News Archive

February   2020


  
LAWATAN NAIM DANIEL
 Update on: 21/2/2020
 

Terima kasih diucapkan kepada Naim Daniel dan team atas kesudian memenuhi permintaan pesakit kanak-kanak Wad Onkologi 5PA, PPUM. Jelas terpancar kegembiraan para pesakit ketika beramah mesra bersama Naim Daniel dan diharapkan usaha murni dapat diteruskan lagi dimasa akan datang.

...

  
UMMC INTERNATIONAL NURSING AND HEALTHCARE CONFERENCE 2020
 Update on: 20/2/2020
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian UMMC International Nursing and Healthcare Conference 2020 bertempat di Hotel Everly, Putrajaya. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato’ Seri Hajjah Dr. Aishah Ong, Pro Canselor Universiti Malaya. Penganjuran konferen ini merupakan medan perkongsian ilmu, pengalaman dan praktis dalam bidang kejururawatan untuk semua jururawat. Semoga program ini dapat dapat memberi perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada semua peserta.

...

  
PEMBUKAAN KAUNTER PROMOSI DAN KLINIK GUAMAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA DAN UNIT SULH
 Update on: 19/2/2020
 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sokongan Keluarga yang ditempatkan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah membuka kaunter promosi dan klinik guaman bahagian sokongan keluarga di PPUM. Bahagian sokongan keluarga ini merupakan satu seksyen di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang berfungsi untuk memberi khidmat nasihat dan perundangan kepada pihak-pihak mengenai hak dan tuntutan nafkah serta membeantu menangani isu-isu berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Kaunter akan dibuka seperti perincian berikut:

Tarikh : 19-20 Februari 2020
Tempat : Konkos Menara Utama PPUM
Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

...

  
HARI KEUSAHAWANAN PELAJAR KOLEJ SAINS KESIHATAN PPUM
 Update on: 19/2/2020
 

Pada 19 hingga 20 Februari 2020 bermula jam 9.00 pagi-4.00 petang berlangsungnya Hari Keusahawanan Pelajar Kolej Sains Kesihatan PPUM bertempat di Dataran Siti Khadijah, Tingkat 2, Menara Timur, PPUM. Pelbagai juadah dan jualan menarik ditawarkan untuk pengungjung. Ayuh kita semua kesana!

...

  
PERSIDANGAN ENDOVASCULAR LIVE 2020 NEW DELHI
 Update on: 14/2/2020
 

Pada hari ini telah berlangsungnya dua pembedahan secara langsung daripada PPUM ke India, melalui kerjasama antara Penumbra.Inc Dan PPUM menerusi Persidangan Endovascular Live 2020, New Delhi.

Pembedahan melibatkan 2 kes, iaitu :

Kes pertama: "Chimney Endosuture Aneurysm Repair (ESAR) dengan embolisasi arteri iliak.

Kes kedua: Thoracic Endovascular Aortic Repair (TEVAR)

Pembedahan Endovaskular ini merupakan yang pertama disiarkan secara langsung ke luar negara, New Delhi, India dari Malaysia melibatkan salur darah aorta.

Tahniah diucapkan pada Doktor Pakar Dr. Ahmad Rafizi Hariz dan semua pasukan yang terlibat. Tak lupa doctor Jazree Jamaluddin sebagai moderator yang berada di India.

...

  
MAJLIS PENUTUP AUDIT PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001 : 2015 PPUM
 Update on: 14/2/2020
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Penutup Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001 : 2015 PPUM tahun 2020 oleh SIRIM Qas. International Sdn. Bhd. yang bermula pada 11 Februari 2020 hingga 14 Februari 2020. Syabas kepada semua warga PPUM di atas usaha dan komitmen yang diberikan bagi mematuhi Standard MS ISO 9001:2015.

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my