Lembah Pantai, Kuala Lumpur
03-79493215

TABUNG PPUMCARE 

PPUMCare adalah merupakan sebuah tabung yang ditubuhkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi membantu pesakit khususnya yang kurang berkemampuan.

Tabung ini pada mulanya dikenali sebagai Tabung Kebajikan Pesakit yang telah ditubuhkan dan diluluskan oleh Lembaga Pengurus pada 20 Jun 1978. Pada tahun 2014, nama tabung ini telah ditukar kepada Tabung PPUMCare.

Objektif Tabung PPUMCare

Tujuan utama penubuhan tabung ini ialah untuk
membantu pesakit-pesakit PPUM yang
menghadapi kekangan kewangan semasa
mendapatkan rawatan tanpa mengira bangsa,
agama dan latarbelakang dari kalangan warganegara Malaysia.

Kriteria Penerima Bantuan

 

Penerima bantuan mestilah  pesakit yang bertaraf warganegara Malaysia dan menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Pesakit mestilah dirujuk oleh Pegawai Perubatan ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan.

Sepanjang tahun 2015 hingga 2022, seramai 8,682 orang pesakit telah memperoleh manfaat daripada Tabung PPUMCare…

Jenis-jenis Bantuan

Antara bantuan yang diberikan oleh Tabung PPUMCare adalah bantuan pembelian peralatan perubatan, bantuan ubat khas, bantuan pembelanjaan rawatan serta bantuan kos sewaan dan penyelenggaraan peralatan perubatan

 
Peralatan Perubatan

Peralatan perubatan adalah termasuk semua implan atau peranti yang digunakan semasa rawatan dan pembedahan pesakit.

 
Kos Sewaan & Penyelenggaraan Peralatan

Sumbangan anda juga membantu menampung kos penyelenggaraan peralatan yang didermakan untuk kegunaan pesakit.

 
Ubat-ubatan Khas

Merangkumi pelbagai jenis ubat-ubatan khas (special formulary).

 
Perbelanjaan Rawatan

Keutamaan diberikah khususnya kepada pesakit kurang berkemampuan untuk menampung bil perubatan mereka.

Bagaimana untuk menyumbang


Cek

Sumbangan melalui cek dibuat atas nama PPUMCare.

Sila nyatakan nama, nombor kad pengenalan/ nombor pendaftaran perniagaan, alamat surat- menyurat serta rujukan “PPUMCare” dibelakang cek.
Resit sumbangan boleh dipohon melalui     
e-mel: ppumcare@ummc.edu.my 

Sumbangan tunai

Sumbangan boleh didebitkan ke
Bank Islam 1417-1010-0033-78 (PPUMCare)
Sila e-melkan bukti sumbangan anda 
beserta nama, nombor kad pengenalan/ nombor pendaftaran perniagaan serta alamat surat-menyurat ke ppumcare@ummc.edu.my


Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Tingkat 5, Menara Timur,
Pusat Perubatan Universiti Malaya
Talian : 03-79492021 @ 03-79493125
Email : ppumcare@ummc.edu.my