Arkib Berita



Januari   2019


  
UPACARA IKRAR CLEAN CARE IS SAFER CARE, WORLDWIDE ACTION, 2005-2019
 Dikemaskini Pada: 1/30/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Upacara Ikrar Clean Care is Safer Care, Worldwide Action, 2005-2019 yang telah di rasmikan oleh Y.M. Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Kebersihan tangan adalah langkah yang paling penting untuk mengelakkan penghantaran organisme berbahaya dan mencegah jangkitan. Mana-mana penjagaan kesihatan, yang terlibat dalam penjagaan pesakit langsung atau tidak langsung, mesti dapat melakukan kebersihan tangan dengan betul dan pada masa yang tepat.

...

  
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DANA BSN
 Dikemaskini Pada: 1/29/2019
 

Terima kasi diucapkan kepada Bank Simpanan Malaysia atas dana yang diberikan sebanyak RM650,000.00. Sumbangan ini telah disampaikan oleh En. Mujibburahman Abd. Rashid, Ketua Pegawai Perniagaan BSN kepada Y.M. Professor Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Sumbangan ini sangat besar nilainya dan amat bermakna dalam usaha kami memberikan perkhidmatan yang komprehensif terutamanya kepada pesakit pediatrik yang mengalami kekangan kewangan dalam meneruskan rawatan di PPUM.

...

  
LAWATAN CHANG GUNG MEMORIAL HOSPITAL TAIWAN
 Dikemaskini Pada: 1/28/2019
 

Pada 24 Januari 2019, Chang Gung Memorial Hospital, Taiwan diketuai oleh Professor Liu Hui Ping telah mengadakan lawatan ke Fakulti Pergigian UM, Jabatan Perubatan Kecemasan PPUM dan Wad CICU PPUM. Professor Madya Dr Azura Binti Mansor, Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal) PPUM turut hadir menyambut kunjungan pelawat. Lawatan di diadakan bertujuan untuk berkongsi pendapat serta mewujudkan kerjasama erat bagi menambahbaik mutu perkhidmatan khususnya di PPUM.

...

  
LAWATAN AWARENESS AND SUPPORT ASSOCIATION (MIASA)
 Dikemaskini Pada: 1/28/2019
 

Terima kasih diucapkan kepada Awareness & Support Association (MIASA) kerana sudi mengadakan lawatan ke Wad Psikiatrik PPUM pada 24 Januari 2019 dengan memberikan cenderahati kepada pesakit-pesakit di wad tersebut. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

...

  
MAJLIS AMANAT PENGARAH 2019 DAN MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR)
 Dikemaskini Pada: 1/18/2019
 

Pada harini ini telah berlangsungnya Amanat Pengarah 2019 Pusat Perubatan Universiti Malaya yang telah disampaikan oleh Yang Mulia Professor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin. Beliau turut memberitahu hala tuju PPUM serta pelan strategik yang dirangka bertujuan untuk membantu PPUM mencapai matlamat dan memastikan perkhidmatan perubatan yang disediakan adalah berkualiti kepada pelanggan.

Turut berlangsung ialah Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dimana ianya merupakan satu isiatif yang telah dibuat oleh pihak SPRM untuk memberi penekanan dan meningkatkan iltizam warga PPUM agar menjauhi penyalahgunaan kuasa khususnya rasuah. Bacaan ikrar diketuai oleh Yang Mulia Professor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya disaksikan oleh Tuan Khairuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Operasi, SPRM Negeri Selangor bersama Timbalan-Timbalan Pengarah PPUM.

Semoga segala inisiatif serta program yang dilakukan memberi suntikan semangat agar kita bersama-sama berusaha dan berdoa supaya PPUM akan sentiasa berada di landasan yang tepat untuk mengekalkan hasrat menjadi peneraju pengajar perubatan di Malaysia.

...

  
AUDIT DALAMAN PPUM 2019
 Dikemaskini Pada: 1/18/2019
 

Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015 Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk tahun 2019 telah dijalankan dengan jayanya pada 15 - 17 Januari 2019. Tujuan Audit Dalaman adalah sebagai salah satu kaedah pemantauan dan kawalan dalaman terhadap proses dan prosedur utama PPUM selaras dengan keperluan standard MS ISO 9001 : 2015. Aktiviti ini juga sebagai salah satu persediaan bagi menghadapi Audit Pematuhan oleh badan pensijilan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman binTunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM telah merasmi dan menutup Audit Dalaman pada kali ini. Semoga Audit Dalaman 2019 ini dapat menilai keberkesanan dan kepatuhan Jabatan dalam mencapai objektif dan seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan di PPUM.

...

  
PERTEMUAN YB TUAN RAJIV A/L RISHYAKARAN, ADUN BUKIT GASING
 Dikemaskini Pada: 1/10/2019
 

Pada 10 Januari 2019, pihak Pengurusan PPUM dan YB Tuan Rajiv a/l Rishyakaran, ADUN Bukit Gasing serta Cik Mayna Patel, wakil dari pejabat YB Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Petaling Jaya telah mengadakan perbincangan untuk mengadakan kolabrasi terutamanya dari aspek perkhidmatan kesihatan. Perbincangan juga adalah mengenai Program Community Health Inteligence iaitu menambahbaik perkhidmatan kesihatan dan bekerjasama di dalam program dan aktiviti-aktiviti kesihatan terutamanya kepada komuniti bandar di Petaling Jaya. Turut hadir adalah En. Thayalan Kavin, Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my