Arkib Berita



Disember   2016


  
MORE VISITS TO UMMC AS YEAR END APPROACHES!
 Dikemaskini Pada: 12/28/2016
 
We would like to extend our thanks to JCY Models & NRC 11 for choosing UMMC for their noble move of sharing their thoughts and gifts with the children in the wards. It certainly brings the joy, smile and laughter to our paediatric patients as the holiday seasons approaches.

Visit covered by NST @:
click here......

  
SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA PPUM 2016
 Dikemaskini Pada: 12/20/2016
 20 Disember 2016/Selasa

PPUM hari ini merasmikan Sambutan Hari Kitar Semula peringkat PPUM dengan objektif untuk memupuk kesedaran masyarakat untuk mengamalkan kitar semula.

Sambutan ini merupakan anjuran Unit Fasiliti dan Kemudahan Am sebagai inisiatif sambutan di peringkat PPUM untuk mengamalkan konsep kitar semula dengan konsep 4R (Rethink, Reduce, Reuse dan Recycle).

Syabas dan tahniah diucapkan kepada unit ini atas inisiatif yang telah dijalankan....

  
MASA MELAWAT DI PPUM
 Dikemaskini Pada: 12/14/2016
 

NOTIS PENGUMUMAN UNTUK PELAWAT

BAGAIMANA MENJADIKAN LAWATAN ANDA LEBIH BAIK SEMASA MELAWAT PESAKIT DI HOSPITAL

PIHAK PENGURUSAN PPUM TELAH MERANGKA STRATEGI BAGI MENGEMASKINI GARISPANDUAN WAKTU MELAWAT. KAMI AKAN MELAKUKAN KAJIAN SELAMA DUA BULAN BAGI MENGENALPASTI RUANG UNTUK PENAMBAHBAIKAN DEMI KEPENTINGAN PESAKIT.

HASIL DARI KAJIAN INI AKAN DIGUNAKAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN SISTEM MELAWAT DI PPUM YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2017. TARIKH PENGUATKUASAAN AKAN DIMAKLUMKAN

  1. PAS PELAWAT AKAN DIBERIKAN SEMASA KEMASUKAN KE WAD.
  2. SEORANG PESAKIT AKAN DIBERIKAN DUA PAS PELAWAT.
  3. SATU PAS PELAWAT MEMBENARKAN DUA ORANG PELAWAT SAHAJA.
  4. HANYA EMPAT ORANG PELAWAT DIBENARKAN MELAWAT PESAKIT PADA SATU MASA.
  5. PAS PELAWAT MENJADI TANGGUNGJAWAB PESAKIT/PEWARIS SENDIRI.
  6. PESAKIT/WARIS PERLU BERHUBUNG ANATARA SATU SAMA LAIN UNTUK MENDAPATKAN PAS.
  7. PELAWAT HENDAKLAH MENUNJUKKAN PAS PELAWAT DI KAUNTER PENGAWAL KESELAMATAN SEBELUM NAIK KE WAD


KERJASAMA DARI PIHAK ANDA AMATLAH DIHARAPKAN DAN DIUCAPKAN TERIMA KASIH.

 

...

  
MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH PELAJAR KSK PPUM
 Dikemaskini Pada: 12/13/2016
 8 Disember 2016

Alhamdulillah. Selesai Majlis Solat Hajat, bacaan Yasin dan tazkirah yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd. Shazni Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Perhubungan Awam PPUM.

Majlis ini adalah bersempena persiapan para pelajar menghadapi peperiksaan akhir semester.

Semoga dikurniakan kekuatan untuk mengulangkaji dan beroleh kejayaan! Didoakan Mumtaz!...

  
BENGKEL FIQH WANITA
 Dikemaskini Pada: 12/8/2016
 8 Disember 2016

Sedang berlangsung di Auditorium Menara Selatan, Bengkel Fiqh Wanita yang disampaikan oleh YBhg. Ustazah Nurul Aisyah Amir Ramli, Pegawai Hal Ehwal Khas Hospital Al-Islam anjuran Jawatankuasa Pemangkin PPUM.

[SESI PETANG] - FIQH KEKELUARGAAN

Perkongsian ilmiah Ybhg. Ustazah Zawiah Hassan seorang pendakwah bebas yang mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam mengendalikan kes-kes rumah tangga ketika bertugas di JAKIM suatu ketika dahulu.

Keluarga bahagia pemangkin peningkatan prestasi kerja!
...

  
MAKLUMAN TERKINI: LATIHAN KEBAKARAN DAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA DI MENARA TIMUR, PPUM
 Dikemaskini Pada: 12/7/2016
 7 Disember 2016

Untuk makluman para pelanggan dan warga PPUM yang dihormati, latihan kebakaran dan tumpahan bahan kimia di Menara Timur, PPUM yang sedang dijalankan kini telah selesai sepenuhnya.

Laluan ke Menara Timur, PPUM kini telah dibuka semula untuk dan semua perkhidmatan di Menara Timur kini sudah beroperasi seperti biasa.

Pihak kami ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas semua yang terlibat dalam latihan ini.

Segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh latihan amat dikesali....

  
MAKLUMAN: LATIHAN KEBAKARAN DAN TUMPAHAN BAHAN KIMIA DI MENARA TIMUR, PPUM
 Dikemaskini Pada: 12/7/2016
 7 Disember 2016

Untuk makluman para pelanggan dan warga PPUM yang dihormati, Unit Keselamatan Pekerjaan dan Persekitaran PPUM sedang menjalankan latihan kebakaran dan tumpahan bahan kimia di Menara Timur, PPUM.

Sepanjang tempoh latihan ini, laluan masuk ke Menara Timur ditutup sepenuhnya sehingga arahan oleh Pihak Bomba untuk pengoperasian seperti biasa.

Kerjasama dan perhatian oleh semua pihak amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Segala kesulitan amat dikesali....

  
SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2016
 Dikemaskini Pada: 12/6/2016
 5 Disember 2016

Unit Penyakit Berjangkit, Jabatan Perubatan dan Jabatan Kejururawatan PPUM menganjurkan sambutan Hari AIDS Sedunia 2016 peringkat PPUM.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman, Pengarah PPUM.

Dengan tema ''''Test Early, Treat Early'''', program sambutan turut dimuatkan forum umum dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeriksaan awal penyakit ini....

  
TAHNIAH DAN SYABAS UMMC-MREC!
 Dikemaskini Pada: 12/5/2016
 Kami amat berbangga dengan pencapaian Jawatankuasa Etika Penyelidikan "UMMC-Medical Research Ethics Committee" (UMMC-MREC) di atas penganugerahan oleh SIDCER-FERCAP di Bangkok, 23 November yang lalu.

Ini adalah hasil pengauditan yang teliti oleh SIDCER-FERCAP yang terdiri dari para penilai tempatan dan antarabangsa sepanjang 25 hingga 27 Ogos 2016. Seluruh jawatankuasa UMMC-MREC telah bertungkus-lumus dan memberi kerjasama yang terbaik ke arah usaha mencapai kejayaan ini.

Penganugerahan ini setanding Akreditasi Antarabangsa dan akan mengukuhkan kedudukan PPUM sebagai peneraju pusat penyelidikan perubatan dan peneraju pengajaran perubatan di Malaysia dan di rantau ini....

  
LAWATAN JKJR KE WAD ORTOPEDIK
 Dikemaskini Pada: 12/5/2016
 20 November 2016

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) melawat para pesakit akibat kemalangan jalan raya sempena Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya 2016. Lawatan bertujuan memberi sumbangan selain meninjau keadaan mangsa dan ahli keluarga pasca kemalangan jalan raya. Inisiatif memupuk kesedaran mengenai kepentingan penjagaan pasca kemalangan dan kesedaran untuk berhati-hati di jalan raya ini turut dilengkapi dengan sesi pameran yang telah dilangsungkan pada 18 November 2016 bertempat di Konkos, Menara Utama dan Ruang Legar bangunan Rawatan Utama (RUKA)....

  
KARNIVAL CARES 2016
 Dikemaskini Pada: 12/5/2016
 3 Disember 2016

Persatuan Perihatin Kanak-kanak Kanser (CARES) bersama para sukarelawan mengambil kesempatan meraikan para pesakit Pediatrik Onkologi PPUM dan kanak-kanak yang telah berjaya pulih dari kanser dalam sebuah karnival mini yang cukup meriah bertempat di Grand Dorsett Kuala Lumpur.
Pelbagai acara menarik diadakan bagi menceriakan hero-hero kecil bersama ahli keluarga disamping meraikan para petugas berubatan yang telah membantu merawat para pesakit dengan penuh dedikasi....

  
MAJLIS KHATAN ANAK-ANAK STAF, MERAIKAN PESARA DAN KEPULANGAN STAF MENUNAIKAN HAJI 2016
 Dikemaskini Pada: 12/5/2016
 2 Disember 2016

Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam (PKPPI) mengambil kesempatan cuti sekolah untuk mengadakan program tahunan khatan perdana khusus bagi anak-anak staf selain meraikan para pesara dan staf yang pulang setelah menunaikan Ibadah Haji pada tahun ini....

  
MALAYSIAN DISASTER LIFE SUPPORT (MYDLS) AND CBRNE COURSE 2016
 Dikemaskini Pada: 12/5/2016
 22-24 November 2016

Dewan Sekapur Sireh, Bangunan Trauma dan Kecemasan, PPUM...

  
LAWATAN DELEGASI SRI LANKA KE PPUM
 Dikemaskini Pada: 12/5/2016
 24 November 2016

Asia Metropolitan University dan delegasi Sri Lanka hadir dalam rangka lawatan sambil belajar untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dari PPUM, Peneraju Pengajaran Perubatan....

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my