News Archive



January   2016


  
PENYAMPAIAN BANTUAN OLEH YBTM SUMBER MANUSIA DAN PERKESO
 Update on: 20/1/2016
 19 Januari 2016
Pihak Pengurusan PPUM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat YB Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato Sri Ismail Muttalib dan YBhg Dato Dr Mohammed Azman, Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO yang hadir sendiri bagi menyerahkan bantuan keperluan dan peralatan perubatan kepada ahli keluarga pesakit kami, Saudara Mohd Aizat Md Arsad.
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pesakit. Seluruh warga PPUM turut mendoakan agar Saudara Aizat akan segera sembuh.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan media yang hadir untuk membuat liputan....

  
LAWATAN MAHABBAH BIL-HAL
 Update on: 20/1/2016
 19 Januari 2016
Pihak Pengurusan PPUM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Imam Besar dan deligasi dari Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) yang sudi hadir melawat dan menyampaikan sumbangan kepada para pesakit dan ahli keluarga di wad onkologi pediatrik 5PA, wad 7PA, wad 8PA dan wad pos natal.
Sempena lawatan ini, Pihak MWPKL turut menyampaikan sumbangan alat kelengkapan solat untuk kegunaan jemaah di PPUM.
Terima kasih sekali lagi kami ucapkan....

  
MAJLIS TAHNIK DI WAD POS NATAL
 Update on: 18/1/2016
 Hari ini, 15 Januari 2016 bersamaan 5 Rabiulakhir 1437H, Seksyen Hal Ehwal Islam, Jabatan Perhubungan Awam PPUM dengan kerjasama SAHABAT PPUM meneruskan majlis tahnik bagi bayi Muslim yang baru lahir. Tahnik dilakukan pada setiap kelahiran baru bayi Muslim. Tahniah buat semua ibu yang melahirkan bayi di PPUM. Semoga anak-anak anda membesar dengan sihat dan ceria!...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my