Archive



October   2019


  
MAJLIS PENYERAHAN DANA DARIPADA MYHEART
 Update on: 30/10/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya majlis penyerahan sumbangan daripada MyHeart kepada adik Nur Raysia Adelia sebanyak RM40,000. Sumbangan ini adalah bertujuan bagi membolehkan pesakit menjalani rawatan dengan ubat Eculizumab. Turut hadir bersama di dalam majlis ialah Profesor Madya Dr. Nazirah binti Hasnan, Timbalan Pengarah Klinikal Perubatan (PPUM). Semoga sumbangan seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi meringankan beban pesakit yang memerlukan bantuan.

...

  
LAWATAN DARI CUCMS
 Update on: 25/10/2019
 

Pada hari ini, pelajar jurusan Sarjana Muda Fisioterapi Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) telah hadir ke PPUM untuk lawatan sambil belajar. Mereka turut berkesempatan untuk melawat Unit Rawatan Intensif dan Jabatan Pemulihan PPUM. Tujuan utama lawatan adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada peranan Fisioterapis dalam dunia pekerjaan sebenar dan multidisiplin yang lain. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

...

  
LAWATAN MCDONALDS KE WAD PEDIATRIK
 Update on: 23/10/2019
 

Pada hari ini McDonald’s Malaysia telah hadir ke Wad Pediatrik PPUM dengan memberi lebih 200 bungkusan makanan dan cenderamata untuk pesakit serta staf di PPUM. Pihak PPUM mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan semoga perkara ini akan diteruskan lagi di masa akan datang.

...

  
HARI ANESTESIA SEDUNIA PERINGKAT PPUM
 Update on: 21/10/2019
 

Pada 20 Oktober 2019 telah berlangsungnya Sambutan Hari Anestesia Sedunia Peringkat PPUM bertempat di Dewan Serbaguna Taman Dato’ Harun. Sebagai pengamal perubatan, tanggungjawab yang dilaksanakan bukan sekadar memberi rawatan perubatan kepada pesakit tetapi juga melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Maria Chin Abdullah, Ahli Parlimen Petaling Jaya. Turut hadir Yang Berhormat Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri, Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan. Semoga dengan adanya pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan CPR khususnya pada hari tersebut dapat memupuk keyakinan untuk mempraktikkannya jika berlaku kecemasan di luar hospital.

...

  
ISTIADAT KONVOKESYEN SIDANG KESEPULUH UM BAGI PELAJAR PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA 2019
 Update on: 16/10/2019
 

Pada hari ini telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen UM sidang ke sepuluh graduan Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi tahun 2019. Tahniah dan syabas kepada semua graduan. Segala usaha, kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi dunia pembelajaran akhirnya membuahkan hasil. Semestinya perasaan gembira jelas terpapar di wajah 291 graduan dan ibubapa dalam meraikan hari yang bersejarah dan penuh bermakna ini. Kejayaan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

...

  
PERASMIAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN KALI KE-2 PUSAT PERUBATAN AKADEMIK
 Update on: 16/10/2019
 

Pada tahun ini, persidangan memfokuskan Program Keberkesanan Big Data Diperingkat Hospital Pengajar Universiti. Persidangan ini telah diadakan bermula pada 15 Oktober 2019 sehingga 17 Oktober 2019 bertempat di Dewan Za’ba Kementerian Pendidikan Malaysia. Tema persidangan adalah ‘Pendekatan Data dalam Memacu Pengurusan Hospital’. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

...

  
LAWATAN OLEH PELAJAR INSTITUT LATIHAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
 Update on: 15/10/2019
 

Peserta Kursus Diploma Lanjutan Ambilan September 2019 dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Kejururawatan Melaka telah mengadakan Educational Visit ke Unit Geriatrik dan Wad 13U, PPUM pada 15 Oktober 2019. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan dan mengaplikasikan teori kepada praktis secara lebih berkesan.

...

  
LAWATAN INNER WHEEL CLUB OF KUALA LUMPUR KE WAD KANSER PEDIATRIK PPUM
 Update on: 10/10/2019
 

Terima kasih diucapkan kepada Inner Wheel Club of Kuala Lumpur atas kesudian melawat Wad Kanser Pediatrik PPUM. Sebuah peti sejuk serta cenderamata turut di sumbangkan oleh mereka bagi menambah keselesaan pesakit di PPUM. Turut hadir Y.A. Bhg Toh Puan Dato´ Seri Hajah Dr Aishah Ong, Pro-Canselor Universiti Malaya juga merupakan salah seorang ahli kehormat untuk Inner Wheel Club of Kuala Lumpur. Ribuan terima kasih diucapkan dan semoga lawatan seperti ini akan dapat diteruskan di masa akan datang.

...

  
LAWATAN AKREDITASI MQA/LEMBAGA FARMASI MALAYSIA KE PPUM
 Update on: 10/10/2019
 

Lawatan akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency) dan Lembaga Farmasi Malaysia ke Jabatan Farmasi PPUM pada 9 Oktober 2019.

...

  
ADVANCED CARDIAC LIFE SUPPORT
 Update on: 11/10/2019
 

Date : 25 & 26 November 2019
Venue : Cendikia Room, Level 1, Emergency Building, University Malaya Medical Centre

click here for more info...

...

  
HARI WARGA EMAS ANTARABANGSA PERINGKAT PPUM
 Update on: 4/10/2019
 

Pada pagi ini telah berlangsungnya Hari Warga Emas Antarabangsa peringkat PPUM yang dirasmikan oleh Profesor Madya Dr Azura binti Mansor, Timbalan Pengarah Klinikal Surgikal PPUM. Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO telah menamakan dekad 2020 hingga 2030 sebagai “Dekad untuk Penuan Sihat” di mana ia adalah peluang untuk mengumpulkan semua pihak termasuk kerajaan, masyarakat, agensi antarabangsa, profesional, akademik, media dan sektor swasta selama sepuluh tahun bersama bagi memperkasakan tindakan pemangkin dan kolaboratif untuk memperbaiki kehidupan orang tua, keluarga mereka dan masyarakat.

...

  
PEARLS OF KNOWLEDGE WORKSHOP FOR NEONATAL NURSE PRACTITIONERS
 Update on: 7/10/2019
 

Date :19 - 20 November 2019
Venue : Auditorium, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Kompleks KKWK, University Malaya Medical Centre

click here for more info...

...

  
STOMA CARE CLINICAL ATTACHMENT (SOCA) 2019
 Update on: 7/10/2019
 

Date : 18 November - 6 December 2019
Venue : University Malaya Medical Centre

click here for more info...

...

  
1ST VASCULAR WORKSHOP 2019
 Update on: 7/10/2019
 

Date : 7 December 2019
Time : 08:00 - 17:00
Venue : Conference Room 2, Menara Selatan, University Malaya Medical Centre

click here for more info...

...

  
PHLEBOTOMY WORKSHOP 2019
 Update on: 7/10/2019
 

Date : 12 - 13 November 2019
Venue : Division of Laboratory Medicine Training Room, Level 4, Menara Timur, UMMC

click here for more info...

...

ADDRESS

  • Pusat Perubatan Universiti Malaya,
    Lembah Pantai, 59100,
    Kuala Lumpur, MALAYSIA

EMAIL

  • Email : ummc@ummc.edu.my

TEL

  • Phone No : 03-79494422
    Fax : 03-79492030

WEBSITE

  • WEBSITE : www.ummc.edu.my