ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
Disember 2018
Dikemaskini Pada: 12/21/2018
Pada 21 Disember 2018 telah berlangsungnya Majlis Pengagihan Zakat yang disampaikan oleh Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya. MAIWP telah bersetuju melantik Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai wakil bagi pihak MAIWP untuk mengagihkan zakat sebanyak RM 83,152.00 berdasarkan Konsep Wakalah kepada 7 golongan asnaf iaitu Fakir, Miskin, Muallaf, Riqab, Gharimin, Fisabilillah atau Ibnu Sabil. Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan.
...Dikemaskini Pada: 12/13/2018
Pada hari ini telah berlangsungnya Seminar Penyusuan Ibu sempena Pengiftirafan PPUM Hospital Rakan Bayi 2018-2021 yang telah dirasmikan oleh Professor Madya Dr Azura Binti Mansor, Timbalan Pengarah Perubatan (Surgikal). Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Inisiatif Hospital Rakan Bayi serta Unit Laktasi PPUM, Jabatan Obstetrik & Ginekologi atas usaha dan kerja kuat bagi membuahkan pencapaian membanggakan dimana PPUM telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi untuk kali kelima (5) bagi tempoh tiga tahun dari 2018 sehingga 2021.
...Dikemaskini Pada: 12/11/2018
Pada 10 Disember 2018, satu majlis kesyukuran telah berlangsung bagi meraikan kejayaan perubatan iaitu pemindahan sum-sum tulang menggunakan penderma yang separa-serasi atau HLA-haplo-identical Transplant bagi kanak-kanak yang menghidapi penyakit Severe Combined Immunodeficiency atau SCID. Beberapa pesakit yang telah dirawat juga turut hadir bagi meraikan serta memeriahkan lagi majlis. Tahniah kepada seluruh warga kerja Onkologi Pediatrik yang sentiasa berusaha untuk menghasilkan proses rawatan yang inovatif dan berteknologi tinggi terutamanya untuk pesakit kanak-kanak di PPUM.
...Dikemaskini Pada: 12/4/2018
Sesi tahnik atau lebih dikenali dengan ‘belah mulut’ bagi kalangan orang melayu telah dijalankan di Wad Pasca Bersalin. Program mingguan ini lebih berseri dengan kehadiran salah seorang tokoh agama dalam negara kita Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bukhari untuk mentahnik dan memberikan penerangan ringkas mengenai sunnah tersebut kepada ibu-ibu. Semoga anak-anak tersebut menjadi pewaris bangsa dan agama yang hebat suatu hari nanti.
...Arkib Berita