Arkib Berita



Mei   2016


  
PELANTIKAN SEBAGAI KETUA JABATAN
 Dikemaskini Pada: 5/20/2016
 20 Mei 2016

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Khairul Azmi di atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Pengimejan Bio-Perubatan sehingga 31 Julai 2016.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Dr. Siti Mazlipah di atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Oral Maxillofacial sehingga 31 Julai 2016.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Cik Puziah di atas pelantikan sebagai Pengetua Kolej Sains Kesihatan (KSK), PPUM yang baru.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Sasheela di atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Kawalan Jangkitan sehingga 31 Julai 2016.
...

  
MAJLIS PERASMIAN UMMC-CIGMIT
 Dikemaskini Pada: 5/10/2016
 10 MEI 2016

Majlis Perasmian UMMC-CIGMIT yang telah disempurnakan oleh YB Dato'' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia. Jom sama-sama kita saksikan.

Klik disini untuk tonton...
...

  
MAJLIS PEMBUKAAN AUDIT PEMANTAUAN ISO 9001:2008 PPUM TAHUN 2016
 Dikemaskini Pada: 5/18/2016
 17 MEI 2016

Jabatan Kualiti dan Tadbir Urus Klinikal PPUM sekali lagi menggalas tanggungjawab mengendalikan sesi audit oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Sesi audit bakal berlangsung selama tiga hari, bermula 17 Mei sehingga 19 Mei 2016.

YDH En. Iskandar Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) mewakili Pengarah membuat pembentangan pembukaan kepada para auditor.

Semoga semua urusan dipermudahkan. InsyaAllah. Semoga berjaya PPUM!
...

  
HARI HIPERTENSI 2016
 Dikemaskini Pada: 5/18/2016
 16 MEI 2016

Majlis Perasmian sambutan World Hypertension Day 2016 peringkat PPUM telah berlangsung di Konkos, Menara Utama. Pameran kesihatan dan pemeriksaan tekanan darah tinggi percuma diadakan sepanjang minggu ini!

Majlis ini telah disempurnakan oleh YM Prof Dr Tunku Kamarul Zaman, Pengarah, diiringi timbalan-timbalan pengarah PPUM.

Tahniah Jabatan Perubatan Rawatan Utama dan Jabatan Dietetik yang berkerjasama menjayakan sambutan ini!
...

  
HARI JURURAWAT 2016
 Dikemaskini Pada: 5/18/2016
 12 MEI 2016

Seminggu berlalu terasa begitu pantas dan singkat untuk meraikan hari yang cukup bermakna kepada staf yang paling ramai berkhidmat di PPUM, tentunya para jururawat. Seawal jam 8 pagi Jabatan Kejururawatan dikunjungi pelbagai pihak yang ingin turut sama berkongsi kegembiraan dan meraikan para jururawat yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di PPUM.

Terima kasih kepada para pelawat dari Bank Rakyat, PROTON, dan Traxx fm (RTM) kerana sudi hadir meraikan hari istimewa ini.

Kepada seluruh para jururawat di PPUM, TERIMA KASIH yang tidak terhingga atas perkhidmatan cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang bertugas di PPUM. Tahniah dan Selamat Hari Jururawat!...

  
DELEGASI HOSPITAL SELAYANG KE PPUM
 Dikemaskini Pada: 5/18/2016
 10 MEI 2016

PPUM menerima kunjungan Hospital Selayang yang hadir bagi berkongsi kepakaran dan pengetahuan dalam sistem Credentialling and Previleging di PPUM.
Semoga bermanfaat!
...

  
HARI KEBERSIHAN TANGAN SEDUNIA 2016
 Dikemaskini Pada: 5/6/2016
 5 MEI 2016

Sambutan Hari Kebersihan Tangan Sedunia 2016 peringkat PPUM telah dirasmikan oleh YDH Puan Harbans Kaur, Timbalan Pengarah (Ikhtisas). Majlis telah berlangsung di Auditorium, Aras13, Menara Selatan....

  
LAWATAN AMAL PELAJAR SEMESTER DUA, FAKULTI PERUBATAN, USIM
 Dikemaskini Pada: 5/5/2016
 3 MEI 2016

Pelajar Semester Dua, Fakulti Perubatan, Universiti Sains Islam Malysia (USIM) meluangkan masa mengadakan lawatan amal ke Wad Pediatrik PPUM untuk menyampaikan hadiah dan membuat persembahan bagi menghiburkan pesakit kanak-kanak di PPUM.

PPUM mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha murni yang telah dilakukan. Semoga berjaya dalam pengajian anda semua!
...

  
MINI KARNIVAL ISLAM PPUM 2016
 Dikemaskini Pada: 5/5/2016
 26 - 29 APRIL

Alhamdulillah, Seksyen Hal Ehwal Islam, Jabatan Perhubungan Awam PPUM dengan kerjasama PEMANGKIN, Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam (PKPPI) PPUM, dan Sahabat PPUM telah berjaya menganjurkan Mini Karnival Islam di PPUM minggu lalu.

Penganjuran julung-julung kali ini mendapat sambutan cukup memberangsangkan dari seluruh warga PPUM. Disempurnakan perasmiannya oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM, Mini Karnival Islam PPUM tahun ini melaksanakan Program Ziarah Mega, Program Tahnik Mega, Pameran dan Kuiz Islam serta Ceramah Perdana yang diberikan oleh penceramah terkemuka.

Semoga penganjuran kali ini cukup bermanfaat buat semua warga PPUM. InsyaAllah kita bertemu lagi pada penganjuran akan datang.
...

  
MAJLIS PENGHARGAAN PERKHIDMATAN BERSAMA YBHG. PROF. DATO'''' DR. IKRAM SHAH ISMAIL DAN YDH. PROF. DR. MUSTAFA ALI MOHD
 Dikemaskini Pada: 5/3/2016
 27 APRIL 2016

Majlis Penghargaan Perkhidmatan bersama YBhg. Prof. Dato'''' Dr. Ikram Shah Ismail dan YDH. Prof. Dr. Mustafa Ali Mohd yang telah mencurahkan khidmat bakti masing-masing sebagai Pengarah (2006 hingga 2015) dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) (2010 hingga 2015).

Banyak pencapaian dan pembangunan yang telah dijayakan sepanjang perkhidmatan dua tokoh ini. Seluruh warga PPUM mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.
...

  
KEJOHANAN BADMINTON HOSPITAL SELURUH LEMBAH KLANG, HOSCUP2106
 Dikemaskini Pada: 5/3/2016
 24 APRIL 2016

Bingkisan aksi pasukan badminton PPUM, UMMC RC yang menyertai Kejohanan Badminton Hospital Seluruh Lembah Klang, HOSCUP2106, yang lalu.

Syabas dan tahniah kerana berjaya mara ke peringkat suku akhir!...

  
SELAMAT HARI PEKERJA 2016
 Dikemaskini Pada: 5/3/2016
 
Pengurusan Tertinggi PPUM mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2016 kepada seluruh warga PPUM!

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam perkhidmatan!
...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my