalam cecair nitrogen (LN2) untuk kegunaan pada masa akan datang.
Embrio yang telah disejukbeku dari kitaran IVF sebelum ini dicairkan dan dipindahkan kembali ke rahim.
Pembedahan untuk mengekstrak sperma secara terus dari testis atau epididimis.
CARTA ALIRAN RAWATAN DI KLINIK REPRODUKTIF
Perkhidmatan
STAF KESIHATAN REPRODUKSI
BAYI IUI & IVF