News Archive



November   2019


  
MAJLIS HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (PPK)
 Update on: 29/11/2019
 

Pada 28 November 2019 telah berlangsungnya Majlis Hari Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Semoga segala cadangan dan idea baik yang dicetuskan secara musyawarah dapat direalisasikan bersama bagi mengerakkan dan memajukan lagi kesatuan ini. Ia juga boleh dijadikan sebagai satu landasan kepada ahli-ahlinya untuk meningkatkan kemuafakatan, mempertingkatkan prestasi kerja serta membantu PPUM mencapai visi dan misi PPUM.

...

  
MAJLIS TANDATANGAN MOU PEMBANGUNAN DAN KOLABORASI PENGKOMERSILAN UMMC PATIENT MOBILE APPLICATION
 Update on: 26/11/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Tandatangan MOU Pembangunan dan Kolaborasi Pengkomersilan “UMMC Patient Mobile Application. Perjanjian ini adalah bertujuan untuk membolehkan kerjasama strategik diantara PPUM dan UMCH untuk bersama-sama membangunkan aplikasi mobile untuk kegunaan Pesakit PPUM dan dalam masa yang sama juga akan mengkomersilkan inovasi produk tersebut untuk kepentingan bersama. Justeru itu, marilah kita bersama-sama berdoa dan berharap agar usahasama ini berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang telah diharapkan bagi kepentingan kedua-dua belah pihak.

...

  
LAWATAN LEAN OLEH HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG, HOSPITAL SERDANG & HOSPITAL SG BULOH KE PPUM
 Update on: 26/11/2019
 

LAWATAN LEAN OLEH HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG, HOSPITAL SERDANG & HOSPITAL SG BULOH KE PPUM

...

  
MOU SIGNING BETWEEN CIC, UMMC& NOVO NORDISK PHARMA (M) SDN BHD
 Update on: 26/11/2019
 

Today’s signing marks a remarkable milestone for UMMC. In line with UMMC mission and vision to be a world renowned medical centre providing highest quality of healthcare, medical training and research, the timing is right for this signing of this MoU with Novo Nordisk. This collaboration will serve as a platform to facilitate acceleration of the development of new and more effective medicines with efficient volunteers recruitment and conducting trials with the highest quality. Both parties can also share their know-how in clinical research and ultimately helps in achieving our country’s vision of establishing Malaysia as a preferred destination for industry-sponsored research boosting.

...

  
MAJLIS MENANDATANGANI LAPORAN PENUH VALUE MANAGEMENT PROJEK KPPL
 Update on: 26/11/2019
 

Majlis menandatangani laporan penuh ‘value management’ bagi projek pembinaan Pusat Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar dan Pakar (KPPL)

...

  
LAWATAN PERSATUAN MAHASISWA ISTIMEWA (PERMIS), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
 Update on: 22/11/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya lawatan PERMIS ke Bengkel Kerusi Roda PPUM. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang bagaimana mengendalikan pelajar istimewa di kampus khususnya yang berkerusi roda.

...

  
LAWATAN DARI UNIVERSITI GAJAH MADA INDONESIA KE JABATAN PENGIMEJAN BIO-PERUBATAN PPUM
 Update on: 22/11/2019
 LAWATAN DARI UNIVERSITI GAJAH MADA INDONESIA KE JABATAN PENGIMEJAN BIO-PERUBATAN PPUM...

  
SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA PPUM 2019
 Update on: 18/11/2019
 

Tahniah diucapkan kepada semua staf PPUM terutamanya Unit Pengurusan Fasiliti dan Jawatankuasa Kitar Semula PPUM yang telah menjayakan program Sambutan Hari Kitar Semula buat julung kalinya. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Hj Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan PPUM. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh PPUM dengan mewujudkan inisiatif bagi mengurangkan penggunaan barangan berasaskan plastik, polisterin dan barangan pakai buang agar lambakan sisa dapat dikurangkan. Semoga usaha gigih dalam pelaksanaan program kitar semula dapat membantu PPUM menjadi pusat perubatan yang bersih dan komited untuk menjadi hospital yang terbaik di Malaysia.

...

  
LAWATAN AGENSI NUKLEAR MALAYSIA KE PPUM
 Update on: 18/11/2019
 

Pada 13 November 2019, Agensi Nuklear Malaysia dengan kerjasama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah hadir ke Jabatan Pengimejan Bioperubatan dan Unit Fizik Perubatan PPUM. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melatih peserta dalam pemantauan dos radiasi pesakit bagi perubatan nuklear dan pengimejan molekul.

...

  
WORLD PREMATURITY DAY CELEBRATION 2019
 Update on: 17/11/2019
 

Pada 16 November 2019, telah diadakan Tiny Worriors Project 2019 sempena Kempen Kesedaran Anak Pramatang bertempat di Upbeat Park, Level 1 The Starling Mall. Masalah yang dihadapai anak pramatang boleh melibatkan masalah perkembangan pelbagai organ termasuk kecacatan otak. Proses perkembangan kadang-kala tidak dapat dicapai secara optima disebabkan komplikasi kelahiran. Semoga inisiatif ini diteruskan untuk memberikan sokongan moral saya kepada ibu bapa dan pahlawan kecil yang kini berada di NICU, “Be strong, everything will be ok!”

...

  
HARI JANTUNG SEDUNIA 2019 PERINGKAT PPUM
 Update on: 16/11/2019
 

Sambutan Hari Jantung merupakan platform simbolik dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai penyakit jantung dan pada masa yang sama mengingatkan kita bahawa penyakit yang boleh dicegah dengan mengambil langkah-langkah terhadap faktor-faktor risiko penyakit jantung, seperti diet yang tidak sihat, kurang melakukan aktiviti fizikal dan lain-lain lagi. Unit Kardiologi PPUM adalah salah satu daripada unit yang mengendalikan perkhidmatan kecemasan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun dan berada di barisan hadapan untuk menangani permintaan yang semakin meningkat bagi rawatan kecemasan koronari. Tahniah diucapkan kepada Unit Kardiologi PPUM!. Semoga usaha dan inisiatif ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

...

  
KEMPEN WORLD ANTIBIOTIC AWARENESS WEEK 2019
 Update on: 13/11/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Kempen World Antibiotic Awareness Week 2019 Peringkat PPUM. Pelan tindakan global terhadap kerintangan antibiotik telah menyenaraikan beberapa objektif, termasuklah peningkatan kesedaran kerintangan antibiotik, pengukuhan sistem penyeledikan dan pengawasan aktiviti kerintangan antibiotik, pengurangan insiden jangkitan melalui sistem sanitasi serta meningkatkan pelaburan dalam penghasilan antibiotik baru. Semoga dengan adanya program ini, informasi dan maklumat kepada warga PPUM khususnya dan pesakit serta orang awam mengenai kepentingan kesedaran dalam penggunaan Antibiotik untuk membantu pesakit berdikari dan positif menjalani kehidupan.

...

  
MAJLIS ANUGERAH KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN 2019 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
 Update on: 12/11/2019
 

Jabatan Dietetik dan Jabatan Pembangunan Perniagaan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Lembah Pantai telah mengadakan audit yg berterusan ke atas setiap premis di Bangunan Kecemasan, PPUM. Hasil dari pemantauan yang berterusan sebanyak 8 premis di bangunan tersebut telah berjaya mendapat sijil pengiktirafan bersih, selamat dan sihat (BESS).

Penyampaian sijil telah diadakan pada Majlis Anugerah Keselamatan dan Kualiti Makanan 2019 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Majlis telah diadakan pada 11 November 2019 dan dirasmikan oleh Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di Grand Mesmera Ballroom Hotel Everly Putrajaya.

Objektif majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengendali makanan yg terdiri daripada pengusaha kilang makanan, "food truck" serta kedai makan/restoran yang memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan di premis masing-masing di tahap terbaik. Tahniah kepada jabatan dan auditor-auditor yang terlibat.

...