Arkib Berita



Mei   2018


  
SUMBANGAN IFTAR RAMADAN OLEH HELWA ABIM
 Dikemaskini Pada: 5/22/2018
 Pada 20 Mei 2018, HELWA Angkatan Belia Malaysia (ABIM) telah mengadakan aktiviti edaran iftar untuk staf-staf yang bertugas di Jabatan Perubatan Kecemasan.

Objektif utama aktiviti ini adalah untuk menerapkan sifat prihatin dan saling membantu sesama masyarakat serta mengeratkan silaturrahim di antara Helwa ABIM dan staf di Jabatan Perubatan Kecemasan.

Pihak Helwa ABIM telah sudi menyampaikan sumbangan iftar sebanyak 100 pek kepada staf. Majlis penyampaian sumbangan iftar ini telah berjalan dengan jayanya dan menggembirakan staf-staf yang bertugas.

Hanya Allah yang dapat membalas budi baik pihak Helwa ABIM di atas keprihatinan mereka.


...

  
LAWATAN OLEH PESERTA BENGKEL PRA-PELAJAR PERUBATAN 2018
 Dikemaskini Pada: 5/22/2018
 Lawatan oleh peserta-peserta Bengkel Pra-Pelajar Perubatan ke Jabatan Perubatan Kecemasan, PPUM telah diadakan pada 19 Mei 2018. Bengkel Baktisiswa 2018 ini adalah anjuran Persatuan Perubatan Universiti Malaya.

Lawatan ini diadakan untuk memberi pengalaman dan menambah pengetahuan pelajar-pelajar yang mengikuti program Matrikulasi mengenai bidang perubatan terutamanya perkhidmatan yang dijalankan di Jabatan Perubatan Kecemasan. Pelawat telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan telah diberi penerangan mengenai fungsi Jabatan oleh Ketua Jururawat yang bertugas.

Semoga pelajar-pelajar ini akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita mereka di dalam bidang perubatan.


...

  
IMPIAN ADIK AIMAN TERCAPAI
 Dikemaskini Pada: 5/22/2018
 Impian adik Aiman Hakim, 11 tahun, pesakit dari Wad Pediatrik untuk bertemu dengan penyanyi kesayangan beliau telah tercapai apabila Aiman Tino, penyanyi terkenal tahanair sudi melawat beliau pada 20 Mei 2018 di Wad Pediatrik.

Kehadiran penyanyi Aiman Tino amat dinanti-nantikan oleh beliau sehingga beliau terkejut dan sangat teruja bertemu secara berhadapan dengan penyanyi tersebut. Adik Aiman Hakim juga menghafal lagu-lagu Aiman Tino dan mereka telah menyanyikannya bersama-sama semasa sesi lawatan tersebut.

Terimakasih Aiman Tino dan pihak Astro di atas kesudian merealisasikan impian adik Aiman Hakim. Semoga terubat rindu adik dan kesihatan adik bertambah baik.


...

  
MAJLIS SAMBUTAN HARI JURURAWAT ANTARABANGSA PERINGKAT PPUM 2018
 Dikemaskini Pada: 5/17/2018
 Hari Jururawat Antarabangsa ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan dan jasa para jururawat terhadap masyarakat. Bagi meraikan jururawat yang bertugas di PPUM, majlis Sambutan Hari Jururawat Peringkat PPUM 2018 telah diadakan pada 16 Mei 2018 di PPUM.

Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Bidang Kejururawatan adalah satu profesion yang telah berkembang pesat, selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dalam perkhidmatan kesihatan. Jururawat juga adalah pasukan di barisan hadapan dan perlu bekerjasama rapat dengan para profesional yang lain di dalam memberi perawatan. Kerjasama ini amat penting di dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik serta berkualiti.

Disamping merawat, mereka juga memberikan pendidikan kesihatan, amalan pendidikan yang terbaik serta pencegahan penyakit kepada pesakit, keluarga, penjaga dan masyarakat. Tahniah dan Selamat Hari Jururawat kepada semua Jururawat yang bertugas di PPUM dan dimana sahaja di dunia ini.

...

  
MAJLIS SAMBUTAN HARI KERJA SOSIAL PPUM 2018
 Dikemaskini Pada: 5/16/2018
 Pada 15 Mei 2018, Jabatan Kerja Sosial Perubatan telah berjaya mengadakan Majlis Sambutan Hari Kerja Sosial Perubatan peringkat PPUM. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Azura binti Mansor, Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal), PPUM.

Tema sambutan pada tahun ini adalah ''Promoting Community and Environmental Sustainability''. Cabaran yang dihadapi oleh Pekerja Sosial Perubatan pada masa kini dan hadapan adalah semakin kompleks dan perlu ditandatangani dengan lebih berkesan agar tidak menjejaskan kesihatan fizikal dan mental serta trauma yang berpanjangan kepada pesakit.

Jabatan Kerja Sosial Perubatan turut memberi perkhidmatan yang prihatin dan nilai tambah serta sokongan bukan klinikal kepada perkhidmatan di PPUM terutamanya di dalam menguruskan kes-kes di wad dan klinik dalam semua disiplin klinikal agar berjalan lancar....

  
MAJLIS PERASMIAN "WORLD HYPERTENSION DAY"
 Dikemaskini Pada: 5/7/2018
 "World Hypertension Day" telah disambut setiap tahun pada 17 Mei di atas inisiatif International Society of Hypertension dan mendapat sokongan penuh oleh The Malaysian Society of Hypertension.

Sehubungan itu, bagi meningkatkan kesedaran mengenai penyakit tekanan darah tinggi, PPUM juga telah mengadakan Majlis Sambutannya pada hari ini bersamaan dengan 7 Mei 2018. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Pelbagai aturcara telah diadakan seperti pameran poster, nasihat pemakanan sihat dan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah tinggi secara percuma. Diharap program ini dapat memberi kesedaran kepada staf dan orang awam mengenai kepentingan menjalani pemeriksaan tekanan darah tinggi dan menjaga kesihatan....

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my