Arkib Berita



Februari   2019


  
LAWATAN AKADEMIK UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
 Dikemaskini Pada: 2/28/2019
 

Pada 22 Februari 2019, seramai 20 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan dan 2 orang pensyarah dari Fakulti Sains Kesihatan UNISZA telah mengadakan lawatan ke Jabatan Pengimejan Perubatan, PPUM. Objektif lawatan adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan mendapatkan pendedahan berkaitan perkhidmatan perubatan nuklear di PPUM. Diharap jalinan kerjasama ini akan diteruskan dimasa akan datang.

...

  
LAWATAN DARI FAKULTI FARMASI UNIVERSITI SURABAYA
 Dikemaskini Pada: 2/27/2019
 

Pada 26 Februari 2019, Fakulti Farmasi dari Surabaya Indonesia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Farmasi PPUM. Turut hadir ialah En. Mohamed Noor Bin Ramli, Ketua Jabatan Farmasi dalam menyampaikan pengenalan berkaitan Jabatan Farmasi di PPUM.

...

  
LAWATAN SINAR FM
 Dikemaskini Pada: 2/27/2019
 

Terima kasih diucapkan kepada Sinar FM atas kesudian untuk melawat Wad Pediatrik PPUM bersama pengacara radio Jep, Rahim dan Angah. Lawatan ini sedikit sebanyak telah mengukir senyuman para pesakit serta staf di Wad Pediatrik PPUM. Semoga lawatan amal ini akan dapat diteruskan lagi bersama di masa akan datang.

...

  
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA PPUM DAN NOVOTECH (MALAYSIA)
 Dikemaskini Pada: 2/26/2019
 

Pada 25 Februari 2019, PPUM dan Novotech (Malaysia) telah menandatangani Perjanjian Persefahaman bagi mempertingkatkan bilangan penyelidikan klinikal serta mempereratkan hubungan untuk meneruskan kerjasama bagi semua fasa (Fasa 1 -IV) penyelidikan.

Penyelidikan ini adalah kerjasama dengan Jabatan Penyelidikan Klinikal (CIC) sebagai (Site Management Organisation, SMO) menyediakan fasiliti berteknologi tinggi yang dikawalselia mengikut standard antarabangsa, mempunyai pakar klinikal yang amat berpengalaman dalam bidang terapeutik untuk menjalankan percubaan klinikal yang berkualiti tinggi dan melindungi hak dan kebajikan subjek yang menyertainya.

...

  
LAWATAN PPUKM
 Dikemaskini Pada: 2/14/2019
 

Pada 14 Februari 2019, PPUKM telah mengadakan lawatan penanda aras dan pelaksanaan Sistem Penjadualan Atas Panggilan (On Call) dan Sistem Tuntutan Elaun Atas Panggilan (On Call) di PPUM. Lawatan ini diketuai oleh Puan Rohaya binti Ismail, Pegawai Tadbir, Jabatan Sumber Manusia, PPUKM dan turut serta di dalam lawatan adalah 28 pegawai dari Jabatan Pendaftar, Jabatan Kewangan dan Jabatan Teknologi Maklumat yang menguruskan urusan On Call di PPUKM. En. Khairul Anuar bin Yahya, Ketua, Jabatan Sumber Manusia telah memberi taklimat kepada pelawat mengenai sistem yang dilaksanakan di PPUM. Semoga sesi lawatan ini memberi manfaat dan idea serta pandangan yang positif terutamanya di dalam meningkatkan dan menambahbaik penggunaan sistem mengenai Pengurusan Sumber Manusia di PPUM dan PPUKM.

...

  
LAWATAN GENTING MALAYSIA BERHAD
 Dikemaskini Pada: 2/14/2019
 

Terima kasih diucapkan pada Genting Malaysia Berhad kerana sudi mengadakan lawatan ke Wad Pediatrik PPUM pada 14 Februari 2019 dengan memberikan lebih 100 cenderahati kepada pesakit di wad 8PA, 8B, 7PA, 6PB dan 5PB. Jelas kelihatan lawatan ini sedikit sebanyak memberi senyuman kepada para pesakit di samping menghiburkan hati mereka dengan kehadiran para sukarelawan yang hadir. Semoga lawatan seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

...

  
LAWATAN DARI UNIVESITAS DIPONEGORO, JAWA TENGAH, INDONESIA
 Dikemaskini Pada: 2/7/2019
 

Pada 4 Februari 2019, Jabatan Pengimejan Bioperubatan telah menerima 15 orang pelawat yang terdiri dari Ketua Jabatan dan para pensyarah dari Departemen Fizika, Univesitas Diponegoro, Jawa Tengah, Indonesia. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk membincangkan potensi kerjasama penyelidikan dan pertukaran pelajar/kakitangan di antara kedua buah Universiti. Taklimat berkenaan Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Fakulti Perubatan telah disampikan oleh Prof. Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, Ketua Unit Pengantarabangsaan, Fakulti Perubatan. Disamping itu mereka juga dibawa melawat beberapa kemudahan berkaitan Pengimejan Bioperubatan yang terdapat di PPUM.

...

  
KENYATAAN MEDIA MENGENAI STRUKTUR BUMBUNG SEDANG DIUBAHSUAI RUNTUH DI PPUM
 Dikemaskini Pada: 2/4/2019
 Adalah dimaklumkan bahawa PPUM sedang di dalam proses penyelenggaran dan menambahbaik sengkuap (unjuran) bumbung sedia ada di Bangunan Menara Timur pada 3 Februari 2019. Lokasi tersebut telah ditutup kepada orang awam untuk kerja-kerja tersebut. Walaubagaimanapun semasa kerja-kerja dijalankan, sengkuap (unjuran) bumbung tersebut telah terjatuh. Kejadian berlaku semasa hujan lebat dan ribut iaitu lebih kurang pada jam 3.45 petang. Kontraktor telah menjalankan kerja-kerja pembersihan pada hari yang sama. Tiada sebarang kecederaan kepada orang awam dan perkhidmatan di Bangunan Menara Timur beroperasi seperti biasa manakala bumbung tersebut akan dibaiki semula secepat mungkin.

Ketua
Jabatan Perhubungan Korporat
Pusat Perubatan Universiti Malaya

...

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my