Arkib Berita



Mac   2017


  
RUTIN LATIHAN KEBAKARAN
 Dikemaskini Pada: 3/29/2017
 <p>Apa yang perlu anda lakukan jika terdapat kebakaran? Ingat 3L - Lawan, Lapor dan Lari. Cuba untuk padamkan api jika mampu. Jika tidak, segera hubungi talian kecemasan 999, dan selamatkan diri ke tempat yang selamat. Itu adalah sebahagian daripada pelajaran yang didapati daripada latihan kebakaran ini.</p>
<p>Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh YS PKPjB Hj. Khirudin bin Drahman @ Husaini kerana sudi menyelamatkan mangsa.</p>...

  
ACARA DI PPUM : BULAN PEMAKANAN MALAYSIA 2017
 Dikemaskini Pada: 3/28/2017
 

Tahukah anda Malaysia merupakan negara dengan rakyat paling ramai berlebihan berat badan di Asia Tenggara, dengan bilangan pesakit tekanan darah tinggi, kandungan kolesterol darah tinggi, dan pesakit diabetes (kencing manis) yang membimbangkan?

Bulan Pemakanan Malaysia 2017 dilancarkan bertujuan untuk memupuk amalan pengambilan makanan sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal rakyat Malaysia. Jabatan Dietetik PPUM telah melancarkan Bulan Pemakanan Malaysia 2017 peringkat PPUM pada 27 Mac 2017.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan swafoto makanan sihat, pertandingan Bento makanan tengahari, dan juga pameran poster di ruang legar Menara Utama.

...

  
ACARA DI PPUM : HARI KERUSI RODA SEDUNIA
 Dikemaskini Pada: 3/28/2017
 

Hari Kerusi Roda Sedunia disambut pada setiap 1 Mac setiap tahun. Kempen ini bertujuan untuk menyebarkan kesebaran kepada orang ramai tentang pentingnya keprihatinan mereka kepada keperluan golongan berkerusi roda dan keperluan menghormati mereka. Jabatan Perubatan Pemulihan telah menganjurkan sambutan satu hari bersempena Hari Kerusi Roda Sedunia pada 27 Mac 2017. Program separuh hari ini mensasarkan pesakit berkerusi roda supaya mereka tahu, bahawa mereka akan sentiasa di hormati.

...

  
ACARA DALAM PPUM : HARI PEMERIKSAAN MATA PERCUMA
 Dikemaskini Pada: 3/21/2017
 

Tahukah anda bahawa glaukoma merupakan penyebab kedua terbesar kebutaan di seluruh dunia? Sempena Minggu Glaukoma Sedunia 2017, Jabatan Oftamologi PPUM telah menganjurkan hari Pemeriksaan Mata Percuma pada Sabtu lalu, 18 Mac 2017 di Klinik Mata. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan glaukoma percuma, persembahan poster dan ceramah berkaitan glaukoma. Terima kasih atas sokongan anda terhadap acara ini.

...

  
INFO TERKINI PPUM:
 Dikemaskini Pada: 3/9/2017
 

PPUM ingin merakamkan ucapan tahniah kepada empat anggota polis bantuan PPUM yang telah dianugerahkan sijil khas di atas kecemerlangan membanteras jenayah di PPUM oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dua suspek telah berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Suspek telah ditangkap setelah didapati menaiki motosikal di dalam kawasan PPUM dalam keadaan mencurigakan. Suspek juga dipercayai terlibat dalam beberapa kes mencuri tayar dan rim motosikal di kawasan PPUM sejak kebelakangan ini.

...

  
NAIKTARAF ALIRAN TRAFIK DI PPUM
 Dikemaskini Pada: 3/8/2017
 

MAKLUMAN :
Pelanggan yang dihormati,

Untuk maluman premis PPUM akan mula menjalankan kerja-kerja menaiktaraf aliran trafik di PPUM dalam usaha kami untuk meningkatkan keselesaan anda di masa hadapan.

Kerja-kerja menaiktaraf ini akan dijalankan secara berperingkat mengikut fasa yang telah ditetapkan seperti berikut:

Fasa 1 : Pelebaran jalan dan menaiktaraf ruang hadapan Menara Selatan (13/2/2017-15/42017)

Fasa 2 : Hentian Teksi (13/2/2017-12/8/2017)

Fasa 3 : Laluan Pejalan Kaki@Hentian Bas Sediada (13/2/2017-22/4/2017

Fasa 4 : Pembinaan Plaza (1/4/2017-22/1/2018)

Dijangkakan tempoh keseluruhan kerja-kerja menaiktaraf ini akan mengambil masa selama 12 bulan dan dijangka selesai sepenuhnya pada bulan Januari 2018.

Sementara kerja-kerja menaiktaraf sedang berlangsung, beberapa laluan pejalan kaki serta jalan-jalan utama akan ditutup dan akan dialihkan mengikut kesesuaian. Antara kawasan-kawasan yang akan terlibat merangkumi laluan utama di Menara Utama, Menara Selatan dan Bangunan Trauma & Kecemasan. Notis penutupan jalan dan aliran trafik akan dinaikkan mengikut kesesuaian.

Mohon diambil maklum juga bahawa ruang niaga yang menempatkan peniaga makanan di Bangunan Trauma & Kecemasan kini akan ditutup untuk kerja-kerja renovasi yang dijangkakan untuk tempoh 6 bulan bermula Jun 2017 hingga Disember 2017. Bagi kemudahan para pelanggan dan staf PPUM, kami sedang berusaha untuk menempatkan beberapa ''food truck'' serta kiosk-kiosk yang menjual makan di sekitar kawasan PPUM.

Pihak kami akan cuba untuk meminimakan kesulitan sepanjang tempoh kerja-kerja menaiktaraf ini berlangsung, namun kerjasama dan kesabaran anda amat diharapkan demi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk semua di masa hadapan. Oleh itu, segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh menaiktaraf premis kami ini amat dikesali.

...

  
LAWATAN KERJA DARIPADA HOSPITAL SERDANG
 Dikemaskini Pada: 3/7/2017
 

3 Mac 2017

PPUM hari ini menerima kunjungan delegasi daripada Hospital Serdang bagi melihat dengan lebih dekat Hybrid OT milik PPUM yang terletak di aras 8, Menara Selatan PPUM dalam usaha untuk mewujudkan Hybrid OT mereka sendiri. Hybrid OT ini merupakan antara Hybrid OT terbaik dalam kelasnya bagi mengendalikan pelbagai kes dari kes-kes biasa hingga kes-kes rumit.

...

  
LAWATAN AMAL
 Dikemaskini Pada: 3/7/2017
 

26 Februari 2017

Kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Abdul Mutalif bin Abdul Rahim, Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Mr Chai Ko Thing, penyelaras DUN Bukit Gasing dan rombongan kerana sudi menggembirakan pesakit-pesakit di wad 8U (Ortopedik & Spinal) dengan memberikan motivasi dan cenderahati kepada mereka.

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my