Arkib Berita



April   2016


  
NOTIS AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (NOTIS DATA PERIBADI)
 Dikemaskini Pada: 4/29/2016
 
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) adalah tertakluk kepada prinsip perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai PDPA) yang telah berkuatkuasa mulai 15 November 2013, untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Terma-terma "data peribadi", "pemprosesan" dan "transaksi komersial" mempunyai maksud sepertimana yang ditakrifkan dalam PDPA.

Klik untuk maklumat lanjut...
...

  
PERASMIAN SAMBUTAN MINGGU KESELAMATAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN INOVASI PPUM 2016
 Dikemaskini Pada: 4/22/2016
 21 APRIL 2016

YM Prof Dr Tunku Kamarul Zaman, Pengarah PPUM merasmikan sambutan Minggu Keselamatan Kesihatan Pekerjaan dan Inovasi PPUM 2016 dengan tema "Mencegah Kemalangan ke Arah Kualiti Penjagaan Kesihatan dan Persekitaran".

Sambutan pada tahun ini turut diisi dengan ceramah keselamatan kesihatan dan inovasi, pameran serta demonstrasi hazmat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar PPUM atas penganjuran MKKPI 2016 dengan kerjasama Jabatan Kualiti dan Tadbir Urus Klinikal.
...

  
TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KETUA JABATAN PERUBATAN PEMULIHAN
 Dikemaskini Pada: 4/21/2016
 
Seluruh warga PPUM mengucapkan tahniah dan syabas kepada Prof. Madya Dr. Lydia Abdul Latif, Pakar Perunding Gred DU54 atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Perubatan Pemulihan berkuat kuasa mulai 17 Februari 2016.

Ucapan tahniah dan syabas juga buat Puan Mariam Mohd. Nasir, Jururawat Gred U52 atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Kejururawatan berkuat kuasa mulai 1 Mac 2016.

Taniah! Semoga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan di jabatan masing-masing dan menjadi nadi kecemerlangan PPUM sebagai Peneraju Pengajaran Perubatan!

‪#‎UMMedicalCentre‬ ‪#‎UMMC‬ ‪#‎theLeaderinMedicalEducation‬...

  
PERASMIAN UMMC-CIGMIT OLEH MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
 Dikemaskini Pada: 4/20/2016
 19 APRIL 2016

Alhamdulillah, YB Dato'''''''' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia hadir menyempurnakan perasmian perkhidmatan Centre for Image Guided and Minimally Invasive Therapy (CIGMIT) di PPUM. Perasmian dewan bedah berteknologi tinggi ini telah menjadikan PPUM sebagai Pusat Perubatan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi pertama di Malaysia menerajui pendidikan perubatan dengan kaedah dewan bedah hybrid "two-rooms-solution".

Terima kasih Dato'''''''' Seri.

...

  
KEJOHANAN SUKAN PELAJAR KSK PPUM 2016
 Dikemaskini Pada: 4/18/2016
 16 APRIL 2016

Pagi ini telah berlangsung Majlis Penutup Kejohanan Sukan Pelajar Kolej Sains Kesihatan PPUM 2016 di Padang Sukaneka Universiti Malaya.

Hadir merasmikan majlis, Yang Mulia Prof Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM.
...

  
SAMBUTAN HARI PARKINSON SEDUNIA 2016
 Dikemaskini Pada: 4/18/2016
 16 APRIL 2016

YM Prof Dr Tunku Kamarul Zaman, Pengarah PPUM, YDH Prof Dr Adeeba, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, bersama YDH Prof Madya Dr Nazirah, Timbalan Pengarah (Klinikal) hadir merasmikan sambutan Hari Parkinson Sedunia 2016 peringkat PPUM.

Turut hadir ke majlis ini, YBhg Dato'''' Tan Ching Nam, Presiden Persatuan Parkinson Malaysia, bersama keluarga.

...

  
LAWATAN AMAL PDRM
 Dikemaskini Pada: 4/14/2016
 12 April 2016

PDRM Kuala Lumpur telah memilih Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai lokasi lawatan amal dan penyampaian sumbangan sempena memperingati Hari Polis ke-209. YDH Datuk Amar Singh Ishar Singh, Ketua Polis Kuala Lumpur hadir mengetuai delegasi polis sempena lawatan pada tahun ini.

Majlis perasmian ini dihadiri oleh YM Prof Dr Tunku Kamarul Zaman, Pengarah PPUM yang sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran seluruh delegasi Polis Kuala Lumpur.

Selain sumbangan tiga unit kerusi roda untuk kegunaan pesakit di PPUM, delegasi Polis Kuala Lumpur turut melawat dan memberi hadiah kepada para pesakit kanak-kanak di wad pediatrik onkologi 5PA, Kompleks Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak, PPUM.

Terima kasih diucapkan kepada YDH Datuk Amar Singh dan seluruh delegasi Polis Kuala Lumpur atas kesudian hadir untuk lawatan serta pemberian sumbangan sempena memperingati Hari Polis kali ini.

...

  
HARI AKTIVITI FIZIKAL SEDUNIA
 Dikemaskini Pada: 4/7/2016
 6 APRIL 2016

Jabatan Perubatan Kesukanan di bawah pimpinan YDH Prof. Madya Dr. Mohd. Nahar Azmi Mohamed merealisasikan penganjuran kali pertama peringkat PPUM sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia yang disambut pada 6 April setiap tahun. Program yang diketuai oleh Yang Berusaha Dr. Samihah Abdul Karim itu mendapat sambutan hangat oleh staf PPUM.

Acara walkathon sejauh 2.5km membuka tirai sambutan pada awal pagi dengan penyertaan hampir 200 peserta. Pelepasan telah disempurnakan oleh YDH En. Iskandar Ahamad, Timbalan Pengarah (Pengurusan). Beliau bersama YDH Pn. Harbans Kaur, Timbalan Pengarah (Ikhtisas) turut menyertai acara itu. Acara ini turut mendapat sambutan memberangsangkan dari Ketua-ketua Jabatan.

Majlis perasmian seterusnya dijalankan di Auditorium Menara Selatan dan telah disempurnakan oleh YDH Prof. Madya Dr. Nazirah Hasnan, Timbalan Pengarah (Klinikal). Acara perasmian turut diisi dengan senamrobik, diikuti ceramah kesihatan dan kecergasan sehingga jam 4 petang.

Terima kasih diucapkan kepada para penaja yang telah memberi sumbangan menjayakan sambutan pada tahun ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Perubatan Kesukanan atas penganjuran sambutan Hari Aktiviti Fizikal Sedunia 2016!

click for more..


...

  
MAJLIS PENGHARGAAN PERKHIDMATAN PPUM 2016
 Dikemaskini Pada: 4/1/2016
 
31 MAC 2016

Hari kedua Majlis Penghargaan Perkhidmatan 2016 meraikan staf yang telah setia berkhidmat selama 20 tahun dan 30 tahun di PPUM. Di samping itu, para pesara yang menamatkan perkhidmatan sepanjang tahun 2015 turut diraikan bagi menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan untuk kecemerlangan perkhidmatan di PPUM.

Tahniah kepada semua penerima anugerah dan selamat bersara kepada para pesara PPUM!

Syabas kepada semua urusetia yang telah bertugas dengan jayanya sepanjang majlis berlangsung!

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my