Arkib Berita



Mei   2019


  
LAWATAN AMAL COOLBLOG MALAYSIA
 Dikemaskini Pada: 5/28/2019
 

Pada harini satu lawatan amal dari CoolBlog Malaysia telah berlangsung di Wad Pediatrik PPUM. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk sedikit-sebanyak menggembirakan hari pesakit di samping dapat memberikan sedikit buah tangan. Terima kasih CoolBlog Malaysia! Semoga lawatan amal seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

...

  
YAYASAN MALAY MAIL CARE FUND
 Dikemaskini Pada: 5/28/2019
 

Pada 24 Mei 2019, Yayasan Malay Mail Care Fund telah hadir ke Wad Pediatrik PPUM untuk melawat pesakit bernama Adam Miqail. Turut hadir ialah Datuk Ambiga Sreenevasan , Pengerusi Yayasan Malay Mail Care Fund bersama pemegang amanah yang lain. Sumbangan yang telah disampaikan adalah berbentuk alat bantuan pernafasan (ventilator) berjumlah RM51,500. Terima kasih diucapkan kepada Yayasan Malay Mail Fund atas bantuan peralatan yang diperlukan pesakit untuk menjalani kehidupan seharian.

...

  
PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DI ANTARA UM DAN PERSATUAN KEBANGSAAN KANSER MALAYSIA
 Dikemaskini Pada: 5/13/2019
 

Universiti Malaya dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia telah menandatangani perjanjian persefahaman untuk meningkatkan perkhidmatan dan penyelidikan mengenai penyakit kanser. Disamping itu, dalam tempoh dua tahun, fokus utama adalah bekerjasama dengan Union For International Cancer Control (UICC) untuk program City Cancer Challenge 2015 : Greater Petaling Jaya. Objektif utama adalah meningkatkan kesaksamaan serta akses yang mampan di dalam penjagaan penyakit kanser di bandaraya seperti Petaling Jaya. Perjanjian persefahaman telah ditandatangani oleh YBhg. Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor UM dan Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia pada 9 Mei 2019 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

...

  
LAWATAN AMAL MAJALAH HIBURAN DAN REMAJA KE WAD PEDIATRIK PPUM
 Dikemaskini Pada: 5/10/2019
 

Terima kasih diucapkan kepada pihak majalah Hiburan dan Remaja atas lawatan amal ke Wad Pediatrik PPUM bersama dua orang artis jemputan iaitu Nabila Razali dan Aizat Amdan pada 9 Mei 2019. Lawatan amal ini jelas memberikan senyuman pada para pesakit PPUM dan diharapkan lawatan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

...

  
LAWATAN AMAL PELAJAR-PELAJAR UPM DARI KELAB PENYAYANG
 Dikemaskini Pada: 5/3/2019
 

Pada hari ini, pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia dari Kelab Penyayang telah mengadakan lawatan amal ke Wad Pediatrik PPUM. Terima kasih diucapkan atas kesudian memilih PPUM sebagai lokasi lawatan dan telah berjaya mengukir senyuman para pesakit di wad. Semoga lawatan amal ini dapat dijalankan lagi di masa yang akan datang.

...

  
ZIARAH MAHABBAH JAWI SEMPENA AMBANG RAMADAN 1440H
 Dikemaskini Pada: 5/2/2019
 

2 Mei 2019 - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Masjid Zon 6 telah mengadakan ziarah mahabbah di PPUM sempena Ambang Ramadan pada tahun ini. Rombongan seramai 20 orang yang diketuai oleh Ustaz hj Munir bin Hj. Md Salleh Timbalan Pengarah Operasi JAW. Tujuan utama ziarah ini alah untuk mewujudkan jalinan ukhuwah antara JAWI, masjid dan hospital bagi menyantuni pesakit sesuai dengan prinsip “Rahmatal Lil Alamin”. Pada kali ini wad 9U Ortopedik telah terpilih dengan jumlah pesakit ketika ini seramai 31 orang. Melalui ziarah ini, terpancar wajah ceria dikalangan pesakit menerima kunjungan rombongan ini. Diharap program seumpama ini akan berterusan pada masa akan datang agar ianya dapat meringankan kesakitan yang hadapi oleh pesakit dan seterusnya memberi ransangan dan motivasi buat mereka untuk kembali sembuh seperi sedia kala.

...

  
HARI PEKERJA 2019
 Dikemaskini Pada: 5/2/2019
 

Sambutan Hari Pekerja 2019 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 01 Mei 2019 | Rabu
“Pekerja Amanah Aspirasi Negara”

Disempurnakan Oleh:
YAB TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Perdana Menteri Malaysia

Ketua Kontinjen PPUM diketuai oleh :
Encik Zul Rusdi bin Mohamad Ghazali

Kontinjen PPUM seramai : 40 Orang

...

  
MAJLIS SAMBUTAN HARI ASMA SEDUNIA DAN HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA PERINGKAT PPUM 2019
 Dikemaskini Pada: 5/2/2019
 

Hari Asma Sedunia dan Hari Tanpa Tembakau Sedunia akan disambut pada bulan Mei setiap tahun iaitu pada 1 Mei dan 30 Mei. Dengan peringatan dan pentingnya kedua-dua hari tersebut, PPUM telah mengadakan sambutan peringkat PPUM pada 2 Mei 2019. Asma juga adalah merupakan penyakit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh masalah persekitaran dan faktor keturunan. Bagi kalangan perokok, kadar penghidap penyakit asma adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Pelbagai aktiviti telah diatur bagi memperingati kedua-dua hari tersebut seperti forum awam, pameran dan booth penerangan serta promosi kesihatan untuk meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap penyakit asma dan bahayanya merokok. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Nazirah bt Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan).

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my