Arkib Berita



November   2016


  
KELAS CELIK QURAN DAN TAJWID STAF
 Dikemaskini Pada: 11/29/2016
 Menjadi rutin setiap hari bagi staf yang berkelapangan untuk mengisi masa selepas waktu bekerja untuk mempelajari hukum tajwid kelolaan Seksyen Hal Ehwal Islam PPUM. Kelas Quran ini disediakan dari peringkat asas membaca sehinggalah memahami hukum tajwid.

Moga bermanfaat!...

  
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN WORLD ANTIBIOTIC AWARENESS WEEK 2016
 Dikemaskini Pada: 11/23/2016
 17 November 2016

Hari ini berlangsungnya Majlis Perasmian sambutan World Antibiotic Awareness Week Peringkat PPUM 2016 di Konkos, Menara Utama, PPUM. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang juga merupakan Penasihat Program bagi majlis sambutan ini.

Perasmian telah disempurnakan oleh YDH Puan Harbans Kaur Harcharan Singh, Timbalan Pengarah (Ikhtisas) PPUM.

Turut berlangsung, penyampaian hadiah bagi Pertandingan Mencipta Video Kempen Kesedaran Antibiotik, Pertandingan QIT, dan ceramah umum untuk meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan antibiotik dalam kalangan pengamal perubatan dan pengguna.

Sambutan berlangsung selama dua hari bermula 17 hingga 18 November 2016....

  
MENS HEALTH AWARENESS CAMPAIGN @UMMC
 Dikemaskini Pada: 11/16/2016
 Men''s Health Awareness Campaign @UMMC...

  
BENGKEL PPK MUSLIH PPUM DI TABUNG HAJI
 Dikemaskini Pada: 11/16/2016
 

15 & 16 November 2016

Program peningkatan sahsiah dan pemantapan aqidah khusus bagi kumpulan Pembantu Perawatan Kesihatan PPUM diadakan di Wisma Tabung Haji, Kuala Lumpur. Program ini dilaksanakan bersama oleh Seksyen Hal Ehwal Islam, Jabatan Perhubungan Awam PPUM, Jabatan Kejururawatan dan PEMANGKIN PPUM.

...

  
PROJEK KHAS ANAK-ANAK STAF PPUM
 Dikemaskini Pada: 11/16/2016
 

11 November 2016

Sekolah Dalam Hospital (SDH) PPUM sekali lagi menggalas tanggungjawab melaksanakan projek khas pendidikan anak-anak staf PPUM. Kali ini, SDH PPUM dalam inisiatif mengukuhkan aspek kerohanian para pelajar menjalankan program Anak Hebat Dunia Akhirat (AHDAR) dengan kerjasama Seksyen Hal Ehwal Islam, Jabatan Perhubungan Awam, PPUM.

Semoga usaha ini akan berterusan dalam membentuk generasi yang berjaya di dunia dan di akhirat.

...

  
HARI DIABETES SEDUNIA 2016
 Dikemaskini Pada: 11/16/2016
 

15 November 2016

Unit Penjagaan Diabetes hari ini menganjurkan sambutan Hari Diabetes Sedunia 2016 peringkat PPUM dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai penyakit yang semakin menular dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Majlis perasmian sambutan Hari Diabetes Sedunia ini turut menyaksikan pelancaran buku kempen kesedaran diabetes bertajuk "Lina Ada Diabetes" hasil nukilan Dr. Azriyanti Anuar Zaini, Pensyarah Kanan Endokrinologi Pediatrik PPUM.

...

  
SESI KULIAH BERKITAB
 Dikemaskini Pada: 11/16/2016
 

Sesi kuliah berkitab oleh Pegawai Hal Ehwal Islam menjadi rutin mingguan setiap pagi Jumaat bersama para Pegawai Kejururawatan.

...

  
PERPINDAHAN LOKASI KLINIK
 Dikemaskini Pada: 11/16/2016
 

Untuk makluman para pelanggan yang dihormati, bermula 7 November 2016, Klinik Surgeri akan beroperasi sepenuhnya di Wad Peperiksaan Lama, Aras 1, Menara Utama.

...

  
CIC - UMMC BECAME THE FIRST PAREXEL ALLIANCE PARTNER IN MALAYSIA
 Dikemaskini Pada: 11/16/2016
 Clinical Investigation Centre (CIC) - Pusat Perubatan Universiti Malaya telah dipilih menjadi rakan sekutu pertama bagi PAREXEL di Malaysia bermula September 2016. Tahniah kerana terpilih di atas keupayaan berkerjasama dengan pelbagai pihak menjalankan aktiviti ujikaji klinikal dengan rekod kepakaran saintifik dan rekod perubatan yang baik dalam kemasukan pesakit, serta keazaman untuk terus maju.

...

  
TAHNIAH
 Dikemaskini Pada: 11/10/2016
 Tahniah diucapkan kepada Profesor Dr. Adeeba Kamarulzaman (Dekan Fakulti Perubatan) serta Profesor Dr. Prepageran Narayanan (Pakar Perunding Kanan, Jabatan Otorinolaringologi) di atas pengurniaan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Dato'' sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Mughfur-Lah kali ke 59 pada 5 November 2016 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar....

  
LAWATAN PPUKM KE JABATAN PERUBATAN KECEMASAN PPUM
 Dikemaskini Pada: 11/8/2016
 31 Oktober 2016

YDH Dr. Mohmmad Salleh, Prof. Dr. Rashidi, Puan Mariam dan para Pegawai Kejururawatan memberi penerangan kepada pihak PPUKM mengenai Perkhidmatan Perubatan Kecemasan di PPUM....

  
LAWATAN DELEGASI UMS KE PPUM
 Dikemaskini Pada: 11/8/2016
 
7 November 2016

UMMC Director, Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman, together with the Heads of Departments spent a great time in an experience and information sharing session with the delegates of UMS....

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my