News Archive



November   2017


  
OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH WEEK 2017
 Update on: 28/11/2017
 

Minggu Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan 2017 telah dianjurkan pada 27 November 2017 untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan perkerjaan kepada staf-staf PPUM.

Majlis ini juga bertujuan menghargai jabatan-jabatan dan individu yang komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan perkerjaan sentiasa berkeadaan terbaik.

Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan sempena sambutan ini. Antaranya adalah pertandingan Fire Drill, pertandingan Sudut OSHE, dan ceramah tentang Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan.

...

  
CLOSING CEREMONY OF MAYBANK VOLUNTEERISM
 Update on: 28/11/2017
 

Sejak 2014, Maybank melalui Group Risk TLC2U telah menjalankan aktiviti kesukarelawanan setiap bulan, dan majlis penutup akan diadakan setiap tahun. Pada tahun 2014, Maybank telah berbesar hati untuk berkerjasama menjadikan salah sebuah bilik di tingkat 6 KKWK menjadi perpustakaan mini.

Pada tahun ini, Maybank sekali lagi berbesar hati untuk mengindahkan sebuah bilik penyusuan di Tingkat 6, Wad Pediatrik. PPUM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Maybank atas kerjasama yang terjalin. Semoga kerjasama ini berterusan di masa akan datang.

...

  
UMMC UNIVERSALS CHILDREN DAY 2017
 Update on: 24/11/2017
 

Pada 21 November 2017, Jabatan Pediatrik telah berkerjasama dengan Jabatan Kejururawatan dan Jabatan Dietetik serta Polis Diraja Malaysia untuk mengadakan sambutan Universals Children Day dengan tema "Stop Violence Against Children".

Pada sambutan ini, adik-adik daripada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Cacat Penglihatan Jalan Batu telah membuat penambilan khas dengan mempersembahkan nyanyian dan tarian tradisional Melayu. Sambutan pada kali ini turut mendapat sokongan daripada Astro Ceria, Nestle Nutrition Institute dan Giant.

...