Archive



November   2019


  
MAJLIS HARI PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN (PPK)
 Update on: 29/11/2019
 

Pada 28 November 2019 telah berlangsungnya Majlis Hari Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Semoga segala cadangan dan idea baik yang dicetuskan secara musyawarah dapat direalisasikan bersama bagi mengerakkan dan memajukan lagi kesatuan ini. Ia juga boleh dijadikan sebagai satu landasan kepada ahli-ahlinya untuk meningkatkan kemuafakatan, mempertingkatkan prestasi kerja serta membantu PPUM mencapai visi dan misi PPUM.

...

  
MAJLIS TANDATANGAN MOU PEMBANGUNAN DAN KOLABORASI PENGKOMERSILAN UMMC PATIENT MOBILE APPLICATION
 Update on: 26/11/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Tandatangan MOU Pembangunan dan Kolaborasi Pengkomersilan “UMMC Patient Mobile Application. Perjanjian ini adalah bertujuan untuk membolehkan kerjasama strategik diantara PPUM dan UMCH untuk bersama-sama membangunkan aplikasi mobile untuk kegunaan Pesakit PPUM dan dalam masa yang sama juga akan mengkomersilkan inovasi produk tersebut untuk kepentingan bersama. Justeru itu, marilah kita bersama-sama berdoa dan berharap agar usahasama ini berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang telah diharapkan bagi kepentingan kedua-dua belah pihak.

...

  
LAWATAN LEAN OLEH HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG, HOSPITAL SERDANG & HOSPITAL SG BULOH KE PPUM
 Update on: 26/11/2019
 

LAWATAN LEAN OLEH HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG, HOSPITAL SERDANG & HOSPITAL SG BULOH KE PPUM

...

  
MOU SIGNING BETWEEN CIC, UMMC& NOVO NORDISK PHARMA (M) SDN BHD
 Update on: 26/11/2019
 

Today’s signing marks a remarkable milestone for UMMC. In line with UMMC mission and vision to be a world renowned medical centre providing highest quality of healthcare, medical training and research, the timing is right for this signing of this MoU with Novo Nordisk. This collaboration will serve as a platform to facilitate acceleration of the development of new and more effective medicines with efficient volunteers recruitment and conducting trials with the highest quality. Both parties can also share their know-how in clinical research and ultimately helps in achieving our country’s vision of establishing Malaysia as a preferred destination for industry-sponsored research boosting.

...

  
MAJLIS MENANDATANGANI LAPORAN PENUH VALUE MANAGEMENT PROJEK KPPL
 Update on: 26/11/2019
 

Majlis menandatangani laporan penuh ‘value management’ bagi projek pembinaan Pusat Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar dan Pakar (KPPL)

...

  
LAWATAN PERSATUAN MAHASISWA ISTIMEWA (PERMIS), UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
 Update on: 22/11/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya lawatan PERMIS ke Bengkel Kerusi Roda PPUM. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang bagaimana mengendalikan pelajar istimewa di kampus khususnya yang berkerusi roda.

...

  
LAWATAN DARI UNIVERSITI GAJAH MADA INDONESIA KE JABATAN PENGIMEJAN BIO-PERUBATAN PPUM
 Update on: 22/11/2019
 LAWATAN DARI UNIVERSITI GAJAH MADA INDONESIA KE JABATAN PENGIMEJAN BIO-PERUBATAN PPUM...

  
SAMBUTAN HARI KITAR SEMULA PPUM 2019
 Update on: 18/11/2019
 

Tahniah diucapkan kepada semua staf PPUM terutamanya Unit Pengurusan Fasiliti dan Jawatankuasa Kitar Semula PPUM yang telah menjayakan program Sambutan Hari Kitar Semula buat julung kalinya. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Hj Iskandar bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan PPUM. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh PPUM dengan mewujudkan inisiatif bagi mengurangkan penggunaan barangan berasaskan plastik, polisterin dan barangan pakai buang agar lambakan sisa dapat dikurangkan. Semoga usaha gigih dalam pelaksanaan program kitar semula dapat membantu PPUM menjadi pusat perubatan yang bersih dan komited untuk menjadi hospital yang terbaik di Malaysia.

...

  
LAWATAN AGENSI NUKLEAR MALAYSIA KE PPUM
 Update on: 18/11/2019
 

Pada 13 November 2019, Agensi Nuklear Malaysia dengan kerjasama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah hadir ke Jabatan Pengimejan Bioperubatan dan Unit Fizik Perubatan PPUM. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melatih peserta dalam pemantauan dos radiasi pesakit bagi perubatan nuklear dan pengimejan molekul.

...

  
WORLD PREMATURITY DAY CELEBRATION 2019
 Update on: 17/11/2019
 

Pada 16 November 2019, telah diadakan Tiny Worriors Project 2019 sempena Kempen Kesedaran Anak Pramatang bertempat di Upbeat Park, Level 1 The Starling Mall. Masalah yang dihadapai anak pramatang boleh melibatkan masalah perkembangan pelbagai organ termasuk kecacatan otak. Proses perkembangan kadang-kala tidak dapat dicapai secara optima disebabkan komplikasi kelahiran. Semoga inisiatif ini diteruskan untuk memberikan sokongan moral saya kepada ibu bapa dan pahlawan kecil yang kini berada di NICU, “Be strong, everything will be ok!”

...

  
HARI JANTUNG SEDUNIA 2019 PERINGKAT PPUM
 Update on: 16/11/2019
 

Sambutan Hari Jantung merupakan platform simbolik dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai penyakit jantung dan pada masa yang sama mengingatkan kita bahawa penyakit yang boleh dicegah dengan mengambil langkah-langkah terhadap faktor-faktor risiko penyakit jantung, seperti diet yang tidak sihat, kurang melakukan aktiviti fizikal dan lain-lain lagi. Unit Kardiologi PPUM adalah salah satu daripada unit yang mengendalikan perkhidmatan kecemasan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun dan berada di barisan hadapan untuk menangani permintaan yang semakin meningkat bagi rawatan kecemasan koronari. Tahniah diucapkan kepada Unit Kardiologi PPUM!. Semoga usaha dan inisiatif ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

...

  
PRESSURE INJURY PREVENTION WORKSHOP
 Update on: 21/11/2019
 

Tarikh : 7 Disember 2019 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Serbaguna Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Objektif kursus :

  1. Memberi maklumat mengenai kecederaan tekanan kepada anggota kakitangan kesihatan.
  2. Mendedahkan peserta kemahiran asas kehidupan dalam pencegahan kecederaan tekanan bagi orang yang mengalami kecederaan saraf tunjang.
  3. Memastikan peserta mempunyai kemahiran dan keyakinan dan sentiasa meningkatkan kemahiran ini melalui latihan dan maklum balas.
  4. Mengetahui bagaimana untuk mengenali, mencegah dan merawat kecederaan tekanan.

click here for more info...

...

  
GOOD CLINICAL PRACTICE WORKSHOP
 Update on: 19/11/2019
 Date : 03 - 05 December 2019
Time : 8am - 5pm
Event : PAUM Clubhouse, Damansara

Click here for more info.....

  
KEMPEN WORLD ANTIBIOTIC AWARENESS WEEK 2019
 Update on: 13/11/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Kempen World Antibiotic Awareness Week 2019 Peringkat PPUM. Pelan tindakan global terhadap kerintangan antibiotik telah menyenaraikan beberapa objektif, termasuklah peningkatan kesedaran kerintangan antibiotik, pengukuhan sistem penyeledikan dan pengawasan aktiviti kerintangan antibiotik, pengurangan insiden jangkitan melalui sistem sanitasi serta meningkatkan pelaburan dalam penghasilan antibiotik baru. Semoga dengan adanya program ini, informasi dan maklumat kepada warga PPUM khususnya dan pesakit serta orang awam mengenai kepentingan kesedaran dalam penggunaan Antibiotik untuk membantu pesakit berdikari dan positif menjalani kehidupan.

...

  
MAJLIS ANUGERAH KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN 2019 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
 Update on: 12/11/2019
 

Jabatan Dietetik dan Jabatan Pembangunan Perniagaan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Lembah Pantai telah mengadakan audit yg berterusan ke atas setiap premis di Bangunan Kecemasan, PPUM. Hasil dari pemantauan yang berterusan sebanyak 8 premis di bangunan tersebut telah berjaya mendapat sijil pengiktirafan bersih, selamat dan sihat (BESS).

Penyampaian sijil telah diadakan pada Majlis Anugerah Keselamatan dan Kualiti Makanan 2019 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Majlis telah diadakan pada 11 November 2019 dan dirasmikan oleh Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di Grand Mesmera Ballroom Hotel Everly Putrajaya.

Objektif majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pengendali makanan yg terdiri daripada pengusaha kilang makanan, "food truck" serta kedai makan/restoran yang memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan di premis masing-masing di tahap terbaik. Tahniah kepada jabatan dan auditor-auditor yang terlibat.

...

  
SAMBUTAN HARI DIABETES SEDUNIA PERINGKAT PPUM 2019
 Update on: 12/11/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat PPUM 2019. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah “Diabetes dan Keluarga” merujuk kepada pesakit diabetes khususnya dan kepada keluarga mereka amnya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Dihormati Profesor Madya Dr. Azura binti Mansor, Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal) PPUM. Semoga dengan adanya program ini dapat memberi informasi serta maklumat kepada warga PPUM khususnya dan pesakit serta orang awam mengenai kepentingan saringan diabetes untuk membantu pesakit berdikari di samping positif menjalani kehidupan.

...

  
THIRD PRIZE WINNER FOR BEST TEAM PUBLIC SECTOR (FEDERAL) CATEGORY AT ANNUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION CONFERENCE AND EXPOSITION (APIC) 2019
 Update on: 11/11/2019
 

Quality Improvement Team (QIT) known as CTwarriors from the Department of Biomedical Imaging has won the Third Prize among the 20 Best Public Sector (Federal) category in the Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2019, which was held from 5-7 November 2019 at the Sunway Pyramid Convention Center.

The quality improvement project titled “CT Chest Abdomen Pelvis: Optimizing Contrast Media Based on Body Weight and Bolus Tracking Method” has also received a 5 Star (Gold Award) at the national convention for cost savings and ensuring patient safety. With this award, the CTwarriors team will compete internationally at Dhaka, Bangladesh in 2020.

The APIC 2019 event is an annual program organized by the Malaysian Productivity Corporation (MPC) aimed at providing a platform for various industries to share best practices in improving productivity, quality, innovation, service delivery and customer satisfaction. This year''s program was attended by 300 groups representing 125 organizations sharing their effectiveness on productivity improvement projects at their respective organizations.

It is hoped that this success will inspire all the staff of UMMC to pursue quality improvement activities continuously at their respective departments or units.

Congratulations to CTwarriors team on their success and achievement! All the best in competing at international platform in 2020.

...

  
HARI RADIOGRAFI SEDUNIA PERINGKAT PPUM 2019
 Update on: 8/11/2019
 

Jabatan Pengimejan merupakan salah sebuah jabatan yang penting dan memberikan perkhidmatan sokongan kepada semua jabatan klinikal yang lain. Justeru itu, hari ini telah berlangsungnya Hari Radiografi Sedunia Peringkat PPUM 2019 yang telah dirasmikan oleh YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Semoga Jabatan Pengimejan terus cemerlang di samping memberi sokongan kepada perkhidmatan mendiagnosa dan merawat abnormaliti khususnya bagi pesakit-pesakit di PPUM.

...

  
INTERNATIONAL DAY OF MEDICAL PHYSICS 2019
 Update on: 5/11/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya “International Day of Medical Physics 2019” dengan tema ‘It’s a Medical Physics World’. Majlis telah dirasmikan oleh YM Profesor Dr. Tunku Kamarul Zaman bin Tunku Zainol Abidin, Pengarah PPUM. Tahniah kepada semua Ahli Fizik Perubatan, PPUM atas usaha gigih melakukan promosi budaya kerja yang selamat di samping memperkenalkan kerjaya mereka dalam perkhidmatan sokongan klinikal dan teknikal sehingga mereka kini telah menjadi sebahagian dari PPUM secara khususnya.

...

  
NOTIS
 Update on: 4/11/2019
 

Untuk makluman tuan, Jabatan Kejuruteraan PPUM bersama Jabatan Bomba akan mengadakan Pemeriksaan FC Bomba Asrama Jururawat Anjung Puteri, maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh : 6 November 2019
Tempat : Bangunan Asrama Jururawat PPUM
Masa : 2:30 petang

...

  
HOSPITAL INFECTION CONTROL 2020
 Update on: 5/11/2019
 

Date : 14 - 16 January 2020
Venue : University Malaya Medical Centre

click here for more info...

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my