News Archive

July   2016


  
SAMBUTAN HARI JURURAWAT PERINGKAT PPUM DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016
 Update on: 27/7/2016
 22 JULAI 2016

Bertempat di Konferens 3, Menara Selatan, PPUM, Jabatan Kejururawatan PPUM mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya di samping mengambil kesempatan meraikan para Jururawat PPUM yang sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Jamuan Hari Raya ini telah dihadiri oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman, Pengarah PPUM dan isteri, bersama YDH Prof. Madya Dr. Nazirah, Timbalan Pengarah (Klinikal) bersama para Pegawai Kejururawatan.

Majlis turut dimeriahkan dengan kejutan oleh tetamu undangan khas, YBhg Dato Aznil Haji Nawawi yang sudi hadir meraikan seluruh tetamu pada malam tersebut.

Bagi pihak urusetia, PPUM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato Aznil serta penaja dari Bank Rakyat yang sudi hadir memeriahkan majlis.

Ucapan terima kasih juga buat urusetia yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
...

  
LAWATAN TIMBALAN MENTERI KESIHATAN, SUMBER MANUSIA & KEBAJIKAN JEPUN KE PPUM
 Update on: 27/7/2016
 22 JULAI 2016

PPUM menerima kunjungan Yang Dihormati Puan Naomi Tokashiki, Timbalan Menteri Kesihatan, Sumber Manusia & Kebajikan Jepun bersama delegasi untuk melawat ke Unit Geriatrik, Jabatan Perubatan Pemulihan, Jabatan Perubatan Kecemasan dan Jabatan Farmasi PPUM.

Para pelawat yang hadir seramai 10 orang dibawa ke lokasi berkenaan dan diiringi oleh Yang Mulia Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Lawatan turut diiringi para timbalan pengarah serta ketua dan wakil dari jabatan/unit yang terlibat. Rangka lawatan selama sejam itu diakhiri dengan pertukaran cenderahati kenang-kenangan kefua-dua pihak.

Terima kasih kepada delegasi Jepun ini kerana sudi hadir mengadakan lawatan yang bertujuan berkongsi kepakaran dalam bidang berkaitan.

Jabatan Perhubungan Awam juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan lawatan ini.
...

  
SIGNIFIKAN SAMBUTAN HAND HYGIENE DAY
 Update on: 21/7/2016
 

Sambutan Hand Hygiene Day peringkat PPUM merupakan salah satu usaha untuk mewujudkan kesedaran di kalangan staf, pesakit dan juga pelawat di PPUM tentang kepentingan menjaga kebersihan tangan. Selain itu, kempen ini turut dijalankan bertujuan memotivasikan staf PPUM untuk mencuci tangan mengikut lan