Arkib Berita



Ogos   2019


  
UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PENCAPAIAN PARA PENYELIDIK DI PPUM
 Dikemaskini Pada: 8/29/2019
 

Pencapaian yang membanggakan ini diharapkan akan terus memacu nama CIC dan PPUM sebagai pusat penyelidikan klinikal yang terunggul dan menjadikan PPUM sebagai pusat pilihan utama untuk menjalankan kajian klinikal di Malaysia, Asia Pasifik dan juga di peringkat global.

Pencapaian pada tahun 2019 (Januari hingga Julai) adalah seperti di dalam lampiran berikut:

Pihak Pengurusan PPUM berharap agar pencapaian ini dapat menyuntik semangat dan memberi inspirasi kepada semua penyelidik untuk terus mengambil bahagian dalam kajian percubaan klinikal dan seterusnya mengharumkan nama PPUM dan Universiti Malaya di peringkat antarabangsa.

Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi di atas pencapaian yang membanggakan ini.

...

  
MAJLIS PENYERAHAN SOFA BEDS DARI TOGETHER AGAINST CANCER ASSOCIATION MALAYSIA
 Dikemaskini Pada: 8/28/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Sofa Beds dari Together Against Cancer Association Malaysia (TAC) yang telah menyumbang sebanyak 79 buah sofa beds bernilai hampir RM50,000. Turut hadir Y.M Professor Dr Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM dan En. Wong Kuan Sing, Pengerusi TAC. Sumbangan ini amat besar nilainya dalam usaha PPUM memberikan perkhidmatan yang komprehensif di samping menambahkan lagi keselesaan pesakit semasa menerima rawatan di PPUM.

...

  
LAWATAN DARI ST JOSEPHS HOME SINGAPORE
 Dikemaskini Pada: 8/28/2019
 

Pada 28.8.2019, PPUM telah menerima pelawat dari St Josephs Home Singapore. Lawatan dari St Josephs Home Singapore telah diketuai oleh May Wong, Ketua, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Sekutu dan turut diringi oleh lima orang juruterapi dan pelatih mereka. Objektif lawatan adalah lawatan sambil belajar serta perkongsian maklumat berkaitan rawatan hidroterapi di PPUM. Pelawat turut melawat Kolam Hidroterapi, Bahagian Fisioterapi, Jabatan Perubatan Pemulihan. Diharap lawatan seperti ini dapat memberi manafaat yang besar kepada kedua-dua pihak.

...

  
AUDIT DALAMAN PPUM BIL. 2/2019
 Dikemaskini Pada: 8/23/2019
 

Audit Dalaman PPUM Bil. 2/2019 telah diadakan selama 3 hari mulai 21 Ogos 2019 sehingga 23 Ogos 2019. Sepanjang 3 hari sesi audit, pasukan Auditor Dalaman PPUM yang dilantik iaitu seramai 44 auditor telah mengaudit 50 lokasi Jabatan/Unit di PPUM bagi memastikan kepatuhan kepada Standard SIRIM MS-ISO 9001:2015.

Di akhir Program Audit, pasukan auditor telah menyiapkan laporan dan penemuan audit. Pn. Ravi Chanthriga a/p Eturajulu, selaku Ketua Auditor juga telah membuat pembentangan dan melaporkan mengenai penemuan-penemuan para auditor berkenaan pada majlis Penutup Sesi Audit. Segala cadangan, teguran dan penemuan hendaklah diambil positif oleh pihak Jabatan/Unit dan mereka perlu membuat penambahbaikan sebaik mungkin. Hasil audit pada siri 2/2019 sebanyak 154 Nota Penambahbaikan dan 32 Ketidakpatuhan telah dilaporkan.

...

  
LAWATAN PENGURUSAN TERTINGGI HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)
 Dikemaskini Pada: 8/20/2019
 

Pada hari ini PPUM telah menerima kunjungan dari Pengurusan Tertinggi Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk PPUM berkongsi maklumat berkenaan sistem rujukan di Jabatan Perubatan khususnya yang digunapakai oleh PPUM. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Dr Heric Corray, Pengarah Hospital Kuala Lumpur. Turut hadir bersama menyambut kehadiran pelawat adalah Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM bersama Ahli Pengurusan Tertinggi PPUM. Semoga kerjasama serta perkongsian seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

...

  
FITNESS MARATHON 2019
 Dikemaskini Pada: 8/17/2019
 

Pada pagi ini telah berlangsungnya "Fitness Marathon" sempena Healthy Lifestyle Awareness Week 2019 di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Bertemakan ''Survivor, Let'' s Keep Fit & Healthy for Life'' dan ini adalah bertepatan dengan sasaran utama peserta yang terdiri daripada bekas-bekas pesakit kanser. Program ini adalah di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Nahar Azmi Mohamed, Ketua Jabatan Perubatan Sukan dan turut terlibat bersama dalam program ini adalah Jabatan Onkologi Klinikal dan Jabatan Dietatik. Turut hadir Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin, Pegarah PPUM. Semoga progam seperti ini akan dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

...

  
MAJLIS PERASMIAN KEMPEN HAND HYGIENE TAHUN 2019
 Dikemaskini Pada: 8/14/2019
 

“Clean Care For All, It’s In Your Hand” merupakan tema bagi Kempen Hand Hygiene peringkat PPUM tahun 2019. Majlis perasmian telah diadakan pada 8 Ogos 2019 bertempat di Bilik Konferens 3, Tingkat 13 Menara Selatan dan telah dirasmikan oleh Y.M Prof. Dr. Tunku Kamarul Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Tujuan kempen giat dijalankan adalah sebagai satu usaha untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan mencuci tangan dikalangan staf PPUM.

...

  
MAJLIS PERASMIAN MINGGU SUSUAN IBU SEDUNIA 2019 PERINGKAT PPUM
 Dikemaskini Pada: 8/14/2019
 

Pada 9 Ogos 2019, Majlis Perasmian Minggu susuan Ibu sedunia 2019 peringkat PPUM telah diadakan di Dewan Sekapur Sirih PPUM. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal) Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Azura Binti Mansor. Warga PPUM patut berasa bangga kerana kita adalah sebahagian dari dunia yang melindungi, mempromosi dan menyokong susu ibu. Semoga perkongsian ini menambah ilmu pengetahuan dan memberi manfaat di masa akan datang.

...

  
SUMBANGAN AL-QURAN
 Dikemaskini Pada: 8/14/2019
 

PETRONITA telah menyampaikan sumbangan 200 naskhah Al-Quran cetakan khas untuk kegunaan jemaah di Surau Ad-Deeniah dan surau-surau kecil PPUM pada 8 Ogos 2019. Sumbangan telah disampaikan oleh Pn. Norizan Ghazali, Ketua Jawatankuasa Kebajikan PETRONITA-Wakil Isteri dan Pn. Jazlinawati Osman, Ketua Jawatanluasa Kebajikan PETRONITA-Wakil Kakitangan. Bagi pihak Pengurusan PPUM, sumbangan telah diterima oleh Pn. Che Zuraini Sulaiman, Timbalan Pengarah (Ikhtisas), PPUM. Terima kasih PETRONITA di atas sumbangan dan amal jariah ini.

...

  
KUNJUNGAN PRIHATIN HARI RAYA AIDIL ADHA
 Dikemaskini Pada: 8/12/2019
 

Pada 12 Ogos 2019, sempena Hari Raya Aidil Adha, pihak Pengurusan PPUM telah mengadakan kunjungan prihatin sambil meraikan staf yang tidak dapat bercuti serta bertugas dan tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka. Pihak Pengurusan PPUM juga telah mengedarkan makanan untuk dinikmati oleh mereka.

...

  
MAJLIS PENYAMPAIAN CEK OLEH ALUMNI MBBS UNIVERSITI MALAYA TAHUN 81/86
 Dikemaskini Pada: 8/9/2019
 

Majlis Penyampaian Cek oleh Alumni MBBS Universiti Malaya Tahun 81/86 telah diadakan pada 5 Ogos 2019 di Tingkat 13, Menara Selatan. Sumbangan sebanyak RM 100,000.00 ini adalah untuk penubuhan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak di PPUM dimana PPUM akan menjadi pusat rujukan utama bagi pesakit kanak-kanak Autisma dan masalah kelewatan di dalam perkembangan mereka. Mock cek telah disampaikan oleh Dr. G.R Letchuman wakil Alumni MBBS, Universiti Malaya 81/86 kepada Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainal Abidin. Semoga usaha murni seperti ini akan berterusan dimasa-masa akan datang.

...

  
NOTIS RALAT IKLAN TENDER
 Dikemaskini Pada: 8/14/2019
 

NOTIS RALAT

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pindaan pada syarat utama bagi Rujukan Tawaran : T/1703/8/2019/2021(9) yang telah diiklankan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 8 Ogos 2019 iaitu:-

Kod Bidang : 220301

Sekian, harap maklum.

 

JABATAN PEROLEHAN
PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

...

  
UMMC LIVING LIBRARY 2019
 Dikemaskini Pada: 8/6/2019
 

Pada hari Sabtu 27 Julai 2019 yang lalu, Jabatan Farmasi telah menganjurkan program UMMC Living Library 2019 di bilik Konferen 3, Tingkat 13, Menara Selatan. Program ini bermatlamat untuk meningkatkan pemahaman dan nilai empati di kalangan staf PPUM, terutamanya staf dari Jabatan sokongan klinikal dan Jabatan bukan klinikal. Kebanyakan ‘buku-buku’ di Living Library ini terdiri dari para pesakit dan penjaga pesakit, dan ‘pembaca’ adalah staf PPUM. Antara tajuk-tajuk buku yang ada pada tahun ini ialah: 28 hari di NICU, My son and his brain tumor, DMD terbang tanpa sayap dan Who am I? I’m Ironman - journey of orthopedic patient.

...

  
MAJLIS PENYAMPAIAN CEK OLEH MYSTEMI FOUNDATION KEPADA TABUNG PPUMCARE
 Dikemaskini Pada: 8/5/2019
 

Majlis Penyampaian Cek oleh MyStemi Foundation kepada Tabung PPUMCare telah diadakan pada 1 Ogos 2019. Sumbangan ini adalah sebanyak RM 60,000.00 bagi membantu perawatan pesakit jantung di PPUM. YBhg Datuk Dr. Rosli bin Mohd Ali, Pengerusi MyStemi Foundation telah menyampaikan sumbangan kepada YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainal Abidin, Pengarah PPUM. Diharap sumbangan ini dapat membantu menyediakan perkhidmatan rawatan serangan jantung yang mampu milik untuk semua golongan.

# Terima kasih My Stemi Foundation
# Semoga sumbangan berterusan

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my