Arkib Berita



Julai   2019


  
LAWATAN UNISZA
 Dikemaskini Pada: 7/31/2019
 

Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR), UNISZA telah mengadakan lawatan ke Jabatan Teknologi Maklumat PPUM. Dr. Mohd Khalid bin Awang. Pengarah PPIR, UNISZA telah mengetuai lawatan dan En. Zahir bin Ahmad, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, PPUM telah memberi taklimat kepada pelawat. Objektif lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian berkaitan Sistem THIS di PPUM.

...

  
TAHNIAH DI ATAS PENCAPAIAN ANUGERAH EMAS DI KONVENSYEN REGIONAL TEAM EXCELLENCE (RTEX), WILAYAH TENGAH 2019
 Dikemaskini Pada: 7/25/2019
 

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Penambahbaikan Kualiti (QIT) dari Jabatan Pengimejan Bio-Perubatan di atas kejayaan merangkul Anugerah Emas di Konvensyen Regional Team Excellence (RTEx), Wilayah Tengah 2019 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 17 hingga 18 Julai 2019. Pasukan tersebut yang dikenali sebagai CTwarriors telah membentangkan projek kualiti bertajuk “CT Chest Abdomen Pelvis (CAP): Optimising Contrast Media Based on Body Weight and Bolus Tracking Method”. Di antara 112 penyertaan di RTEx, sebanyak 106 kumpulan berjaya merangkul anugerah emas dan 6 kumpulan merangkul anugerah perak pada konvensyen kali ini. Dengan penganugerahan ini, Pasukan CTwarriors akan bertanding di Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan (NTEx) 2019 pada bulan November ini.

Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi kepada pasukan CTwarriors dari Jabatan Pengimejan Bio-Perubatan di atas pencapaian tersebut!

...

  
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN PPUM
 Dikemaskini Pada: 7/19/2019
 

Pada 19 Julai 2019, Majlis Penyerahan Bendera kepada kontinjen PPUM bagi menyertai Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKANUN) 2019 telah berlangsung. Kejohanan SUKANUN adalah acara Sukan Dwi-Tahunan yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara agensi Badan Berkanun melalui sukan dan akan bermula pada 19 sehingga 26 Julai 2019. Tuan rumah sukan pada kali ini adalah di UiTM, Shah Alam. Majlis penyerahan bendera telah disempurnakan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainal Abidin, Pengarah PPUM dan Ketua Kontinjen PPUM adalah En. Mohamad Zahir bin Ahmad.

...

  
MAJLIS PENUTUP MINGGU HALUANSISWA & MAJLIS IKRAR PELAJAR PROGRAM DIPLOMA 2019
 Dikemaskini Pada: 7/17/2019
 

Kolej Sains Kesihatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya mengalu-alukan kehadiran para pelajar Diploma baru seramai 193 orang pelajar bagi ketiga-tiga program iaitu Diploma Kejururawatan seramai 146 pelajar, Diploma Radiografi seramai 25 pelajar dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan seramai 22 pelajar.

Pada 12 Julai 2019, telah berlangsung di Dewan Sekapur Sireh Majlis Penutup Minggu Haluansiswa & Majlis Ikrar Pelajar Program Diploma sesi kemasukan 2019 yang dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Azura Binti Mansor, Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal) Pusat Perubatan Universiti Malaya .

 

...

  
TAHNIAH PPUM
 Dikemaskini Pada: 7/16/2019
 

Pusat Perubatan Universiti Malaya diantara Badan-Badan Berkanun Persekutuan yang memperolehi markah cemerlang bagi sesi pengauditan Tahap Prestasi Kawalan Pengurusan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Audit Negara pada tahun lalu.

Klik disini untuk maklumat lanjut..

...

  
LAWATAN OLEH PEGAWAI-PEGAWAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
 Dikemaskini Pada: 7/9/2019
 

Sistem Total Hospital Information System (THIS) yang dibangunkan secara dalaman oleh PPUM telah mendapat perhatian dan menarik minat Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK), Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sehubungan itu, pada 5 Julai 2019 delegasi dari Bahagian tersebut yang diketuai oleh YBhg. Lt. Jen. Dato'' Pahlawan Dr. Md. Amin bin Muslan, Ketua Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan telah mengadakan lawatan ke PPUM dimana objektif utama lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut serta melihat demonstrasi sistem THIS di PPUM. PPUM amat menghargai kesudian pihak ATM di atas lawatan ini. Semoga objektif sesi lawatan ini tercapai.

...


  
KURSUS TRAIN THE TRAINERS
 Dikemaskini Pada: 7/4/2019
 

Kursus train the trainers telah berlangsung dgn jayanya pada 2 hingga 4 Julai 2019 di PPUM. Kursus ini diadakan sebagai persediaan kepada semua penceramah yang telah dikenalpasti oleh pihak pengurusan untuk menjadi penceramah kepada program baharu yang bakal diperkenalkan di PPUM. Program khusus berbentuk pengurusan yang menjurus kepada pengurusan sesebuah institusi perubatan ini dibangunkan untuk ketua jabatan, pegawai pertengahan dan pengurusan tertinggi. Kursus ini bakal diperkenalkan mulai bulan Sept 2019. Ia juga bakal dibuka kepada umum yang berminat.

...

  
LAWATAN UNIVERSITI SIDOARJO
 Dikemaskini Pada: 7/3/2019
 

Pada 3 Julai 2019, pihak Universiti Sidoarjo, Indonesia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke PPUM. Perkongsian maklumat telah dilakukan oleh Jabatan Perhubungan Korporat, Jabatan Maklumat Pesakit, Jabatan Teknologi Maklumat dan Unit Pengurusan Fasiliti. Turut hadir En Yahaya Bin A.Hamid, Ketua Jabatan Perhubungan Korporat mewakili Pengurusan PPUM dan Dr. Hidayatulloh, Rektor (Canselor) Universiti Muhammadiyah Sidoarjo, Jawa Timur. Semoga lawatan ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Universiti Sidoarjo Visit

...

  
LAWATAN DARI KEMENTERIAN BANGLADESH
 Dikemaskini Pada: 7/3/2019
 

Seramai lebih kurang 10 orang delegasi dari Bahagian Pengajaran Perubatan dan Kebajikan Keluarga, Kementerian Kesihatan Bangladesh telah mengadakan lawatan ke Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, PPUM pada 1 Julai 2019. Objektif lawatan adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan mengenai Analisa dan Pemantauan Demografik Bagi Program Perancang Keluarga di kedua-dua institusi. Lawatan dari Kementerian Kesihatan Bangladesh telah diketuai oleh En. Makshuda Hossain, Timbalan Setiausaha, Bahagian Pengajaran Perubatan dan Kebajikan Keluarga. Taklimat telah disampaikan oleh Prof. Madya Narayanan Vallikkannu Valliyappan, Pakar Perunding, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my