Arkib Berita



Ogos   2018


  
17TH INTERNATIONAL CONFERENCE OF ASIA PACIFIC ASSOCIATION OF SURGICAL TISSUE BANKS (APASTB2018)
 Dikemaskini Pada: 8/29/2018
 The Malaysian Association of Cell and Tissue Banking (MACTB), Tissue Engineering and Regenerative Medicine Society of Malaysia (TESMA) dan Malaysian Biomaterials Society (MBS) telah menganjurkan The 17th International Conference of Asia Pacific Association of Surgical Tissue Banks (APASTB2018) pada 27 hingga 30 ogos 2018 di Bangi- Putrajaya Hotel, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBHG Dato’ Dr Hj Bahari Bin Dato’ Tok Muda Hj Awang, Pengarah Bahagian Pembangunan Perubatan. Tahniah diucapkan dan semoga seminar seperti ini dapat diteruskan di masa yang akan datang....

  
LAWATAN OLEH UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
 Dikemaskini Pada: 8/29/2018
 Lawatan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin Pada 28 Ogos 2018, staf dari Pejabat Bendahari, Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Terengganu telah mengadakan lawatan ke Jabatan Kewangan, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Objektif lawatan adalah pihak UNISZA ingin mendapatkan informasi dan penerangan mengenai tadbir urus kewangan, tatacara perolehan, pengurusan belanjawan dan hal lain-lain berkaitan kewangan yang dilaksanakan di PPUM. Lawatan dari UNISZA telah diketuai oleh Puan Shakimah Endut, Bendahari, UNISZA manakala PPUM telah diwakili oleh En. Hashim bin Anuar, Ketua Akauntan, Jabatan Kewangan.

Lawatan juga telah diadakan ke Kaunter Kemasukan dan Wad 4S, Menara Selatan untuk melihat proses pembayaran di kaunter dan rekabentuk wad berkenaan. Sesi penerangan, perbincangan dan bertukar-tukan pandangan ini telah memberi manfaat kepada UNISZA dan PPUM....

  
LAWATAN SYARIKAT ROOTS & SHOOTS MALAYSIA
 Dikemaskini Pada: 8/24/2018
 Pada 23 Ogos 2018, syarikat Roots & Shoots Malaysia telah mengadakan lawatan serta menyampaikan cenderamata kepada pesakit-pesakit di wad Pediatrik 5PA. Di samping itu, syarikat ini juga telah mengadakan projek Heroes of Hope iaitu satu projek amal untuk mengutip dana bagi rawatan pesakit-pesakit kanser pediatrik yang kurang berkemampuan di PPUM. Hasil sumbangan sejumlah RM 44,000.00 telah berjaya dikumpulkan. Encik T.P.Lim, Presiden Roots & Shoots Malaysia telah menyampaikan cek kepada Dr. Yap Tsiao Yi, Pegawai Perubatan dari Jabatan Pediatrik yang mewakili PPUM untuk menerima cek tersebut.

Pihak PPUM ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat Roots & Shoots di atas lawatan, penyampaian cenderahati dan penyampaian cek tersebut. Diharap aktiviti ini akan berterusan di masa akan datang untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukan sokongan dan bantuan....

  
SAMBUTAN AIDILADHA 2018
 Dikemaskini Pada: 8/24/2018
 Kemeriah sambutan Aidiladha 2018 jelas terpancar di Surau Ad-Deeniah,PPUM semalam. Sambutan penuh kesyukuran dimulakan seawal jam 7 pagi bagi persiapan untuk ibadah korban. Pada tahun ini, sembilan ekor lembu telah selamat dikorbankan. Para peserta korban, ahli jawatankuasa serta staf-staf PPUM mengambil peluang beramah mesra, bergotong royong dan makan bersama-sama bagi meraikan suasana hari kedua lebaran ini.

Semoga usaha-usaha murni sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staf dan juga pihak pengurusan sekaligus mewujudkan suasana yang harmoni dalam melaksanakan tugasan harian....

  
PROGRAM LAWATAN NIGATA UNIVERSITI
 Dikemaskini Pada: 8/21/2018
 

Pada 20 Ogos 2018, Program lawatan pelajar-pelajar dalam bidang Fisioterapi dan Perubatan Pemulihan daripada Nigata Universiti, Jepun ke Jabatan Perubatan Pemulihan . Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat peralatan serta rawatan yang diberikan oleh Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM ke atas pesakit serta berkongsi informasi yang bermanfaat.

Semoga lawatan ini memberi satu impak yang positif disamping mengeratkan hubungan serta kerjasama antara dua pihak.

...

  
LAWATAN OLEH LINDE MALAYSIA SDN BHD
 Dikemaskini Pada: 8/16/2018
 

Lawatan oleh Linde Malaysia Sdn Bhd anak syarikat The Linde Group sebagai salah satu tanggungjawab korporat syarikat ini ke PPUM pada 16 Ogos 2018. Objektif lawatan adalah untuk melawat dan menziarahi pesakit-pesakit Thalassemia yang menjalani rawatan di PPUM. Diharapkan lawatan ini dapat mempertingkatkan sedikit sebanyak kesedaran masyarakat mengenai penyakit Thalassemia.

Terima kasih diucapkan kepada syarikat Linde Malaysia Sdn. Bhd diatas keprihatinan melawat dan memberi cenderamata kepada pesakit-pesakit tersebut. PPUM juga amat berbesar hati menerima lawatan ini dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

...

  
MAJLIS PERASMIAN MINGGU SUSUAN IBU SEDUNIA 2018 PERINGKAT PPUM
 Dikemaskini Pada: 8/10/2018
 

Pada 9 Ogos 2018, Majlis Perasmian Minggu susuan Ibu sedunia 2018 peringkat PPUM bertemakan breast feeding foundation of life telah diadakan di Auditorium Menara Selatan, Tingkat 13 Bangunan Menara Selatan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya, YM Professor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin.

PPUM telah melepasi audit pengiktirafan semula hospital rakan bayi yang telah berlangsung pada 23 hingga 25 april 2018 yang lalu dan membudayakan penyusuan susu ibu perlu di teruskan kerana ia adalah usaha murni selari dengan harapan kerajaan yang mengsasarkan 100% ibu memberi susu ibu kepada bayi nya. Semoga perkongsian ini menambah ilmu pengetahuan dan memberi manfaat di masa akan datang.

...

  
MAJLIS SANTAPAN MALAM JUBLI EMAS PPUM
 Dikemaskini Pada: 8/7/2018
 Pada 5 Ogos 2018, Majlis Santapan Malam Jubli Emas PPUM telah diadakan di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Tuanku Canselor turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Turut hadir ke majlis adalah Yang YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Siti Norma Yaakob, Pro Canselor Universiti Malaya, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, Pro Canselor Universiti Malaya, Yang Berbahagia Datuk Ir. (Dr.) Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor Universiti Malaya, Yang Mulia Professor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM, Yang Berbahagia Dato Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, Ahli Lembaga Pengurus PPUM dan Yang Berusaha Arkitek Saifuddin Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya.

Hasil penajaan sebanyak RM50,000 disumbangkan kepada Tabung PPUMCare untuk membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan. Ribuan terima kasih kepada para penaja yang sudi menyumbang kepada Majlis Santapan Malam Jubli Emas PPUM. Jasa baik para penaja tidak dilupakan dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan.

Terima kasih sekali lagi. Tahniah kepada PPUM yang telah menyambut Jubli Emas iaitu ulang tahun ke-50....

ALAMAT

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMEL

  • Emel : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • No Tel : 03-79494422
    Faks : 03-79492030

LAMAN WEB

  • LAMAN WEB : www.ummc.edu.my