News Archive



October   2019


  
MAJLIS PENYERAHAN DANA DARIPADA MYHEART
 Update on: 30/10/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya majlis penyerahan sumbangan daripada MyHeart kepada adik Nur Raysia Adelia sebanyak RM40,000. Sumbangan ini adalah bertujuan bagi membolehkan pesakit menjalani rawatan dengan ubat Eculizumab. Turut hadir bersama di dalam majlis ialah Profesor Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal Perubatan (PPUM). Semoga sumbangan seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi meringankan beban pesakit yang memerlukan bantuan.

...

  
LAWATAN DARI CUCMS
 Update on: 25/10/2019
 

Pada hari ini, pelajar jurusan Sarjana Muda Fisioterapi Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) telah hadir ke PPUM untuk lawatan sambil belajar. Mereka turut berkesempatan untuk melawat Unit Rawatan Intensif dan Jabatan Pemulihan PPUM. Tujuan utama lawatan adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada peranan Fisioterapis dalam dunia pekerjaan sebenar dan multidisiplin yang lain. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

...

  
LAWATAN MCDONALDS KE WAD PEDIATRIK
 Update on: 23/10/2019
 

Pada hari ini McDonald’s Malaysia telah hadir ke Wad Pediatrik PPUM dengan memberi lebih 200 bungkusan makanan dan cenderamata untuk pesakit serta staf di PPUM. Pihak PPUM mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan semoga perkara ini akan diteruskan lagi di masa akan datang.

...

  
HARI ANESTESIA SEDUNIA PERINGKAT PPUM
 Update on: 21/10/2019
 

Pada 20 Oktober 2019 telah berlangsungnya Sambutan Hari Anestesia Sedunia Peringkat PPUM bertempat di Dewan Serbaguna Taman Dato’ Harun. Sebagai pengamal perubatan, tanggungjawab yang dilaksanakan bukan sekadar memberi rawatan perubatan kepada pesakit tetapi juga melaksanakan tanggungjawab so