Arkib Berita



Jun   2017


  
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA ASNAF MAIWP TAHUN 2017M/1438H.
 Dikemaskini Pada: 6/21/2017
 

19 Jun 2017 (Isnin)

Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Kepada Asnaf MAIWP Tahun 2017M/1438H.
Putrajaya International Convention Centre

...

  
KEJAYAAN USAHASAMA KONSORTIUM HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI AWAM
 Dikemaskini Pada: 6/16/2017
 

15 Jun 2017

Teks Ucapan YB Dato Seri Idris Bin Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi

Alhamdulillah, syukur dapatlah kita bersama-sama di Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian dan Aku Janji Konsortium Hospital Universiti Awam.

Memorandum Perjanjian atau MoA dan Aku Janji (pledge) yang ditandatangani adalah untuk mencapai hasrat dan objektif penubuhan Konsortium Hospital Pengajar Universiti Awam.

Kerjasama strategik antara 11 universiti awam yang menawarkan bidang perubatan ini dapat kita saksikan dengan cerminan permuafakatan melalui penubuhan secara pentadbiran Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia.

Sebagai langkah permulaan, 5 Hospital Pengajar Universiti iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PPUIAM) dan Hospital Pengajar Universiti Teknologi MARA (HPUiTM) akan merintis jalinan kerjasama dalam melaksanakan prinsip kesepunyaan dan keserakanan.

Sebagai tanda sokongan, kerjasama strategik ini turut juga dilebarkan jaringannya kepada Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang menawarkan program perubatan namun belum mempunyai hospital pengajar dengan menandatangani pledge (aku janji).

Inisiatif penubuhan KHUAM ini merupakan langkah awal yang diharapkan dapat memberi impak dan manfaat yang signikan kepada perkembangan sektor penjagaan kesihatan yang disediakan oleh Hospital Pengajar Universiti.

Memetik kata-kata YAB Perdana Menteri yang mahu melihat potensi besar Hospital Pengajar Universiti dijadikan sebagai entiti trend semasa mahupun arus perdana dalam sektor penjagaan kesihatan pada masa hadapan, Hospital Pengajar merupakan institusi unik dan berupaya untuk "Making Health Service Sustainable".

Saranan YAB Perdana Menteri itu bersesuaian dengan fungsi Hospital Pengajar Universiti. Bukan sahaja dilihat sebagai pusat penyebaran ilmu perubatan, hospital pengajar berfungsi sebagai penyampai perkhidmatan penjagaan kesihatan, pusat melahirkan pakar-pakar dan pencetus kepada usaha-usaha inovasi dalam bidang sains kesihatan dan perubatan.

Penubuhan konsortium akan menjadi platform di peringkat nasional bagi menyelaras secara bersepadu dan bersifat lebih agresif terutamanya dalam usaha menambah baik perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bertaraf global, penjenamaan semula Hospital Pengajar Universiti dan dapat memberi manfaat dalam penerokaan bidang baharu seperti pelancongan kesihatan, pemasaran dan galakan bagi persekitaran hidup sihat, pengurangan kos, perkongsian sumber, penyelarasan data pesakit, peningkatan kepakaran dan atau inkubator pakar perubatan serta peningkatan kolaborasi hasil penyelidikan dan inovasi.

Dengan adanya MoA ini, transformasi dalam bentuk tadbir urus yang inovatif kepada semua hospital pengajar universiti boleh dilihat dengan unjuran :

- Sekurang-kurangnya 15% penjimatan kepada pembelian ubat-ubatan dan peralatan perubatan
- Peningkatan kapasiti penyertaan pakar perubatan dan pakar baharu sebanyak 5-10% melalui program mobiliti
- 5% penjanaan pendapatan melalui aktiviti perlindungan insurans kesihatan atau pelancongan kesihatan.

Sekian, terima kasih.

...

  
MAJLIS DI PPUM - SELAMI KASIH YKN 2017
 Dikemaskini Pada: 6/14/2017
 

Seperti tahun-tahun sudah, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) selagi lagi memilih PPUM sebagai salah satu hospital untuk program Selami Kasih YKN 2017. YKN telah menyampaikan sumbangan cenderahati kepada staf-staf PPUM yang terpilih. Cenderahati tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN, YBhg. Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. PPUM mengucapkan terima kasih kepada YKN dan Tan Sri Shahrizat kerana menghargai sumbangan petugas-petugas dalam bidang kesihatan dalam menjaga kebajikan awam.

...

  
MAJLIS DI PPUM - ORIENTASI PEGAWAI PERUBATAN SARJANA
 Dikemaskini Pada: 6/6/2017
 

05 Jun 2017

Orientasi Pegawai Perubatan Sarjana sesi 2017/2018 dijalankan untuk memberikan pendedahan tentang PPUM secara umum kepada pegawai perubatan sarjana yang akan berada di PPUM sekitar 3 tahun.

...

  
MAKLUM BALAS KEPADA PPUM
 Dikemaskini Pada: 6/6/2017
 

PPUM sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pesakit. Untuk matlamat ini, semua staff diharapkan dapat memberikan komitmen yang terbaik dan ikhlas dalam berkhidmat untuk masyarakat. Pihak pengurusan PPUM mengucapkan tahniah di atas perkhidmatan cemerlang yang ditonjolkan. Terima kasih juga kepada pesakit-pesakit yang menghargai penat lelah petugas kesihatan yang telah banyak berkorban demi memastikan kesihatan dan keselamatan pesakit. Tahniah dan terima kasih.

...

  
LAWATAN DI PPUM - JAWI
 Dikemaskini Pada: 6/6/2017
 

02 Jun 2017

Sempena bulan Ramadhan al-mubarak, pegawai-pegawai daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melakukan ziarah ke wad 4U PPUM, sambil mengedarkan risalah tentang isu-isu yang berkaitan dengan ibadah puasa bagi pesakit. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah JAWI, Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh. Lawatan seperti ini akan dilakukan secara berkala sepanjang bulan Ramadhan ini dan diharapkan dapat memberikan pencerahan kepada pesakit tentang masalah-masalah berkaitan puasa.

...

  
LAWATAN DI PPUM - SURIA.FM
 Dikemaskini Pada: 6/6/2017
 

1 Jun 2017

Bagi menceriakan pesakit kanak-kanak di PPUM, Suria.fm telah mengadakan lawatan ke wad kanak-kanak di PPUM pada 1 Jun 2017 dengan membawa sedikit buah tangan kepada pesakit. Lebih menggembirakan kanak-kanak (dan ibupa), artis-artis dan penyampai radio Suria.fm turut serta dalam lawatan ini. Tidak ketinggalan, CEO Tea Live, Mr Bryan Loo turut hadir bagi mengagihkan duit raya kepada pesakit.

...

  
DONATION FROM AVON MALAYSIA
 Dikemaskini Pada: 6/1/2017
 

30th May 2017

The University of Malaya (UM) and University of Malaya Medical Centre (UMMC) jointly hosted an event to acknowledge the generous donation of RM 100,000 from Avon Malaysia. The donation, which will be used to further promote both the important work undertaken at UMMC’s Breast Cancer Clinic and its support to Avon’s breast cancer awareness campaign will also provide patients, in the lower income bracket, with access to the full range of diagnostic facilities at the Clinic.

The Clinic, which is part of the Breast Cancer Resource Centre (UMMC), was established in 2005 through the partnership of many of the hospital’s cancer related clinical specialities and services where it provides an effective one-stop-shop for its patients, greatly improving the effectiveness and speed of diagnosis.

The event was attended by Professor Datuk Dr. Rohana Yusof (Deputy Vice-Chancellor, Student Affairs and Alumni, UM) who thanked Mr. Romulus Sirbu (President, Avon Malaysia), Ms Katarzyna Ostrowska (Director of communications, Avon Malaysia) and all their staff for their generosity and ongoing support of the issues which surround breast cancer in Malaysia today.

The audience, graced by survivors, members of the University’s Senior Management Team, surgeons and clinicians were reminded how vital it was that early detection, through improved breast cancer awareness, significantly improves survival rates and how this gift and on-going partnership can make a real difference to the women of Malaysia.

If you would like to learn more about the Breast Cancer Clinic or how you can help further support the vital the work undertaken, please contact advancement1@um.edu.my.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my