Arkib Berita



September   2017


  
LAWATAN KWSP
 Dikemaskini Pada: 9/14/2017
 

PPUM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang telah hadir menceriakan pesakit di Kompleks Wanita dan Kanak-kanak, dan, turut menyumbangkan :

- 3 unit kerusi rehat untuk kegunaan penjaga
- 3 unit Peripherally Inserted Central Catheter (PICC) untuk kegunaan pesakit kanser
- 1 unit BiliBlanket untuk kegunaan bayi jaundice
- Buku-buku Rujukan dan latihan untuk Sekolah Dalam Hospital

Semoga dengan sumbangan ini dapat menceriakan dan membantu pesakit-pesakit kanak-kanak di PPUM.

...

  
LAWATAN DELEGASI TAIWAN
 Dikemaskini Pada: 9/14/2017
 

PPUM telah menerima kunjungan delegasi daripada Kementerian Sains dan Teknologi Taiwan dan National Cheng Kung University, Taiwan. Semoga kunjungan ini membuahkan satu kerjasama yang baik pada masa akan datang.

...

  
SPINAL CORD INJURY COURSE 2017
 Dikemaskini Pada: 9/12/2017
 

Tahukah anda, terdapat lebih kurang 250,000 hingga 500,000 orang dilaporkan mengalami kecederaan saraf tunjang (spinal cord injury - SCI) setiap tahun. Walaupun individu dengan SCI akan mengalami gangguan fungsi fizikal, namun dengan rawatan pemulihan yang baik, pesakit dengan SCI mampu untuk menjalankan kehidupan dengan baik.

Atas sebab itu, Jabatan Perubatan Pemulihan mengadakan Spinal Cord Injury Corse 2017 untuk professional kesihatan bagi mengingkatkan lagi pengetahuan tentang Rawatan Pemulihan SCI dengan membawa pakar-pakar daripada seluruh dunia dan Malaysia, agar rawatan pemulihan yang menyeluruh dapat diberikan kepada pesakit.

...

  
SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA 1438H DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA
 Dikemaskini Pada: 9/8/2017
 Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1438H di Pusat Perubatan Universiti Malaya...

  
UMMC OFFICIAL STATEMENT
 Dikemaskini Pada: 9/8/2017
 

UMMC Official Statement

We refer to the article published by Mr. VS Lingam on the 31st of August 2017. UMMC formal response to this is as follows:

UMMC would like to thank the writer for highlighting the issue faced by the complainant when attending his follow up at the orthopaedic clinic on the 4th of August 2017.

We have taken note of the content of this article and, we are conducting formal investigations into the matters raised by the complainant. We wish to assure that the issues raised are being looked into, and that necessary steps will be taken to address any problems once they becomes apparent following our investigations.

However, we would like to mention here, based on what is written in this article, that UMMC does not advocate "first come first serve" protocols and that we advice patients to attend our clinics only at the allocated appointment time. Therefore having to come at 7.30 am to the clinic to get a queue number was unnecessary. Further, we do advice patients that in general, waiting time may take up to 3 hours depending on clinic loads and the complexities of the problems treated by the doctors. Patients in general may have overlooked these information or, it may be partly due to the lack of emphasis on our part during patient''s visit. We will thus endeavor to educate the public further by placing more notices and implementing other pro-active measures.
UMMC takes pride in our service to the rakyat and will take every step necessary to ensure that the needs of the rakyat be delivered within our means and within the prescribed resources provided to us. We assure the public that reports such as that mentioned in this article are nothing more than an isolated case. All issues will be considered and mitigated appropriately.

We thank the rakyat for your patience and support towards UMMC.

Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin
Director,
University of Malaya Medical Centre.

https://m.malaysiakini.com/letters/393800 ...

  
PERASMIAN BASIC NUTRITION WORKSHOP 2017
 Dikemaskini Pada: 9/8/2017
 

Pengetahuan pemakanan bukan hanya diperlukan oleh pakar pemakanan, bahkan ianya perlu ada pada setiap profesional bidang penjagaan kesihatan untuk memberikan perawatan terbaik kepada pesakit. Justeru itu, Jabatan Surgeri mengambil inisiatif untuk mengadakan bengkel ini yang telah diadakan buat kali kedua pada 27 Ogos 2017.

...

  
MINGGU KESEDARAN KESELAMATAN ICT
 Dikemaskini Pada: 9/8/2017
 

Tahukah anda, dengan satu klik mampu meruntuhkan sebuah negara? Atas dasar kepentingan kesedaran keselamatan ICT, Jabatan Teknologi Maklumat telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Minggu Kesedaran Keselamatan ICT pada 22 Ogos 2017 untuk mengajak semua mengamalkan Amalan Penggunaan ICT yang Baik.

...

  
SIDANG MEDIA DAN MAJLIS TANDATANGAN MOU
 Dikemaskini Pada: 9/8/2017
 

Harini menyaksikan Penambahan MoU antara PPUM dan Kementerian Kesihatan Awam, Thailand yang telah ditandatangani pada tahun 2015. Dalam pada masa yang sama, sidang media berkaitan Percutaneous Pulmonary Valve Implantation yang pertama dilakukan di Malaysia turut diadakan. Semoga hubungan ini akan memberikan lebih banyak faedah untuk kedua-dua institusi.

...

  
LAWATAN DAN PENYERAHAN SUMBANGAN PICC DIEBOLD-NIXDORF
 Dikemaskini Pada: 9/8/2017
 

PPUM berbesar hati atas kesudian pihak Diebold-Nixdorf menyumbangkan 15 unit Peripherally Inserted Central Catheter (PICC) untuk kegunaan pesakit-pesakit kanser yang tidak berkemampuan. PPUM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Diebold-Nixdorf atas sumbangan tersebut dan sudi meluangkan masa untuk menceriakan pesakit-pesakit kanak-kanak di sini.

...

  
LAWATAN DARIPADA UNISZA
 Dikemaskini Pada: 9/8/2017
 

PPUM telah menerima kunjungan daripada UNiSZA Terengganu,yang sedang dalam proses membina Hospital Pengajar. Semoga lawatan ini memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berharga kepada jawatankuasa pembinaan hospital tersebut.

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my