ALAMAT
-
Pusat Perubatan Universiti Malaya,
Lembah Pantai, 59100,
Kuala Lumpur, MALAYSIA
EMEL
- Emel : ummc@ummc.edu.my
TEL
-
No Tel : 03-79494422
Faks : 03-79492030
LAMAN WEB
- LAMAN WEB : www.ummc.edu.my
Julai 2018
Dikemaskini Pada: 7/24/2018
Pada 24 Julai 2018, Program lawatan pelajar-pelajar Applied Psychology, City University ke Jabatan Perubatan Psikologi dan Unit Pengurusan Psikologi & Kaunseling. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan digunakan kelak di masa hadapan....
Dikemaskini Pada: 7/23/2018
Pada 22 Julai 2018, telah diadakan PPUMCareRun 2018 sejauh 3km dan 5km bertempat di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya. Majlis larian ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor Universiti Malaya. Hasil kutipan larian ini akan disalurkan ke Tabung Pesakit PPUM dan telah berjaya mengumpul sejumlah RM40,000.
Tahniah diucapkan pada pihak penganjur dan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan untuk menjayakan majlis larian ini. Semoga majlis sihat sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang....
Dikemaskini Pada: 7/18/2018
Pada 17 Julai 2018, Program lawatan pelajar-pelajar Chandaria School of Business of United States International Univesity Africa dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke Jabatan Perubatan Pemulihan ,Jabatan Perubatan Kecemasan dan Jabatan Terapi Pekerjaan PPUM.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan digunakan kelak di masa hadapan....
Dikemaskini Pada: 7/18/2018
Pada 17 Julai 2018, majlis meraikan bakal Jemaah haji telah diadakan di Bilik Konferen 1, Tingkat 13 Menara Selatan PPUM. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.M Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM.
Majlis turut menjemput Ustaz Mohd Hasnil Bin Abu Bakar sebagai penceramah pada hari tersebut bagi memberi pendedahan berkaitan perkara yang perlu di lakukan dan perkara yang dilarang semasa menunaikan haji.
Kami warga PPUM berdoa dan berharap kepada Allah swt agar saudara saudari bakal jemaah haji akan selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air dengan mendapat haji yang diredhai kembali ke tanah air membawa bersama peribadi mulia dan akhlak yang luhur....
Dikemaskini Pada: 7/17/2018
Pada 16 Julai 2018, ucapan awam pada kali ini dengan bertajuk "Let’s Talk, it makes a difference" menjurus kepada kesihatan dan kesejahteraan wanita. Tujuan ucapan awam pada kali ini ialah memberi pendedahan kepada wanita khususnya kerana wanita bukan sahaja perlu menjaga kesihatan diri sendiri bahkan kesihatan anak-anak dan ahli keluarga. Semoga majlis ini dapat menambah ilmu pengetahuan para wanita khususnya untuk kegunaan di masa akan datang.
...
Dikemaskini Pada: 7/17/2018
Pada 14 Julai 2018, berlangsungnya Majlis Hari Keluarga PPUM dan Sambutan Hari Raya PPUM bertempat di kawasan letak kenderaan Dewan Peperiksaan Universiti Malaya.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu Datuk Seri Ir. Mohamad Othman Zainal Azim, Pengerusi Lembaga Pengurus PPUM, Prof Dato’ Adeeba Kamarulzaman dan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya.
Pelbagai acara dan aktiviti menarik diadakan seperti cabutan bertuah, sukaneka dan pelbagai lagi.Majlis bertambah meriah apabila ramai kakitangan turut hadir bersama ahli keluarga serta mengambil bahagian dalam acara dan aktiviti yang dijalankan.
Semoga dengan adanya majlis seperti ini, ianya mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dalam kalangan keluarga dan kakitangan PPUM.
...
Dikemaskini Pada: 7/17/2018
Pada 12 Julai 2018, Majlis Penutup Minggu Haluan Siswa 2018 dan Majlis Ikrar Pelajar Program Diploma Sesi 2018/2019 telah diadakan di Auditorium Menara Selatan, Tingkat 13, Bangunan Menara Selatan. Dianggarkan seramai 214 pelajar telah mendaftar yang terdiri daripada Program Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Makmal Perubatan.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya, YM Professor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin. Para pelajar telah menjalani minggu haluan siswa selama 5hari dan pelbagai perkongsian serta maklumat telah dikongsikan bersama untuk kegunaan mereka sepanjang 3 tahun pembelajaran di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Tahniah dan selamat datang kepada semua Pelajar Program Diploma Sesi 2018/2019.
...
Dikemaskini Pada: 7/17/2018
Pada 12 Julai 2018, Unit Fizik Perubatan telah menganjurkan Radiation Protection Seminar 2018 edisi ke-9 bertemakan “Challenges In Involving Radiation Application” bertempat di Hotel Eastin, Kuala Lumpur.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya, YM Professor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin. Seminar ini memberi pendedahan serta informasi penggunaan teknologi yang menggunakan punca radiasi sebagai elemen utama dalam perawatan pesakit telah diubahsuai sehingga dapat mengurangkan beban dedahan radiasi terhadap pesakit dan staf.
Tahniah diucapkan pada Unit Fizik Perubatan dan semoga seminar seperti ini dapat diteruskan di masa yang akan datang.
...
Dikemaskini Pada: 7/17/2018
Pada 11 julai 2018, berlangsungnya Majlis Sempena Hari Penderma Darah Peringkat PPUM yang dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya, YM Professor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin.
Berdasarkan statistik Jabatan Perubatan Transfusi, jumlah penderma darah telah meningkat sebanyak 4% pada tahun 2017 jika dibandingkan dengan tahun 2016. Kesedian para penderma darah, menderma secara sukarela dan berterusan juga amatlah dihargai dan ia sangat bernilai harganya kerana mampu menyelamatkan banyak nyawa pesakit.
...
Dikemaskini Pada: 7/12/2018
Pada 9 Julai 2018, pelajar-pelajar dari Politeknik Makassar Program Diploma Kebidanan telah mengadakan lawatan ke PPUM. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari serta berkongsi pengetahuan dari segi perkhidmatan perubatan di wad. Semoga perkongsian ini menambah ilmu pengetahuan pelajar terutamanya dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi untuk kegunaan di masa hadapan.
...
Dikemaskini Pada: 7/12/2018
Pada 9 Julai 2018, Kelab Siti Saleha mengadakan projek kebajikan di Wad Pediatrik. Majlis turut dihadiri oleh pelakon terkenal tanah air iaitu Siti Saleha untuk memeriahkan lagi suasana majlis. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi cenderahati kepada pesakit di Wad Pediatrik dimana sedikit sebanyak membantu menghiburkan dan menceriakan pesakit.
Semoga kehadiran dan usaha-usaha ini akan berterusan di masa akan datang.
...
Dikemaskini Pada: 7/12/2018
Pada 6 Julai 2018, Telah berlangsungnya Perasmian Kempen World Hand Hygiene Day peringkat PPUM 2018 bertemakan “It’s In Your Hands- Prevent Sepsis In Healthcare” yang dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya, YM Professor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin.
Promosi kempen ini diadakan secara meluas bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat betapa pentingnya pencucian tangan untuk memastikan kadar jangkitan kuman berkurang.
Penerima hadiah pertandingan semperna Kempen World Hand Hygiene Day kepada adalah seperti berikut:
a) Pertandingan video dan kebersihan adalah: Dr Lai Wick Champ, Dr Wang Chen Kang, Dr Siti Nabilah Bt Yusof, Dr Issha Nadziha Bt Ismail, Dr Viswan a/l Amarasan, Dr Avisha Cecilia Richards.
b) Wad-wad terbaik dalam pematuhan kepada aspek Hand Hygiene adalah: Wad ICU, Wad NICU, Wad 12U dan Wad 5UB.
c) Pekerja kontraktor pembersihan di wad yang berjaya mematuhi prosedur kebersihan yang ditetapkan adalah: Wad 6TD, Wad UA, Wad ICU, Wad Antenatal dan Wad PSY. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
...
Dikemaskini Pada: 7/12/2018
Pada 5 Julai 2018, berlangsungnya Majlis Perasmian Program Kursus Pusat Krisis Setempat 2018 di Bilik Bestari, Tingkat 1, Bangunan Kecemasan PPUM. Pusat setempat ini diwujudkan bagi membantu proses rawatan mangsa-mangsa krisis merangkumi pelbagai kepakaran terutamanya dari segi rawatan, sokongan emosi, bantuan sosial dan nasihat dalam hal-hal perundangan.
...
Dikemaskini Pada: 7/12/2018
Program lawatan pelajar-pelajar Pasca Ijazah (Masters of Science in Global Medicine) daripada University of Southern California (USC) ke Jabatan Perubatan Pemulihan dan Jabatan Perubatan Kecemasan.
...
Dikemaskini Pada: 7/12/2018
Pengabaian dan penderaan warga emas adalah masalah sosial yang kian serius di Malaysia. Bagi meningkat kesedaran megenai pentingnya perhatian dan penjagaan secara berterusan agar warga emas tidak terabai dan terus menjadi bebanan kepada penjaga, PPUM telah mengadakan Kempen dan Sambutan Minggu Kesedaran Mengenai Pengabaian Warga Emas Peringkat PPUM dari 25 sehingga 29 Jun 2018.
Majlis telah dirasmikan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya. Majlis turut dihadiri oleh Ybhg. Datuk Redzuawan bin Ismail yang lebih dikenali dengan nama Chef Wan iaitu Duta Prevent Elder Abuse and Neglect Initiative (PEACE).
Chef Wan juga telah berkongsi pengalaman di dalam menjaga warga emas yang boleh dijadikan iktibar dan pengajaran. Jalinan hubungan yang baik di antara golongan muda dan warga emas mampu memupuk dan melahirkan generasi yang lebih prihatin. Sesungguhnya penghujung riwayat warga emas tidak harus berakhir di pusat-pusat jagaan orang-orang tua sebaliknya perlu berada sejahtera di samping ahli keluarga, komuniti atau masyarakat....
Arkib Berita