Arkib Berita



November   2018


  
MAJLIS MERAIKAN PESARA, HAJI/HAJAH, PELAJAR CEMERLANG DAN BERKHATAN
 Dikemaskini Pada: 11/30/2018
 

Majlis Meraikan ahli-ahli Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam yang telah bersara, Haji dan Hajjah, Pelajar Cemerlang dan anak-anak yang akan dikhatankan anjuran Persatuan Kebajikan Pekerja-pekerja Islam PPUM Tahun 2018 telah diadakan pada 30 November 2018. Pada masa sama, program berkhatan ini tujuannya ingin menggalakkan lapisan muda bersama-sama meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan berkhatan yang menjadi amalan Islam.

“Apabila dibuat majlis seumpama ini, ia membuka mata anak muda mengenai pentingnya meneruskan amalan baik yang dicetuskan generasi terdahulu. Majlis berkhatan bukan sekadar memenuhi tuntutan agama tetapi mengembangkan syiar Islam melalui hubungan silaturahim,”.

Sebelum majlis berkhatan bermula, kanak-kanak terlibat diraikan dengan perarakan diiringi paluan kompang sebelum mereka disiram pasukan bomba dan terus dikhatankan.

...

  
RAKAMAN TAZKIRAH MALAM JUMAAT
 Dikemaskini Pada: 11/29/2018
 

Pada 29 November 2018, pihak Pemangkin PPUM dengan kerjasama Astro Oasis telah berjaya melakar satu kejayaan yang indah pada tahun ini. Dua sesi rakaman program Tazkirah Malam Jumaat telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Hampir 250 staf dan juga pelajar Kolej Sains Kesihatan PPUM yang terlibat pada sesi pagi dan petang mengambil peluang pada kali ini. Banyak info-info yang menarik dan bermanfaat dapat diaplikasikan dalam kehidupan dan kerjaya seharian. Semoga program ilmiah sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Tahniah untuk semua.

...

  
LAWATAN MALAYSIAN COMMUNITY EDUCATION FOUNDATION (MCEF)
 Dikemaskini Pada: 11/28/2018
 

Terima kasih diucapkan pada Malaysian Community Education Foundation (MCEF) kerana sudi mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik PPUM pada 28 November 2018 dengan memberikan cenderahati kepada pesakit di Wad 8PA, 8PB dan 7PA. Jelas kelihatan lawatan ini sedikit sebanyak memberi senyuman kepada para pesakit di samping menghiburkan hati mereka dengan kehadiran dan cenderamata yang diberikan. Semoga lawatan seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

...

  
SUMBANGAN BUKU DARI MADELEINE CHILDRENS FUND (MCF)
 Dikemaskini Pada: 11/28/2018
 

Terima kasih diucapkan pada Madeleine Childrens Fund (MCF) yang telah menyumbangkan 1000 naskah buku catatan pada 28 November 2018 yang akan digunapakai oleh pesakit Wad Pediatrik Onkologi PPUM. Buku ini sememangnya memudahkan para Pesakit Pediatrik Onkologi yang menjalankan rawatan Kemoterapi untuk mencatat maklumat yang diperlukan seharian dengan lebih teratur dan efektif. Semoga usaha murni ini akan berterusan untuk membantu meringankan beban para pesakit khususnya di PPUM.

...

  
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT PPUM 2018
 Dikemaskini Pada: 11/28/2018
 

Nabi Muhammad s.a.w telah diputerakan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal, 570 Masihi di Kota Mekah. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu nikmat dan rahmat kepada seluruh alam dan Baginda diutuskan oleh Allah bagi menyebarkan syariat Islam serta membimbing dan memimpin umat manusia.

Sehubungan itu, Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di PPUM mulai 28 sehingga 30 Nov. 2018 dengan kerjasama Pemangkin PPUM. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Nazirah bt Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) dan tema pada tahun ini adalah ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’. Pelbagai aktiviti telah diatur untuk memeriahkan lagi program ini. Di antara aktiviti adalah pameran, forum, ceramah perdana, rakaman program Tazkirah Malam Jumaat oleh Astro dan booth oleh Bank Islam, Pusat Pungutan Zakat, Mahkamah Syariah dan Tabung Haji.

...

  
LAWATAN OLEH KELAB BORNEO SAITO, KOLEJ UNIVERSITI SAITO
 Dikemaskini Pada: 11/26/2018
 

Kelab Borneo Saito, Kolej Universiti Saito yang terletak di Petaling Jaya telah mengadakan program yang dikenali sebagai Kawan-Kawan Zara di Wad Pediatrik, PPUM pada 23 November 2018. Tujuan program diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa melaksanakan projek tanggungjawab sosial atau khidmat masyarakat di samping memberi kegembiraan dan keceriaan kepada pesakit-pesakit di Wad Pediatrik, PPUM. Kelab ini juga telah sudi menyampaikan cenderahati kepada pesakit kanak-kanak di wad tersebut. Terima kasih Kelab Borneo Saito Universiti Saito di atas keprihatinan terhadap pesakit-pesakit di PPUM.

...

  
MAJLIS HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN PERINGKAT PPUM 2018
 Dikemaskini Pada: 11/23/2018
 

Bagi mengeratkan silaturahim dan jalinan kerjasama sesama staf PPK, Persatuan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Peringkat PPUM telah mengadakan Hari PPK bagi meraikan ahli Persatuan pada 22 November 2018 di Bilik Konferen 3, Tingkat 13, Menara Selatan.

Majlis telah dirasmikan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainal Abidin, Pengarah PPUM. Turut hadir adalah En. Ikhwan Fahmi, Pengerusi Persatuan PPK dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Diharap PPK di PPUM dapat membantu dan meningkatkan usaha untuk bersama-sama seiring dengan PPUM untuk mencapai visi dan misi PPUM.

...

  
MINGGU KEMPEN KESEDARAN ANTIBIOTIK SEDUNIA PERINGKAT PPUM 2018
 Dikemaskini Pada: 11/22/2018
 

Isu kerintangan antibiotik merupakan salah satu ancaman utama dunia dari segi kesihatan dan keselamatan makanan. Penggunaan antibiotik tidak wajar mempercepatkan kejadian kerintangan antibiotik. Justeru itu, PPUM telah mengadakan Minggu Kempen Kesedaran Antibiotik Sedunia Peringkat PPUM pada 21 November 2018 untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai kerintangan antibiotik.

Majlis telah dirasmikan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah ‘Antibiotic Handle With Care’ dan pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pameran, program 5x5 Antimicrobial Audit di wad-wad yang terpilih dan kuiz antibiotik.

...

  
LAWATAN OLEH JABATAN KESELAMATAN JALANRAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JKJR WPKL)
 Dikemaskini Pada: 11/22/2018
 

Pada 21 November 2018, Jabatan Keselamatan Jalanraya, Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan ke wad 8U, PPUM. Lawatan ini adalah sempena Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sambutan bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya menjadi lebih peka, berhemah dan berhati-hati ketika menggunakan jalanraya serta memupuk budaya mematuhi undang-undang jalanraya.

Seramai lebih kurang 15 orang staf JKJR WPKL yang diketuai oleh Encik Azharul Izwan bin Puaadi, Pengarah JKJR WPKL telah melawat, beramah mesra serta menyampaikan cenderahati kepada pesakit-pesakit di wad tersebut.

...

  
HARI JANTUNG SEDUNIA PERINGKAT PPUM 2018
 Dikemaskini Pada: 11/21/2018
 

Majlis Perasmian Hari Jantung Sedunia Peringkat PPUM 2018, NaikTaraf Dewan Bedah (OT) dan Unit Rawatan Rapi (ICU) serta Penyampaian Cek oleh Sime Darby telah diadakan di PPUM pada 19 November 2018 di Auditorium, Menara Selatan, PPUM

Hari Jantung Sedunia yang diraikan pada 29 September setiap tahun adalah untuk memupuk kesedaran masyarakat di dalam memelihara jantung kita kerana ia merupakan salah satu organ yang amat penting yang terdapat di dalam tubuh kita, tanpanya sudah pasti kita semua tidak bernyawa.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato'' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir adalah YBhg. Datin Paduka Zaitoon bt Dato'' Othman, Ahli Majlis Tertinggi Sime Darby, YB Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan YB Tuan Haji Syamsul Firdaus bin Mohamed Supri.

Semoga dengan menaiktaraf Dewan Bedah dan Wad Rawatan Rapi (ICU) dengan kelengkapan peralatan perubatan yang moden, canggih dan terkini dapat memberi perawatan kesihatan yang terbaik kepada pesakit-pesakit di PPUM.

Terima kasih juga kepada Yayasan Sime Darby di atas sumbangan sebanyak RM 1.5 juta untuk membantu pesakit-pesakit PPUM yang kurang berkemampuan untuk menjalani rawatan penyakit jantung.

...

  
LARIAN THE MALAYSIA SUPER PREEMIES
 Dikemaskini Pada: 11/19/2018
 

Setiap anak itu adalah anugerah Tuhan, tidak kisah samada si kecil itu melalui kelahiran normal atau kelahiran pramatang iaitu kelahiran bayi sebelum 37 minggu kehamilan. Bagi meraikan bayi-bayi yang lahir pramatang, Unit NICU (Neonat Intensive Care Unit) PPUM telah mengadakan Larian ''The Malaysia Super Preemies'' pada 18 Nov. 2018 di UM Arena, Universiti Malaya.

Larian ini diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Pramatang Sedunia yang disambut pada 17 November setiap tahun. Majlis telah dirasmikan oleh Kebawah Yang Teramat Mulia Raja Dato'' Seri Eleena bt Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Penaung Persatuan Perinatal Malaysia. Bagi para ibubapa yang mempunyai anak pramatang, usahlah risau kerana anak-anak ini juga mampu membesar seperti bayi yang dilahirkan secara normal.

...

  
SAMBUTAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN YANG PERTAMA PUSAT PENJAGAAN KANAK-KANAK PPUM
 Dikemaskini Pada: 11/15/2018
 

Sambutan sempena ulang tahun penubuhan yang pertama Pusat Penjagaan Kanak-Kanak PPUM yang diuruskan oleh Jabatan Kejururawatan dengan kerjasama Kelab Kejururawatan telah diadakan pada 15 November 2018 di Gelanggang Sukan, Tingkat 14, Bangunan Menara Selatan PPUM.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Sukaneka, persembahan kanak-kanak, zumba dan acara memotong kek. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Nazirah bt Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan).

Penubuhan pusat penjagaan ini, telah memberi kemudahan penjagaan anak terutamanya kepada staf yang bertugas secara syif. Pengurusan PPUM juga bercadang untuk menambah pusat penjagaan kanak-kanak seumpama ini.

...

  
SAMBUTAN MINGGU DIABETES SEDUNIA PERINGKAT PPUM
 Dikemaskini Pada: 11/14/2018
 

Sambutan Minggu Diabetes Sedunia Peringkat PPUM 2018 telah diadakan mulai 12 hingga 16 November 2018. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Bengkel Pemakanan Sihat, Saringan Kesihatan dan Ceramah Kesihatan, Zumba dan Senamrobik serta pameran poster dan booth produk kesihatan yang berkaitan dengan penyakit diabetes.

Perasmian Majlis Hari Diabetes Sedunia peringkat PPUM telah diadakan pada 14 November 2018 dengan tema pada tahun ini Diabetes dan Keluarga. Majlis telah dirasmikan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah, PPUM. Semasa ucapan perasmian, beliau menyeru agar staf PPUM dan golongan muda menjalani saringan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat memandangkan penyakit diabetes tidak mengenal usia. Tahniah terutamanya kepada Unit Penjagaan Diabetes serta lain-lain Jabatan-Jabatan yang terlibat di atas penganjuran majlis ini.

...

  
MAJLIS PENUTUP PERSIDANGAN KEBANGSAAN PERTAMA PUSAT PERUBATAN
 Dikemaskini Pada: 11/7/2018
 

Majlis Penutup Persidangan Kebangsaan Kali Pertama Pusat Perubatan Akademik bertemakan Penambahbaikan Kualiti dan Keselamatan Pesakit 2018 anjuran PPUM dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM telah diadakan pada 2 November 2018. Semasa majlis penutup, penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Penambahbaikan Kualiti dan Inovasi turut diadakan. Persidangan ini telah menyaksikan sebanyak 28 projek penambahbaikan di bawah kategori poster dan 8 projek di bawah kategori oral telah dibentangkan.

Johan Kategori Poster telah dimenangi oleh Hospital Selayang dengan tajuk ‘Reducing Platelet Wastage in Hospital Selayang’ manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh PPUM. Johan Kategori Oral pula telah dimenangi oleh PPUM dengan tajuk ‘CT Chest Abdomen Pelvis: Optimising Contrast Media Based On Body Weight Using Bolus Tracking Method’. Tempat kedua dimenangi oleh Hospital Putrajaya manakala tempat ketiga dimenangi oleh Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Tahniah kepada para pemenang dan kepada yang tidak berjaya, berusaha lagi di masa akan datang.

YBhg. Prof. Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan), PPUM telah sudi hadir dan menutup persidangan yang telah berlangsung selama 3 hari ini. Diharap persidangan ini menjadi sesi perkongsian ilmu untuk meneruskan kecemerlangan dan meningkatkan produktiviti di dalam penjagaan kesihatan di Malaysia khasnya dan global amnya.

...

  
PERSIDANGAN KEBANGSAAN KALI PERTAMA PUSAT PERUBATAN AKADEMIK
 Dikemaskini Pada: 11/7/2018
 

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan buat julung kali Persidangan Kebangsaan Kali Pertama Pusat Perubatan Akademik bertemakan Penambahbaikan Kualiti dan Keselamatan Pesakit 2018 pada 31 Oktober hingga 2 November 2018. Persidangan ini adalah salah satu program di bawah Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM). Tema persidangan adalah ''Mendokong Konsep Revolusi Industri 4.0'' dan ia diadakan untuk berkongsi dan meneroka peluang-peluang inovasi dan penambahbaikan di dalam sistem penyampaian penjagaan kesihatan di Malaysia.

Persidangan telah dirasmikan oleh YBhg. Dato'' Dr. Mohd Gazali bin Abas, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1 November 2018. Turut hadir YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Semoga persidangan ini menjadi pentas penghubung untuk pelbagai informasi dari segi teknologi, inovasi, penyelidikan serta pembentangan ilmiah yang boleh dimanafaatkan sepenuhnya oleh institusi kesihatan awam dan swasta.

...

  
LAWATAN OCBC AL-AMIN BANK BERHAD KE PPUM
 Dikemaskini Pada: 11/5/2018
 

Pada 31 Okt. 2018, OCBC Al-Amin Bank Berhad (OABB) telah mengadakan lawatan sosial ke wad Pediatrik, PPUM. Lawatan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial serta khidmat masyarakat staf OABB terhadap komuniti terutamanya golongan kanak-kanak. Pihak OABB telah mengadakan lawatan dan menyampaikan cenderahati kepada pesakit kanak-kanak, sumbangan 5 Unit Set Silicone Resuscitation dan mengadakan persembahan badut dan silap mata untuk menghiburkan kanak-kanak di Wad Pediatrik.

Seramai 20 orang staf dari OCBB telah hadir dan lawatan diketuai oleh En. Syed Abdull Aziz Jailani bin Syed Kechik, CEO, OCBC Al-Amin Bank Berhad manakala wakil dari PPUM adalah Dr. Profesor Madya Gan Chin Seng, Pakar Perunding Pediatrik. Terima kasih OABB, semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my