News Archive

December   2019


  
MAJLIS DIALOG DI ANTARA PIHAK PENGURUSAN DAN STAF PPUM
 Update on: 31/12/2019
 

Majlis dialog di antara pihak Pengurusan dan staf PPUM kali yang ke-4 bagi tahun 2019 telah diadakan pada 31 Disember 2019. Tidak dinafikan, faktor kecemerlangan sesebuah organisasi itu adalah berhubung kait dengan keberkesanan proses komunikasi di antara pihak Pengurusan dan staf PPUM.

Sehubungan itu, sesi dialog ini adalah salah satu bentuk komunikasi lisan yang diadakan secara formal untuk perbincangan dan bertukar pandangan untuk meningkatkan perkhidmatan di PPUM. Pelbagai pandangan, cadangan dan persoalan telah diutarakan oleh staf yang hadir dan turut dijawab dan diperjelaskan oleh pihak Pengurusan bagi kebaikan bersama.YM Tunku Kamarul Zaman bin Zainal Abidin, Pengarah PPUM turut menitipkan kata-kata nasihat agar staf PPUM meningkatkan kemahiran, komited, dedikasi dan kompeten di dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan serta menjaga nama baik PPUM.

...

  
MAJLIS PENGAGIHAN ZAKAT MAIWP
 Update on: 30/12/2019
 

Musim persekolahan menjelang tiba, bagi meringankan beban staf PPUM yang kurang berkemampuan, satu Majlis Penyerahan Bantuan dari Program Sumbangan Untuk Staf telah diadakan pada 30.12.2019. Seramai 96 orang staf PPUM telah menerima bantuan dengan jumlah kos sebanyak RM56,450.00 Sumbangan telah disampaikan oleh YM Prof. Tunku Kamarul Zaman bin Zainol Abidin, Pengarah PPUM dan En. Abdul Rashid B Abdul Aziz, Penolong Pengurus Unit Wakalah Bahagian Baitulmal MAIWP. Sumbangan kali ini lebih berorientasikan bantuan persekolahan untuk mereka yang mempunyai anak-anak di peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi. Semoga sumbangan ini dapat dimanafaatkan dengan sebaiknya oleh staf yang menerimanya.

...

  
PROJEK KECERIAN JABATAN PERUBATAN KECEMASAN
 Update on: 19/12/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Projek Kecerian Jabatan Perubatan Kecemasan bertemakan “Hari Ini Dalam Sejarah”. Salah satu tujuan projek ini dijalankan adalah untuk memberi keceriaan di Jabatan Perubatan Kecemasan di samping memberi maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan serta proses rawatan di Jabatan Perubatan Kecemasan. Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Pelitawanis TNB yang telah memberi dana sumbangan lukisan mural pemandangan di salah satu dinding laluan utama jabatan. Semoga lebih projek seperti ini dapat diteruskan di PPUM pada masa akan datang.

...

  
HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT PPUM 2019
 Update on: 18/12/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Hari Aid Sedunia Peringkat PPUM 2019. Tujuan mulia Sambutan Hari AIDS Sedunia kali ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terhadap HIV/AIDS, menentang stigma dan membawa perhatian dunia terhadap peranan penting yang telah dimainkan oleh komuniti yang berkepentingan dalam menjayakan rawatan serta menghentikan penyebaran wabak HIV/AIDS di peringkat lokal, negara dan antarabangsa. Hari AIDS Sedunia tahun ini memberi platform penting dalam peranan komuniti ini tatkala di zaman yang kurang dana dan ruang untuk masyarakat sivil ini yang secara langsung menjurus kepada ketirisan dalam penyampaian perkhidmatan dan advokasi.

...

  
LAWATAN GUANGXI MEDICAL UNIVERSITY
 Update on: 17/12/2019
 

Pada hari ini, PPUM telah menerima pelawat dari GuangXi Medical University, China yang diketuai oleh Profesor He SongQing, Timbalan Presiden GuangXi Medical University yang turut diiringi oleh empat orang Ketua Jabatan dari universiti tersebut. Objektif lawatan adalah lawatan sambil belajar serta berkongsi maklumat dan kepakaran berkaitan bidang perubatan khususnya dalam pembedahan Hepatobiliari. Semoga lawatan seperti ini dapat memberi manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak.

...

  
LAWATAN CSR DARI UNIKL
 Update on: 16/12/2019
 

Lawatan CSR dari University Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL) ke Wad Pediatrik 8PA dan 8PB.

...

  
LAWATAN KERJA OLEH PEGAWAI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
 Update on: 13/12/2019
 

Pada 12 Disember 2019, PPUM telah menerima pelawat dari USM bagi sesi perbincangan kaedah pengurusan perolehan bagi aktiviti penjanaan peranti/implant serta kaedah pembelian ubat non-standard di Jabatan Farmasi PPUM. Pelawat adalah terdiri dari Pegawai yag bertugas di Jabatan Bendahari, Farmasi dan Unit Korporat USM.

En. Mohamed Noor bin Ramli, Ketua Jabatan Farmasi telah memberi taklimat kepada pelawat. Semoga perbincangan dan perkongsian infomasi ini mendatangkan manfaat kepada kedua-dua organisasi demi meningkatkan perkhidmatan perawatan kesihatan di hospital pengajar.

...

  
LAWATAN GLOBAL ENTERPRISE INTERNATIONAL (M) SDN BHD
 Update on: 13/12/2019
 

Global Enterprise International (M) Sdn Bhd telah mengadakan lawatan CSR ke Wad 8PA Pediatrik, PPUM. Semoga lawatan amal ini dapat diteruskan di masa akan datang.

...

  
KURSUS UMMC WHEELCHAIR ACCESSIBILITY SURVEY WORKSHOP
 Update on: 13/12/2019
 

Jabatan Perubatan Pemulihan, PPUM telah Menganjurkan Kursus UMMC Wheelchair Accessibility Survey Workshop pada 9-10 hb Disember 2019

Objektif bengkel ini iadalah:

(i) Memupuk kesedaran tentang aksesibiliti kerusi roda di PPUM
(ii) Memeriksa dan menilai aksesibiliti kerusi roda di PPUM
(iii) Menuju ke arah penggunaan kerusi roda bebas halangan di PPUM.

Survey ini melibatkan semua jabatan yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Di antara lokasi yang terlibat adalah semua wad, klinik, kawasan parkir, bio-imaging, rekod perubatan, kedai serbaneka dan kafeteria di Menara Selatan, Menara Timur, Menara Utama, Trauma dan Kompleks Wanita dan Kanak-kanak.

Seramai 40 peserta yang terdiri dari Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan telah menghadiri bengkel ini bersama 20 orang fasilitator yang turut membantu didalam bengkel ini. Pengerusi penganjur bengkel ini adalah En Soh Say Beng, Pengurus Klinikal Jabatan Perubatan Pemulihan.

...

  
KURSUS PENGURUSAN ADUAN ANJURAN JABATAN PERHUBUNGAN KORPORAT
 Update on: 11/12/2019
 

Kursus teknik pengurusan aduan berkesan ini dianjurkan oleh Jabatan Perhubungan Korporat antaranya bertujuan untuk memberi pendedahan kepentingan pengurusan dan penyelesaian aduan serta penambahbaikan dan memahami proses atau prosedur mengenai pengurusan aduan di PPUM.

...

  
MAJLIS PERASMIAN MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (MKKP) 2019
 Update on: 11/12/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MKKP) 2019. “Safety and Health and the Future of Work” merupakan tema bagi sambutan MKKP pada tahun ini. PPUM juga ingin bersama-sama mempromosikan pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan namun kepada skop yang lebih kecil iaitu kepada staf, pekerja kontraktor, pesakit dan pelawat yang berada di PPUM. Semoga PPUM terus cemerlang dalam meningkatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di PPUM.

...

  
KURSUS PENGUKUHAN NILAI TERAS
 Update on: 6/12/2019
 

Kursus Pengukuhan Nilai Teras Dan Program Transformasi Staf PPUM yang julung-julung kali dianjurkan telah diadakan mulai 4 sehingga 6 Disember 2019 di PNB Ilham, Port Dickson. Kursus ini telah dirasmikan oleh Dr. Salleh bin Yahya, Ketua Jabatan Perubatan Kecemasan Merangkap Pemangku Pengarah PPUM

Objektif kursus adalah seperti berikut:
a) Menerapkan pemahaman terhadap konsep berorganisasi dan kesedaran tentang keperluan peningkatan diri.
b) Penghayatan terhadap keperluan meningkatkan peranan agar lebih berkesan terhadap perkembangan diri dan organisasi.
c) Meningkatkan kemahiran dan kecekapan untuk bekerjasama secara lebih berkesan di dalam satu pasukan.

Diharap kursus ini menjadi satu lonjakan kesedaran kepada staf PPUM untuk lebih baik dan menjadi pemangkin peningkatan jati diri untuk mencapai visi, misi dan objektif PPUM.

...

  
MAJLIS PERASMIAN GET TO KNOW ICU
 Update on: 4/12/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Get To Know ICU dan telah dirasmikan oleh Y.M Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Wad ICU merupakan sebuah unit yang mempunyai pelbagai disiplin untuk pesakit dewasa yang memerlukan rawatan rapi. Dengan bertemakan ‘Get To Know ICU’ diharapkan agar setiap pasukan yang terlibat dapat memberikan sepenuh komitmen dalam memberi kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.

...

  
ARTHRITIS AWARENESS FUN RUN 2019
 Update on: 2/12/2019
 

Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan kerjasama Unit Reumatologi, Jabatan Perubatan telah menganjurkan larian Arthritis Awareness Run untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit Arthritis dan mengumpul dana untuk pesakit Radang Sendi serta mengalakkan masyarakat menjalani gaya hidup aktif serta cergas.

Terdapat dua kategori larian iaitu 5 km dan 10 km dan ia telah diadakan di Stadium Arena UM pada 30 November 2019. Dana yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM 71,500.00 dan akan disumbangkan kepada PPUMCare untuk membantu pesakit Radang Sendi (Arthritis) yang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan termasuk bantuan ubat-ubatan di PPUM.

Larian telah dirasmikan oleh YB Ahmad Fahmi bin Mohamad Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai. Turut hadir adalah YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM.

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my