News Archive



October   2016


  
MAJLIS PENUTUP PROGRAM ORIENTASI JURURAWAT BARU 2016
 Update on: 28/10/2016
 

28 Oktober 2016

YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM hadir merasmikan Majlis Penutup Program Orientasi Jururawat Baru tahun 2016, Majlis Penutup Program Preceptorship Kejururawatan Sesi 2015/2016, Majlis Pembukaan Program Preceptorship Kejururawatan Sesi 2016/2017.

Majlis yang bertempat di Auditorium, Aras 13, Menara Selatan ini turut dihadiri oleh YDH En. Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan YDH Puan Harbans Kaur a/p Harcharan Singh Timbalan Pengarah (Ikhtisas) PPUM.

Selamat datang kepada semua Jururawat baru ke Keluarga Besar PPUM. Semoga terus berdedikasi berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

...

  
SAMBUTAN HARI PEMULIHAN CARA KERJA SEDUNIA 2016
 Update on: 28/10/2016
 

22 Oktober 2016

Bertempat di Mydin Mall, USJ, Bahagian Pemulihan Cara Kerja, Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM berjaya mengadakan sambutan Hari Pemulihan Cara Kerja Sedunia 2016. Sambutan yang julung kali diadakan di luar PPUM itu telah berjaya menarik ramai pengunjung untuk menyertai aktiviti dan melihat pameran berkaitan pemulihan cara kerja secara lebih dekat lagi.

Perasmian majlis sambutan telah disempurnakan oleh YDH Puan Harbans Kaur, Timbalan Pengarah (Ikhtisas) PPUM dan turut dimeriahkan dengan kehadiran YDH Encik Muthuraman Sellathurai Pathar, Wakil Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg Dato Dr. Zaliha Omar, mantan Ketua Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM, Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Lydia Abdul Latif, Ketua Jabatan Perubatan Pemulihan, Encik Soh Say Beng, Pengurus Klinikal Jabatan Perubatan Pemulihan merangkap Presiden Malaysian Occupational Therapy Association (MOTA) dan Puan Norsilawati Mohd Nor, Ketua Bahagian Pemulihan Cara Kerja.

Sambutan dan pameran turut disertai Unit Tabung Darah Bergerak, Jabatan Perubatan Transfusi PPUM serta pelbagai agensi lain yang juga memberi sokongan padu pada penganjuran kali ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad kerana sudi memberi tajaan lokasi sebagai tanda sokongan kepada usaha murni PPUM. Tahniah Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM dan semua staf yang telah terlibat menjayakan sambutan Hari Pemulihan Cara Kerja Sedunia 2016!

...