News Archive

April   2018


  
MAJLIS PENUTUP AUDIT PPUM SEBAGAI HOSPITAL RAKAN BAYI
 Update on: 26/4/2018
 Pada 25 April 2018, Majlis Penutup Audit PPUM Sebagai Hospital Rakan Bayi telah diadakan di Bilik Konferen, Tingkat 7, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi. Majlis telah ditutup dengan rasminya oleh Prof. Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan). Majlis turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Azura binti Mansor, Timbalan Pengarah Perubatan Klinikal (Surgikal), Puan Che Zuraini binti Sulaiman, Timbalan Pengarah Ikhtisas dan Prof. Dr. Jamiyah binti Hassan, Pakar Perunding Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Susu Ibu PPUM.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua staf yang sentiasa berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang sesi pengauditan dan memastikan pematuhan kepada standard dan polisi yang ditetapkan....

  
MAJLIS PENGHARGAAN PERKHIDMATAN PPUM 2018 (PESARA DAN SETIA)
 Update on: 19/4/2018
 Pada 18 April 2018, PPUM telah mengadakan Majlis Penghargaan Perkhidmatan PPUM 2018 (Pesara dan Setia) bagi meraikan para pesara dan staf yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun dan 30 tahun. Majlis turut dihadiri oleh Dato'' Seri Ir. Mohamad Othman bin Zainal Azim, Pengerusi Lembaga Pengurus PPUM, Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin dan ahli-ahli pengurusan PPUM. Pada tahun ini, seramai 88 orang pesara dan bakal pesara akan bersara dari perkhidmatan di PPUM. Di samping itu, seramai 46 staf dan 32 staf yang setia berkhidmat di PPUM selama 20 dan 30 tahun yang terdiri dari pelbagai kategori jawatan juga akan menerima anugerah setia. Kepada para pesara, selamat bersara dan semoga masa yang terluang akan tetap terisi dengan aktiviti bersama keluarga tercinta. Kepada yang menerima anugerah setia, tahniah dan syabas diucapkan kerana telah setia bersama PPUM serta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan cemerlang bagi memastikan kejayaan PPUM sehingga kini....

  
MAJLIS PENGHARGAAN PERKHIDMATAN PPUM 2018
 Update on: 19/4/2018
 Majlis Penghargaan Perkhidmatan PPUM 2018 khusus untuk meraikan staf PPUM yang cemerlang bagi tahun 2017 telah diadakan pada 17 April 2018 di Bilik Konferen 3, Tingkat 12, Menara Selatan. Majlis telah dirasmikan oleh Dato'' Seri Ir. Mohamad Othman bin Zainal Azim, Pengerusi Lembaga Pengurus PPUM. Seramai 334 orang staf telah berjaya mendapat anugerah cemerlang dimana 293 orang staf adalah dari Kumpulan Pelaksana, 39 orang staf dari Kumpulan Pengurusan Profesional dan 2 orang adalah dari Pengurusan Tertinggi. Pada tahun ini juga, pihak Pengurusan PPUM telah bersetuju menyampaikan Anugerah Khas kepada staf yang berwibawa, keterampilan serta memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Di antara penerima Anugerah Khas Pengarah adalah Prof. Dato'' Dr. Tunku Sara bt Tunku Ahmad Yahaya, Abidah bt Yasin, K. Gunasagaran a/l Karuthakannan, HAmzah bin Abdul dan Prof. Madya Dr. Sasheela a/p Sri La Sri Ponnampalavanar....

  
PERTANDINGAN MENCARI HARTA KARUN PPUM
 Update on: 19/4/2018
 Pertandingan Mencari Harta Karun sempena Hari Terbuka PPUM dan Sambutan Jubli Emas PPUM telah diadakan pada 13 April 2018. En. Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan telah melepaskan sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut. Penyertaan adalah sangat mengalakkan sehingga pihak urusetia perlu menghadkan penyertaan memandangkan ruang PPUM yang terhad. Pertandingan harta karun telah dimenangi oleh kumpulan:- Tempat pertama - Anak-anak Pn. Zu dari Perkhidmatan Ambulatori Tempat kedua - Kakak Bawang dari Unit Perubatan Bio-Medikal Tempat ketiga - Seamang Jabatan Perubatan Kecemasan Tempat keempat - JPK Power dari Jabatan Perhubungan Korporat Tempat kelima - Nenas...

  
MAJLIS PENUTUP HARI TERBUKA PPUM 2018
 Update on: 19/4/2018
 PPUM telah berjaya mengdakan hari Tebuka PPUM sempena Sambutan Jubli Emas PPUM 2018 selama seminggu mulai 9 April 2018. Majlis kemuncak pula iaitu Majlis Penutup Hari Terbuka telah diadakan pada 13 April 2018 di Pasar Siti Khadijah PPUM dan majlis telah ditutup dengan rasminya oleh Prof. Madya Dr. Nazirah bt Hasnan. Timbalan-Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Jabatan turut hadir memeriahkan majlis. Pameran, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada Jabatan-Jabatan yang mengambil bahagian telah diadakan. Sambutan dan penyertaan oleh staf dan orang awam sepanjang tempoh Hari Terbuka PPUM 2018 adalah sangat mengalakkan....

  
MAJLIS SAMBUTAN HARI AKTIVITI PERINGKAT PPUM 2018
 Update on: 19/4/2018
 Hari Aktiviti Fizikal telah disambut pada 6 April setiap tahun di seluruh dunia setelah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Sehubungan itu, PPUM turut sama mengadakan Majlis Sambutan Hari Aktiviti Peringkat PPUM pada 11 April 2018 di Tingkat 14, Menara Selatan. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) dan majlis turut disertai oleh Ketua-Ketua Jabatan dan lebih kurang 100 staf. Di dalam ucapan perasmian, Prof. Madya Nazirah memaklumkan aktiviti fizikal boleh mencegah seseorang dari mendapat penyakit tidak berjangkit terutamanya sekiranya ia dimulakan sejak dari usia muda lagi. Ini adalah kerana fakta menunjukkan lebih daripada 80% penduduk remaja global masih tidak aktif. Tema Hari Aktiviti Fizikal adalah ''Jom Menjadi Aktif Setiap Hari''. Marilah kita sama-sama membentuk komuniti Pusat Perubatan yang aktif dan menjadi contoh kepada masyarakat....

  
HARI TERBUKA PPUM SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS PPUM 2018
 Update on: 19/4/2018
 Pada 9 April 2018 telah berlangsung Majlis Perasmian Hari Terbuka PPUM bersempena dengan Sambutan Jubli Emas PPUM. Hari Terbuka ini diadakan selama 5 hari bermula pada 9 April 2018 dan berakhir pada 13 April 2018. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan), PPUM. Prof. Madya Nazirah binti Hasnan berkata, Penganjuran Hari Terbuka ini adalah untuk berkongsi maklumat kepada umum mengenai sejarah penubuhan dan perkhidmatan di PPUM yang telah ditubuhkan sebagai hospital pengajaran yang pertama di Malaysia. Disamping itu, Hari Terbuka ini juga akan mendekatkan diri staf dan masyarakat serta mengetahui dengan lebih lanjut peristiwa penting, perkembangan dan segala aktiviti dan pencapaian yang pernah tercatat dalam lipatan sejarah PPUM. Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang Hari Terbuka tersebut. Di antaranya adalah pameran oleh Jabatan-Jabatan dan Unit, demonstrasi CPR, ceramah, ujian kesihatan, kaunter agensi kerajaan dan swasta seperti Pusat Pungutan Zakat, Lembaga Tabung Haji, Bank Islam, Treasure Hunt dan Senam Terra Robik. Staf dan orang awam adalah dijemput untuk menghadiri Hari Terbuka ini untuk sama-sama menambah ilmu dan menyertai aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Tahniah PPUM di atas Sambutan Jubli Emas pada tahun 2018. Semoga PPUM akan terus dikenali di Malaysia dan peringkat global....

  
ENDOSCOPY WORKSHOP TAHUN 2018
 Update on: 19/4/2018
 Pada 7 April 2018 telah berlangsung Majlis Perasmian ''Endoscopy Workshop'' Tahun 2018. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Madya Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan) di Auditorium, Tingkat 13, Menara Selatan. International Endoscopy Workshop telah diadakan selama 3 hari bermula pada 6 April sehingga 8 April 2018....

  
LAWATAN OLEH IBU PEJABAT POLIS DAERAH PETALING JAYA
 Update on: 19/4/2018
 Pada 4 April 2018, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah mengadakan lawatan ke PPUM sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 211, Tahun 2018. Tuan ACP Mohd Zani bin Che Din, Ketua Balai Polis Daerah Petaling Jaya dan Pn. Azizah binti Bejuri, Pengerusi PERKEP telah mengetuai lawatan bersama dengan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Daerah Petaling Jaya serta ahli-ahli PERKEP. YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah Pusat Perubatan Universiti Malaya turut mengiringi pelawat. Sebagai menghargai komitmen dan jalinan kerjasama erat di antara kedua-dua organisasi, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya juga telah menyampaikan surat penghargaan dan cenderahati kepada Jabatan-Jabatan di PPUM yang terlibat secara langsung di dalam membantu penugasan rasmi Polis DiRaja Malaysia. Disamping itu, penyampaian cenderahati bersama-sama dengan maskot ''SUPERHERO'' untuk menceriakan pesakit-pesakit di Wad Pediatrik 8PA dan 8PB juga telah diadakan. Tahniah kepada Jabatan Polis DiRaja Malaysia khususnya kepada Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Petaling Jaya sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Yang ke 211 Tahun 2018. Diharap kerjasama yang erat ini akan diteruskan. Terima kasih semua, terimalah serangkap pantun ini:- Enaknya rasa sibuah beri Sungguh manis dan berseri Terima kasih ucapan diberi Kerana sudi hadir kemari...

  
LAWATAN SYARIKAT E2L (EDUCATE TO LEARN SDN. BHD)
 Update on: 19/4/2018
 Pada 3 April 2018, Syarikat Educate To Learn Sdn. Bhd. iaitu syarikat yang menerbitkan program siri kanak-kanak Chichi dan Chacha untuk TV3 dan Astro telah mengadakan aktiviti dan tanggungjawab sosial di wad Pediatrik, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Lawatan telah diketuai oleh Syed Halim bin Syed Jalaluddin, Ketua, Jabatan Kreatif, Aturcara Penjenamaan dan Pemasaran, syarikat berkenaan. Di antara aktiviti yang diadakan adalah persembahan oleh Maskot Chichi dan Chacha serta penyampaian sumbangan kepada pesakit kanak-kanak di PPUM. Semoga lawatan dan tanggungjawab sosial ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Terima kasih Chichi dan Chacha.......

  
SAMBUTAN MINGGU PEMAKANAN PERINGKAT PPUM BAGI TAHUN 2018
 Update on: 3/4/2018
 Pada 3 Mac 2018, Majlis Perasmian Minggu Pemakanan (Nutrition Month) peringkat PPUM telah diadakan di Dataran Siti Khadijah, PPUM. Majlis telah dirasmikan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Majlis turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal (Perubatan), Prof Madya Azura binti Mansor, Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal), En. Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan PPUM dan Puan Che Zuraini binti Sulaiman, Timbalan Pengarah (Ikhtisas) PPUM dan Ketua-Ketua Jabatan.

Pelbagai aktiviti seperti ceramah, pameran, booth, senaman dan penjualan makanan sihat akan diadakan sepanjang minggu sambutan Bulan Pemakanan ini. Tema bagi sambutan adalah ''Eat Healthy and Be Active - Your Choice to Prevent NCDS''. Diharap warga PPUM khasnya dan masyarakat amnya dapat mengamalkan gaya hidup sihat di dalam urusan seharian dan seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit-penyakit tidak berjangkit (non communicable Diseases) yang juga penyebab utama kematian di Malaysia....

  
LAWATAN PUSAT PERUBATAN CANSELOR TUNKU MUKHRIZ KE JABATAN PENGIMEJAN BIO-PERUBATAN PPUM
 Update on: 2/4/2018
 Lawatan oleh staf Pusat Perubatan Canselor Tunku Mukhriz ke Jabatan Pengimejan Bio-Perubatan terutamanya untuk melihat Digital Breast Tomosynthesis Unit (Hologic) PPUM pada 27 Mac 2018. Lawatan ini telah disertai oleh 6 orang staf yang terdiri dari 3 orang Pakar Perunding Radiologi dan 3 orang Juru X-Ray.

Objektif lawatan ini adalah untuk menambah pengetahuan bertukar-tukar pandagan di dalam Digital Breast Tomosynthesis and Tomo guided biopsy procedure....

  
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN
 Update on: 2/4/2018
 Majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Inno Bio Ventures-Alteogen, Inc Korea & Inno Bio Ventures - Universiti Malaya...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my