Arkib Berita



April   2017


  
KAMI DI DALAM BERITA : DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR MELANCARKAN BUKU THERAPEUTIC SENSORY STIMULATION GARDEN (TSSG)
 Dikemaskini Pada: 4/17/2017
 

Kami di dalam berita :

13 April 2017

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor melancarkan buku Therapeutic Sensory Stimulation Garden (TSSG):

Kami berbesar hati kerana Datin Paduka Seri Rosmah Mansor sudi untuk melancarkan buku yang bertajuk Therapeutic Sensory Stimulation Garden: An Introduction oleh projek Bakti-MIND di PPUM hari ini. Buku ini memberikan maklumat tentang taman yang terdapat di tingkat 6, Menara Selatan PPUM. Buku ini merupakan hasil kerjasama antara badan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI), Malaysian Information Network in Disabilities (MIND) dan Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM. Buku ini turut bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang awam tentang keperluan dan pentingnya taman pancaindera ini sebagai terapi pemulihan alternative.

...

  
LAWATAN DI PPUM : MSU MELAWAT SEKOLAH DALAM HOSPITAL PPUM
 Dikemaskini Pada: 4/12/2017
 

Terima kasih tidak terhingga kepada Prof Datin Dr. Norhisham, pensyarah dan pelajar Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Management & Science Universitu (MSU). Semoga lawatan ini memberi pengalaman yang berharga kepada bakal-bakal guru dalam dunia pendidikan kelak.

...

  
MAJLIS DI PPUM - MAJLIS TANDATANGAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN ANTARA PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM) DAN YAYASAN KANSER KANAK-KANAK (CCF)
 Dikemaskini Pada: 4/10/2017
 

Majlis Meraikan Ulangtahun Pertama Haplo-Identical BMT di PPUM, dan Majlis Tandatangan Perjanjian Persefahaman antara Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Yayasan Kanser Kanak-kanak (CCF).

Majlis ini bertujuan untuk meraikan ulangtahun pertama kejayaan Haplo-Identical Bone Marrow Transplant (BMT) yang dijalankan di PPUM pada tahun lepas terhadap adik Yusuff. Dalam masa yang sama, majlis tandatangan Perjanjian Persefahaman antara PPUM dan CCF turut dijalankan untuk perkembangan program haplo-identical PPUM dan juga memastikan keperluan sumber manusia dipenuhi untuk memastikan kejayaan program ini. Terima kasih CCF.

...

  
ACARA DI PPUM : MAJLIS PENGHARGAAN PERSARAAN 2017
 Dikemaskini Pada: 4/7/2017
 

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan yang akan bersara dan telah bersara pada tahun ini atas perkhidmatan cemerlang anda. Sumbangan anda terhadap PPUM akan sentiasa dihargai dan akan sentiasa diingati. Sempena Majlis Penghargaan Persaraan 2017, kami ingin sekali lagi mengucapkan, terima kasih!!

...

  
ACARA DI PPUM : ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2017
 Dikemaskini Pada: 4/7/2017
 

Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017. Teruskan aura positif dan perkhidmatan cemerlang anda.

...

  
LAWATAN DI PPUM : MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
 Dikemaskini Pada: 4/5/2017
 

Wad Kanak-kanak PPUM telah menerima kunjungan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang diketuai oleh Ahli Majlis Zon 11, Cik Lim Yi Wei, dengan kerjasama daripada Kolej Saito pada 4 April 2017. Objektif lawatan ini adalah untuk menghubungkan MBPJ dan pelajar dengan masyarakat, teruatmanya golongan yang memerlukan penjagaan yang lebih.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti mewarna, serahan cenderahati, dan pertunjukan badut. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada MBPJ kerana sudi menceriakan pesakit-pesakit di sini.

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my